{"id":53216,"date":"2017-01-23T01:50:24","date_gmt":"2017-01-22T17:50:24","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=53216"},"modified":"2017-01-23T01:50:24","modified_gmt":"2017-01-22T17:50:24","slug":"pilih-pas-atau-umno-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pilih-pas-atau-umno-bn\/","title":{"rendered":"Pilih PAS Atau Umno-BN?"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>DUNGUN &#8211; Rakyat Terengganu termasuk masyarakat Tionghua hanya ada dua pilihan sama ada mengundi PAS atau Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887a-pilih1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-53218\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887a-pilih1-300x188.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"188\" \/><\/a>\u201cJika masyarakat Tionghua di Batu Lima, Dungun ini tidak suka kepada PAS maknanya masyarakat Tionghua akan sokong Umno-BN. Jika masyarakat Tionghua ini pula tolak Umno-BN, ianya tidak ada parti lain melainkan PAS sahaja.<\/p>\n<p>\u201cDari dahulu lagi PAS ini berlawan dengan Umno-BN, jadi tak timbul (dakyah) kata PAS mahu baik dengan Umno. Jika tidak PAS, Umno dan jika tidak Umno, PAS.<\/p>\n<p>\u201cTahun ini (2017) mungkin akan ada pilihan raya dan di Terengganu ini yang akan berlawan, PAS dengan Umno (BN) sahaja,\u201d kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Batu Lima, Paka, Dungun, Jumaat 20 Januari.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887b-pilih2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-53219\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887b-pilih2-200x300.jpg\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"300\" \/><\/a>Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mengingatkan rakyat seluruhnya agar dapat membuat perubahan pada PRU14 akan datang.<\/p>\n<p>Bahkan, beliau cukup yakin dan optimis dengan kemampuan partinya bahawa PAS mampu menang dan kembali memerintah Terengganu buat kali ketiga.<\/p>\n<p>\u201cPada pilihan raya akan datang ini dan mungkin tahun ini (2017) pilihan raya, tidak kiralah bila tarikhnya tapi PRU14 ini harap masyarakat rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya kena buat perubahan.<\/p>\n<p>\u201cInsya\u2019Allah, PAS akan memerintah Terengganu Darul Iman buat kali ketiga dengan izin-Nya,\u201d tegasnya dihadapan lebih 300 hadirin.<\/p>\n<p>Justeru, katanya rakyat termasuk pengundi masyarakat Tionghua hanya ada dua pilihan sama ada memilih PAS atau Umno-BN.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS telah wujud sejak tahun 1951 lagi dan pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1959 dan 1999.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887c-pilih3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-53220 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/kam3887c-pilih3-300x200.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Katanya, pada tahun 1999, Dato\u2019 Seri Tuan Guru (Abdul Hadi) menjadi Menteri Besar Terengganu dan sepanjang tempoh satu penggal memerintah negeri itu tidak berlaku diskriminasi.<\/p>\n<p>\u201cSehingga tahun 2004, tidak ada satu diskriminasi pun yang berlaku terhadap masyarakat Tionghua. Masing-masing, dia (Cina) hal agama masing-masing. Masyarakat Islam agama dia (Islam) dan masyarakat Tionghua dengan agama dia sendiri.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya, masyarakat Cina sudah ada di Terengganu dua kali semasa PAS memerintah negeri pada tahun 1959 dan 1999,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM DUNGUN &#8211; Rakyat Terengganu termasuk masyarakat Tionghua hanya ada dua pilihan sama ada mengundi PAS atau Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang. \u201cJika masyarakat Tionghua di Batu Lima, Dungun ini tidak suka kepada PAS maknanya masyarakat Tionghua akan sokong Umno-BN. Jika masyarakat Tionghua ini pula tolak Umno-BN, ianya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":53217,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":53217,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":853,"file":"2017\/01\/IMG-20170120-WA0123.jpg","filesize":241617,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1485134116","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":53216,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/IMG-20170120-WA0123.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53216"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53216"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53216\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53216"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53216"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53216"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}