{"id":5289,"date":"2011-04-09T18:38:13","date_gmt":"2011-04-09T10:38:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/pemberontak-libya-maut-akibat-bedilan-nato\/"},"modified":"2011-04-09T18:38:13","modified_gmt":"2011-04-09T10:38:13","slug":"pemberontak-libya-maut-akibat-bedilan-nato","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pemberontak-libya-maut-akibat-bedilan-nato\/","title":{"rendered":"Pemberontak Libya maut akibat bedilan Nato"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/libyarebel.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/libyarebel.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Para pemberontak Libya semalam berkata lima  pejuang mereka terbunuh apabila pesawat-pesawat Pertubuhan Perjanjian  Atlantik Utara (Nato) tersilap membedil jajaran kereta kebal dan trak  pemberontak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang jeneral Amerika Syarikat pula berkata mereka tidak mungkin dapat menggulingkan Encik Muammar Gaddafi dengan paksaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dengan pertempuran harian dekat  pelabuhan Brega di timur Libya membuahkan sedikit kesan di barisan  hadapan dan para pemberontak gagal menamatkan serangan tentera  pemerintah di bandar Misrata di barat Libya, Nato mengakui bahawa  misinya untuk melindungi orang awam adalah sukar.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di sebuah bandar di timur Libya,  para pemberontak berkata trak-trak dan kereta kebal mereka dibedil  pesawat Nato di luar Brega kelmarin, di mana pertempuran telah berjalan  selama seminggu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia kali kedua dalam masa kurang  seminggu para pemberontak menyalahkan Nato kerana tersilap membedil  rakan-rakan mereka selepas 13 orang terbunuh dalam satu serangan udara  tidak jauh dari tempat yang sama Sabtu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada masa yang sama, para  pemberontak menuduh Nato terlalu lambat mengarahkan serangan udara yang  mereka harapkan dalam pemberontakan mereka untuk menamatkan pemerintahan  Encik Gaddafi selama lebih empat dekad.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Nato berkata ia sedang menyiasat laporan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya adakah konflik selama tujuh  minggu itu sedang menuju ke jalan buntu, Ketua Komander Amerika-Afrika,  Jeneral Carter Ham, berkata:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya akur dengan itu ketika ini.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau memberitahu Dewan Senat di  Washington bahawa Amerika tidak harus memberi senjata kepada pihak  pemberontak tanpa mengetahui dengan lebih jelas siapa mereka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apabila ditanya bagaimana perang itu  akan berakhir, beliau berkata: &#8216;Saya fikir ia tidak akan berakhir  dengan tindakan ketenteraan.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pemberontak tidak mungkin dapat  meneruskan perjuangan mereka menawan Tripoli dan menggulingkan Encik  Gaddafi dengan menggunakan kekerasan, kata Jeneral Ham.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pekerja perubatan membawa  pakaian seragam dari bilik-bilik hospital di Ajdabiyah, gerbang masuk ke  bandar Benghazi di timur Libya, selepas para pejuang kumpulan  pemberontak dibawa ke tempat itu dari Brega.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ia akibat serangan Nato ke atas  kami. Kami sedang berada dekat kenderaan kami berhampiran Brega,&#8217; kata  seorang pemberontak yang cedera, Encik Younes Jumaa, dari sebuah usungan  di hospital tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang jururawat, Encik Mohamed Ali, berkata sekurang-kurangnya lima pemberontak terbunuh dalam serangan itu. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Para pemberontak Libya semalam berkata lima pejuang mereka terbunuh apabila pesawat-pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tersilap membedil jajaran kereta kebal dan trak pemberontak. Seorang jeneral Amerika Syarikat pula berkata mereka tidak mungkin dapat menggulingkan Encik Muammar Gaddafi dengan paksaan. Dengan pertempuran harian dekat pelabuhan Brega di timur Libya membuahkan sedikit kesan di barisan hadapan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5289"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5289"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5289\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}