{"id":5320,"date":"2011-04-10T16:46:53","date_gmt":"2011-04-10T08:46:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/prn-sarawak-tanah-adat-dan-laporan-suhakam-2\/"},"modified":"2011-04-10T16:46:53","modified_gmt":"2011-04-10T08:46:53","slug":"prn-sarawak-tanah-adat-dan-laporan-suhakam-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prn-sarawak-tanah-adat-dan-laporan-suhakam-2\/","title":{"rendered":"PRN Sarawak: Tanah Adat dan Laporan SUHAKAM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan  Rakyat yang bermula pada 7 Mac 2011 telah tamat pada 7 April 2011.\u00a0 Kini  yang menjadi tumpuan ahli parlimen amnya ialah Pilihan raya Dewan  Undangan Negeri Sarawak atau PRN Sarawak ke-10.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/parliament_01.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>Salah  satu laporan tahunan yang diserahkan kepada Parlimen kali ini ialah  Laporan Tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).\u00a0  Laporan ini berkait rapat dengan PRN Sarawak ke-10.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Laporan  Tahunan 2010 SUHAKAM merupakan laporan ke-10 yang wajib diserahkan oleh  SUHAKAM kepada Parlimen menurut Seksyen 21 (1) Akta Suruhanjaya Hak  Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semenjak  penubuhannya pada tahun 1999, SUHAKAM telah menyerahkan laporan  tahunannya kepada Parlimen.\u00a0 Malangnya, Laporan Tahunan SUHAKAM tidak  pernah dibahaskan dalam dewan meskipun seruan demi seruan dan desakan  satu per satu disuarakan oleh pelbagai pihak semenjak laporan tahunan  yang pertama dikemukakan oleh SUHAKAM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesungguhnya,  pengamatan penulis mendapati bahawa ratusan laporan tahunan diserahkan  kepada parlimen setiap tahun.\u00a0 Biarpun laporan-laporan tersebut  bertimbun bagai bukit bilangannya tetapi jarang-jarang sekali ahli  parlimen diberikan peluang untuk membahaskannya dalam dewan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut <a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=11385\">kajian KPRU<\/a>,  pada tahun 2009, sebanyak 215 laporan tahunan, penyata dan risalah  dalam pelbagai bentuk telah dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan  diserahkan kepada ahli parlimen masing-masing pada tahun 2009, dan angka  ini melonjak kepada 251 pada tahun 2010.\u00a0 Laporan Tahunan SUHAKAM  adalah antara laporan penting yang dikemukakan tetapi tidak pernah  dibahaskan!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20110323_suhakam_conference_04.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Berdepan  dengan PRN Sarawak, wajar kita berikan sedikit perhatian kepada Laporan  Tahunan 2010 SUHAKAM yang dikemukakan baru-baru ini.\u00a0 Hal ini kerana  laporan SUHAKAM terbaru ini telah memberikan keutamaan kepada isu-isu  Orang Asal\/Asli khususnya isu hak tanah adat Orang Asal bumi Kenyalang  yang kini menjadi isu penting PRN Sarawak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sepanjang  tahun 2010, Pejabat SUHAKAM di Sarawak telah menerima 51 aduan dan 27  atau 53% daripadanya merupakan aduan berkaitan tanah seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Aduan yang diterima Pejabat SUHAKAM di Sarawak, 2010<\/strong><\/p>\n<table style=\"width: 426px; height: 178px;\" border=\"1\" cellspacing=\"1\" cellpadding=\"1\" width=\"426\" align=\"center\">\n<tbody>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">No<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Jenis Aduan<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Jumlah Kes<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Kekerapan (%)<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">1<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Hak Tanah Adat<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">27<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">52.94%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">2<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Polis<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">11<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">21.57%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">3<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Pekerjaan<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">4<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">7.84%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">4<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Dokumen