{"id":53256,"date":"2017-01-24T06:00:34","date_gmt":"2017-01-23T22:00:34","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=53256"},"modified":"2017-01-24T01:16:27","modified_gmt":"2017-01-23T17:16:27","slug":"almarhum-dato-tuan-guru-haji-harun-taib-dalam-kenangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/almarhum-dato-tuan-guru-haji-harun-taib-dalam-kenangan\/","title":{"rendered":"Almarhum Dato&#8217; Tuan Guru Haji Harun Taib Dalam Kenangan"},"content":{"rendered":"<p>Oeh : Muhammad Nasih Ulwan Zakaria<\/p>\n<p>Mengenai Tuan Guru Haji Harun Taib yang kami dalam kalangan abna&#8217;ul harakah (anak-anak gerakan) lebih mesra dengan panggilan Ustaz Harun itu, banyak juga yang ingin aku catatkan. Banyak kenangan manis aku dengan almarhum ustaz.<\/p>\n<p>Kenangan paling manis dan mahal bersama almarhum ialah dapat menjadi bentara dalam sebuah tamrin. Ketika itu aku ditugaskan oleh Ustaz Mizan untuk menuangkan air buat Ustaz Harun di depan pentas. Aku terima dengan penuh lapang hati dan penuh berbunga-bunga. Kenangan itu sebetulnya masih ralit bermain di tasik fikiran.<\/p>\n<p>Kali terakhir bertemu almarhum ialah ketika Muktamar Dewan Ulama\u2019 PAS Negeri Terengganu 2013, setahun sebelum perginya Ustaz Harun. Ketika itu Ustaz Mizan juga yang minta aku supaya hadir ke muktamar.<\/p>\n<p>Habis saja ucapan Ustaz Harun, aku melilau-lilau di Dewan Tuan Guru Haji Harun Taib, dekat Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kubang Lembek. KUDQI merupakan institusi pendidikan yang dibangunkan oleh almarhum sendiri dengan keringat dan air matanya.<\/p>\n<p>Aku mencari kelibat Ustaz Harun. Aku ke belakang dewan. Rupanya Ustaz Harun ke tandas. Aku sempat juga bertemu dan bertanya khabar Ustaz Harun. Masih aku ingat dialog terakhir kami di dunia, \u201cUstaz sihat?\u201d tanyaku pada beliau.<\/p>\n<p>\u201cSihat gini ah..\u201d jawabnya ringkas.<\/p>\n<p>Almarhum Ustaz Harun sangat mengenali anak buahnya \u2013 maksud aku ialah anak didik yang ditarbiah olehnya. Selalu juga jumpa Ustaz Harun di pejabat PAS, di program-program parti dan program tarbiah parti seperti tamrin dan sebagainya. Ustaz Harun tidak lokek, malah sangat murah dengan senyuman. Setiap kali bertemu pasti beliau tersenyum simpul. Sebetulnya lirik senyuman pada wajah manis beliau masih tersimpan kemas dan utuh di kotak fikiran.<\/p>\n<p>Dalam suatu majlis Perjumpaan Hari Raya bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan PAS negeri, arwah menyebut dengan jelas dalam ucapannya, \u201cSaya lihat yang hadir hari ini adalah mereka yang selalu saya lihat di tamrin-tamrin PAS.\u201d<\/p>\n<p>Itulah nilai seorang ayah di dalam sebuah jemaah. Almarhum ibarat bapa kepada kami di dalam jemaah. Beliau mengenali secara dekat setiap anak buahnya. Jiwa tarbiah beliau sangat kuat. Beliau murabbi utama buat kami para abna\u2019ul harakah.<\/p>\n<p>Aku ibaratkan Ustaz Harun seperti Abu Ayyub Al-Ansori dalam misi menawan Malaysia. Antara cita-cita Ustaz Harun yang tidak tercapai ialah mahu menjadi PM Malaysia. Sahabatku, Aiman Rosli memberitahuku bahawa ketika Ustaz Harun ditanya apakah cita-cita beliau, beliau menjawab dengan yakin, \u201cAna nak jadi Perdana Menteri.\u201d Namun begitu tidaklah pula sampai tergila-gilakan jawatan itu seperti sesetengah orang lain. Bak kata pakar motivasi, \u201ccita-cita harus setinggi langit.\u201d Agak clich\u00e9 di situ.<\/p>\n<p>Ketika pulang ke Malaysia tahun lepas, aku dan sahabatku, Che Amiruddin telah pergi menziarahi kubur almarhum yang berdekatan dengan rumah peninggalan beliau. Almarhum Ustaz Harun meninggal dunia ketika keberadaanku di Perlembahan Nil. Sungguh sayu rasanya ketika itu. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sedih di atas pemergian beliau.<\/p>\n<p>Sungguh aku rindu! Rindu yang teramat pada almarhum \u2013 pada tutur kata lembutnya, gerak laku siasahnya, tulisannya yang padu dan semua mengenai almarhum.<\/p>\n<p>Almarhum meninggalkan legasi yang tidak kurang hebatnya. Malah anak-anak beliau semuanya memiliki tahap pengajian di peringkat sarjana (master). Itulah bukti kehebatan seorang ulama\u2019 yang berjuang dengan darah dan air mata.<\/p>\n<p>Almarhum mungkin telah pergi meninggalkan kita, tetapi perjuangannya tidak pernah mati, malah akan terus hidup dan akan disambung oleh kami para anak didiknya di dalam jemaah.<\/p>\n<p>Kini aku bersama rakan-rakan dalam jemaah mengusahakan Institut Pemikiran Harun Taib (HARTA). Mudah-mudahan ianya menjadi jariah dan pahalanya semua sekali kami sedekahkan untuk almarhum serta para syuhada\u2019 PAS yang telah pergi.<\/p>\n<p>Semoga Allah pertemukan semula kami di syurga-Nya. Aamiin ya Robb!<\/p>\n<p><em>***Almarhum mantan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kira-kira pada pada 12 tengah malam 25 Januari, 2014, kerana serangan jantung.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oeh : Muhammad Nasih Ulwan Zakaria Mengenai Tuan Guru Haji Harun Taib yang kami dalam kalangan abna&#8217;ul harakah (anak-anak gerakan) lebih mesra dengan panggilan Ustaz Harun itu, banyak juga yang ingin aku catatkan. Banyak kenangan manis aku dengan almarhum ustaz. Kenangan paling manis dan mahal bersama almarhum ialah dapat menjadi bentara dalam sebuah tamrin. Ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19537,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":19537,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":553,"height":400,"file":"2014\/01\/ustaz-harun-taib.jpg","filesize":18989,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":19536,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/ustaz-harun-taib.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53256"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53256"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53256\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19537"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}