{"id":53200,"date":"2017-01-22T16:21:24","date_gmt":"2017-01-22T08:21:24","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=53200"},"modified":"2017-01-22T16:24:23","modified_gmt":"2017-01-22T08:24:23","slug":"betulkan-muafakat-supaya-untungkan-islam-dan-orang-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/betulkan-muafakat-supaya-untungkan-islam-dan-orang-melayu\/","title":{"rendered":"Betulkan Muafakat Supaya Untungkan Islam Dan Orang Melayu"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Amzad Hashim<\/p>\n<p>Seperti yang pernah saya tulis banyak kali sebelum ini, muafakat politik baru yang ditawarkan untuk menggantikan BN perlu dilihat meletak Islam memimpin, kepentingan orang melayu terpelihara, barulah boleh menewaskan BN yang teras kekuatannya kerusi dan undi orang melayu yang membentuk 65% populasi rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Menonjolkan muafakat yang malu alah dan tunduk pada DAP adalah kesalahan strategi yang fatal, merosak usaha menumbangkan BN.<\/p>\n<p>Kesemua parti politik yang menentang BN mempunyai senarai panjang kepentingan bersama yang boleh dipersetujui. Halangan yg ada cumalah PAS tertubuh atas prinsip perjuangan Islam yg PAS minta dihormati dan jangan dilawan, dikhianati jika mahu berkawan. Tak sokong tak apa. Tapi jangan lawan. Mesti hormat menghormati.<\/p>\n<p>Begitu kita jayakan Pakatan Rakyat sebelum ini.<\/p>\n<p>Perhatikan kajian yang dibuat oleh INVOKE yang dikemukakan Rafizi Ramli dari kalangan Pakatan Harapan sendiri ( PAS pun punya hasil kajian profesional juga).<\/p>\n<p>Jika begitu kedudukannya, parti parti dalam Pakatan Harapan yang diketahui mempunyai ramai orang Islam adalah PKR 8%, PPBM 4% dan PAN 2%. Jumlah mereka adalah 14%.<\/p>\n<p>DAP cuma 10%.<\/p>\n<p>Jika sudah diketahui kunci menumbangkan BN adalah mendapatkan undi dari pengundi Islam dan Melayu, mengapa memilih untuk membiarkan muafakat politik yang ditentukan acuan oleh DAP?<\/p>\n<p>Mempertikai hal-hal yang sensitif tentang agama Islam. Lawan usaha tingkatkan syariah.<\/p>\n<p>Hal-hal lain kita serupa sahaja. Kita sama menentang penyelewengan. Lawan rasuah. 1MDB, GST, TPPA, MRT, royalti. Kita sama saja cakap perkara yang sama.<\/p>\n<p>Tidakkah lebih bijak yang 14% mengambil sikap menghormati perjuangan PAS yang sudahpun punya 21%? Jadikan ia 35%.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Screenshot-551.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-53201 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Screenshot-551-300x178.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"178\" \/><\/a>DAP yang perlu adjust sedikit jika mahu bersama. Ini tidak, dipilih bersetuju dengan DAP, ditekan PAS yg punya 21% sokongan pula supaya gugurkan prinsip perjuangan.<\/p>\n<p>Mengapa memilih DAP lebih dari PAS?<\/p>\n<p>Mengapa memilih bersetuju dengan tindak tanduk DAP yang 10%. Mengangkat mereka sehingga diperhatikan rakyat sebagai &#8216;de facto leader&#8217;?<\/p>\n<p>Pada pandangan saya, muafakat yg ada jika dengan segala kepentingan bersama yang dipersetujui seperti menegakkan prinsip hak demokrasi, ketelusan, urustadbir yg baik, menentang rasuah, keadilan dan pelbagai jika dapat disekalikan dengan persepsi harmoni dalam menghargai prinsip perjuangan parti rakan, tidak khianat dan sabotaj, dan mesej yang kuat Islam dan Melayu pada kedudukan memimpin akan merubah peratusan yg ada menjadi lebih positif lagi kepada muafakat pembangkang.<\/p>\n<p>PAS akan menambah beberapa peratus lagi. PKR, PPBM malah PAN pun akan berjaya memperolehi tambahan beberapa peratus lagi.<\/p>\n<p>Betul, mungkin DAP akan sedikit terjejas.<\/p>\n<p>Tetapi kesan kumulatifnya, peratus sokongan kepada muafakat sebegini akan lebih diyakini dan mencatat undian yang lebih besar dari kedudukan sekarang yang ditunjuk oleh kajian INVOKE.<\/p>\n<p>BN akan menderita besar jika ini berlaku. Mereka akan hilang peratus yg besar dari pengundi mereka sebelum ini dari kalangan orang melayu.<\/p>\n<p>Jatuhnya UMNO, jatuhlah Barisan Nasional sekalipun MCA, MIC dan GERAKAN mungkin memperoleh sedikit faedah bila DAP tidak lagi dilihat menjadi ketua yang menentukan dasar pembangkang seperti dalam Pakatan Harapan sekarang.<\/p>\n<p>Itupun bukan susah dijangka, jika benar BN tumbang, banyak dari parti parti yang berada dalam BN akan memilih untuk bersama muafakat baru yang membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Sentiasa ada yang akan memutuskan untuk bersama pemenang.<\/p>\n<p>Sekali lagi seperti penegasan yang dibuat berulangkali oleh PAS, politik PAS adalah untuk mengangkat Islam. PAS tidak akan bersama muafakat yang akan merugikan Islam.<\/p>\n<p>Kalau terpaksa bersendiri, biarlah. PAS rela bersendiri. InsyaAllah Allah akan terus memelihara PAS. Bukan PAS yang akan mati. Bukan PAS yang akan rugi<\/p>\n<p><em>***Haji Ahmad Amzad Hashim adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Amzad Hashim Seperti yang pernah saya tulis banyak kali sebelum ini, muafakat politik baru yang ditawarkan untuk menggantikan BN perlu dilihat meletak Islam memimpin, kepentingan orang melayu terpelihara, barulah boleh menewaskan BN yang teras kekuatannya kerusi dan undi orang melayu yang membentuk 65% populasi rakyat Malaysia. Menonjolkan muafakat yang malu alah dan tunduk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":53203,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":53203,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":648,"height":369,"file":"2017\/01\/pas-1.jpg","filesize":42493,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":53200,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/pas-1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53200"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53200"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53200\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}