Pengenalan diri<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">2<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">3.92%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">5<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Pendidikan<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">1<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">1.96%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">6<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Lain-Lain<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">6<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">11.77%<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\"><\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">Jumlah<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">51<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">100%<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam  kalangan aduan berkaitan tanah, kegagalan Kerajaan Negeri Sarawak  pimpinan Taib Mahmud mengiktiraf tanah adat serta kegagalan memberikan  hak milik kepada pemilik tanah dan pencabulan hak tanah adat oleh  syarikat pembalakan merupakan aduan utama yang diterima oleh staf  Pejabat SUHAKAM di Sarawak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100821_sarawak_bakun_sg_asap_rumah_ayam_penan_5.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>Lantaran  itu, pihak SUHAKAM telah mengadakan perbincangan meja bulat yang  melibatkan pelbagai pihak berkaitan dan mendapati bahawa pemilikan tanah  secara tradisi dilaksanakan melalui amalan &#8220;molong&#8221; dan &#8220;tanah  mengurip&#8221; seperti yang diamalkan oleh kaum Penan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara  itu, pemilikan tanah secara tradisi dilaksanakan melalui amalan  &#8220;pemakai menoa&#8221; dan &#8220;pulau galau&#8221; oleh kaum Iban.\u00a0 Walau bagaimanapun,  amalan-amalan tradisi masyarakat Orang Asal ini tidak diiktiraf oleh  Kanun Tanah Sarawak 1958.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan kata  lain, interpretasi berlainan terhadap peruntukan di bawah Kanun Tanah  Sarawak 1958 ke atas hak tanah adat telah menjejaskan hak masyarakat  Orang Asal yang sering kali terpaksa berdepan dengan masalah kehilangan  tanah adat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100822_sarawak_bakun_sg_asap_rumah_koyan_1.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Sehingga  hari ini, setelah Sarawak diperintah oleh Kerajaan Taib Mahmud selama  hampir tiga dekad, persoalan sama ada orang Penan dan Iban mempunyai hak  adat seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Sarawak 1958 masih  tidak menemui jawapannya sementara masyarakat Orang Asal terus-menerus  kehilangan tanah adat atas nama pembangunan ala-Kerajaan Taib Mahmud!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru,  penubuhan Suruhanjaya Tanah seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat memerintah Negeri Sarawak adalah wajar dan  penting supaya dilakukan semakan dan seterusnya pindaan terhadap  peruntukan yang berkaitan dalam Kanun Tanah Sarawak 1958 untuk  mengiktiraf secara jelas kaedah hak pemilikan tanah oleh masyarakat  Orang Asal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sesungguhnya, pindaan  Kanun Tanah Sarawak 1958 merupakan salah satu cadangan yang dikemukakan  dalam Laporan Tahunan 2010 SUHAKAM.\u00a0 Malahan SUHAKAM menyarankan supaya  Kerajaan Negeri Sarawak menjalankan tinjauan parameter untuk memastikan  sempadan yang jelas bagi Rizab Komunal Orang Asal dan memberi geran  tanah kepada pemilik tanah adat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100826_sarawak_bakun_sungai_asap_uma_penan_1.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>Walau  bagaimanapun, Laporan Tahunan 2010 SUHAKAM bukan sahaja tidak  dibahaskan dalam dewan, saranan-saranan baik SUHAKAM juga tidak  dihiraukan oleh Najib dan Taib Mahmud.\u00a0 Sebab itu, manifesto BN Sarawak  yang kononnya menjanjikan untuk &#8220;menjamin hak rakyat ke atas tanah  mereka dipelihara&#8221; bukan sahaja merupakan retorik PRN Sarawak  semata-mata, peruntukan kewangan sehingga ratusan juta yang kononnya  untuk menyelesaikan masalah tanah adat pula sekadar manifestasi politik  wang untuk memenangi PRN Sarawak!