{"id":5271,"date":"2011-04-08T08:36:27","date_gmt":"2011-04-08T00:36:27","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/video-seks-mengapa-pemimpin-bn-bersungguh\/"},"modified":"2011-04-08T08:36:27","modified_gmt":"2011-04-08T00:36:27","slug":"video-seks-mengapa-pemimpin-bn-bersungguh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/video-seks-mengapa-pemimpin-bn-bersungguh\/","title":{"rendered":"Video seks; mengapa pemimpin BN bersungguh"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/yadangang.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"204\" style=\"float: right;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Zakaria  Dagang melahirkan perasaan hairan dengan sikap pemimpin parti kerajaan  yang bersungguh-sungguh mahu isu video seks yang dikaitkan dengan  pemimpin kanan pembangkang disiasat melalui Suruhanjaya Diraja.  <\/p>\n<p>Menurutnya, ia adalah kali pertama pihaknya melihat kesungguhan  kerajaan, sedangkan sebelum ini beberapa isu yang berlaku tidak pula  mendapat perhatian atau disyorkan untuk diadakan siasatan menerusi  suruhanjaya itu.  <\/p>\n<p>Beliau berkata, keadaan itu juga turut menimbulkan satu  tanggapan negatif bagi pihaknya yang memperlihatkan pemimpin parti  kerajaan mempunyai motif tertentu.  <\/p>\n<p>\u201cKita rasa pelik apabila pihak kerajaan bersungguh-sungguh  supaya Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat kes video tersebut,  sedangkan sebelum ini tidak begitu.  <\/p>\n<p>\u201cJadi, mungkin ada sesuatu atau mempunyai motif politik,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman  video seks yang pelakunya dikatakan mirip Ketua Pembangkang.  <\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri  Aziz berkata, penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan  penafian Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahawa suaminya  adalah lelaki dalam video berkenaan.  <\/p>\n<p>Katanya, perkara itu dilihat tidak perlu melalui Siasatan Diraja  sambil memberitahu siasatan itu hanyalah untuk kes tertentu \u2018yang  munasabah\u2019.  <\/p>\n<p>Beliau berkata, sepatutnya perhatian perlu diberi kepada mereka yang menyebarkan dan memiliki video tersebut.  <\/p>\n<p>\u201cSepatutnya mereka yang bertanggungjawab terhadap penyebaran  video itu yang perlu dipanggil polis, direman dan sebagainya. Lagipun,  individu terbabit sudah mengaku memiliki video asal,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Zakaria Dagang melahirkan perasaan hairan dengan sikap pemimpin parti kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang disiasat melalui Suruhanjaya Diraja. Menurutnya, ia adalah kali pertama pihaknya melihat kesungguhan kerajaan, sedangkan sebelum ini beberapa isu yang berlaku tidak pula mendapat perhatian atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5271"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5271"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5271\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}