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ringkasnya,  selagi Kerajaan Barisan Nasional (BN) menduduki Putrajaya sementara  Petrajaya dikuasai Taib Mahmud, Laporan SUHAKAM tidak akan dibahaskan  dalam dewan dan saranan-saranan penting yang dikemukakan oleh SUHAKAM  akan terus ditengelamkan dalam timbunan laporan tahunan tanpa disedari  peri pentingnya laporan sedemikian dalam membawa harapan baru kepada  masyarakat Malaysia amnya dan memungkinkan perubahan dasar dan  perundangan yang dinanti-nanti oleh masyarakat Orang Asal selama  berdekad lamanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20110319_sarawak_minggat_nyakin.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Menurut laman web Sarawak Report dalam penulisannya bertajuk &#8220;<a href=\"http:\/\/www.sarawakreport.org\/ms\/2011\/02\/pemerintahan-penyangak-di-bumi-sarawak\/\">Pemerintahan Penyangak Di Bumi Sarawak<\/a>&#8220;,  kisah masyarakat Orang Asal seperti pengalaman pahit Minggat Anak  Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat untuk mempertahankan tanah  adat telah meyakinkan pihak Sarawak Report bahawa penggunaan samseng dan  kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN,  yang menaja syarikat-syarikat pembalakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Meskipun  samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, tetapi  Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud berpura-pura menganggap  kejadian ini terpencil dan luar biasa.\u00a0 Begitu juga, meskipun laporan  pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno  Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di  seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan Taib Mahmud dan  keluarganya, malahan pendedahan satu per satu dilaporkan dalam Sarawak  Report berhubung skandal yang melibatkan Taib Mahmud, Kerajaan BN  pimpinan Najib Razak juga berpura-pura menganggap tidak perlu diambil  tindakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100826_sarawak_bakun_sungai_asap_uma_penan_2.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/>Seperkara  yang ingin dibangkitkan oleh penulis di sini adalah, Rang Undang-Undang  (RUU) Perbekalan Tambahan (2010) 2011 yang dibaca kali ketiga dalam  Dewan Rakyat baru-baru ini mungkin memberi petunjuk berhubung soal bila  Parlimen akan dibubarkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di bawah  RUU ini, Maksud B.12 yang memperuntukkan RM8 bilion atau secara tepat  RM8,020,353,100 kepada Kumpulan Wang Terkanun tanpa butiran terperinci  dan dicaj sebagai perbelanjaan telah menimbulkan pelbagai kemusyikilan.\u00a0  Lebih-lebih lagi apabila terdapat khabar angin bahawa Mesyuarat Dewan  Rakyat seterusnya yang dijadualkan bermula pada 13 Jun 2011 akan  diawalkan dan diadakan dalam bulan Mei 2011, nampaknya pilihan raya umum  ke-13 (PRU Ke-13) mungkin diadakan dalam bulan Jun 2011 manakala  peruntukan RM8 bilion di bawah Maksud B.12 mungkin berkait rapat dengan  perbelanjaan PRU Ke-13.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/20100826_sarawak_bakun_sungai_asap_uma_bawang_1.JPG\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Demi  harapan baru rakyat Malaysia amnya dan demi memelihara hak tanah adat  Orang Asal\/Asli khususnya, jangan kita terpedaya dengan politik wang  yang telah, sedang dan bakal mencorakkan PRN Sarawak Ke-10 dan PRU  Ke-13.\u00a0 Untuk menolak politik wang, kita wajar menafikan penguasaan  majoriti 2\/3 sama ada oleh Kerajaan Sarawak pimpinan Taib Mahmud atau  Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib, dan seterusnya menolak secara total  kelulusan peruntukan kewangan tanpa butiran yang dapat dipergunakan  sebagai dana politik wang secara mudah seperti Kumpulan Wang Terkanun  yang dibangkitkan tadi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (<a href=\"http:\/\/kpru2010.wordpress.com\/\">KPRU<\/a>) dan kolumnis <em><a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\">MerdekaReview<\/a><\/em>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Rakyat yang bermula pada 7 Mac 2011 telah tamat pada 7 April 2011.\u00a0 Kini yang menjadi tumpuan ahli parlimen amnya ialah Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak atau PRN Sarawak ke-10. Salah satu laporan tahunan yang diserahkan kepada Parlimen kali ini ialah Laporan Tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5320"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5320"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5320\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5320"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5320"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5320"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}