{"id":52503,"date":"2017-01-03T14:33:32","date_gmt":"2017-01-03T06:33:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=52503"},"modified":"2017-01-03T14:33:32","modified_gmt":"2017-01-03T06:33:32","slug":"apa-ada-pada-pas-bahagian-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/apa-ada-pada-pas-bahagian-2\/","title":{"rendered":"Apa Ada Pada PAS? Bahagian 2"},"content":{"rendered":"<p>2-Kebajikan:<\/p>\n<p>Dalam hal kebajikan, tiada siapa yang boleh menafikan kesungguhan ahli-ahli PAS turun membantu masyarakat. Lihat sahaja apabila terjadinya sebarang ujian bencana alam, Jabatan Amal PAS atau Tentera Merah akan menjadi barisan depan bagi menghulurkan bantuan.<\/p>\n<p>Menafikan peranan PAS didalam kerja kebajikan ini hanyalah menjadikan seseorang itu kelihatan beku, tidak bermaklumat. Mereka bersedia setiap masa dipanggil berkhidmat. Tanpa upah, malah banyak ketika menggunakan duit sendiri pula.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Unit-Amal-Bantu-Mangsa-Banjir-2014.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-52505\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Unit-Amal-Bantu-Mangsa-Banjir-2014-300x225.jpg\" alt=\"Unit-Amal-Bantu-Mangsa-Banjir-2014\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Tidak puas dengan khidmat setempat, ada sebahagian ahli-ahli PAS menubuhkan pula NGO-NGO bagi menjalankan misi kemanusiaan dalam dan di luar negara. Tiada apa keuntungan yang mereka dapat, melainkan hanya mencari redha Allah.<\/p>\n<p>Wakil-wakil rakyat PAS diwajibkan memotong 20% elaun mereka untuk diberikan kepada PAS bagi kerja-kerja kebajikan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, bajet-bajet kebajikan di Dun masing-masing juga, wakil-wakil rakyat PAS kena keluarkan wang mereka sendiri jika tiada bantuan luar. Jika ada majlis, bergotong royong mereka menyiapkan majlis yang selalunya menggunakan sebahagian wang poket mereka sendiri. Ini semua program untuk rakyat.<\/p>\n<p>Manakala ahli-ahli PAS pula dikelilingi dengan pelbagai tabung jangka pendek dan jangka panjang untuk menggerakkan program atau aktiviti. Ada yang sedikit kaya, akan menghulurkan jumlah yang besar. Tetapi dalam PAS, ramai yang miskin, terkial-kial menyeluk poket bila diminta. Tetapi mereka tidak lari. Saya percaya kerana keberanian mereka bersedekah inilah yang menjadikan PAS kuat.<\/p>\n<p>Rakyat sangat mempercayai PAS dalam menghulurkan bantuan. Jika dimaklumkan ada orang miskin yang memerlukan bantuan, orang ramai akan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan kepada wakil-wakil rakyat PAS. Bukan sedikit ahli-ahli PAS yang komited ini, walaupun mereka sendiri miskin, mereka mendahulukan bantuan kepada orang lain.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/satiful-banjir-2014.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-50715\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/satiful-banjir-2014-300x202.png\" alt=\"satiful-banjir-2014\" width=\"300\" height=\"202\" \/><\/a>Ada ahli Parlimen PAS yang sentiasa membawakan duit kecil bersama beliau jika keluar rumah bukanlah cerita asing. Duit-duit kecil itu bukan bertujuan lain, hanyalah kerana beliau mahu membahagi-bahagikannya jika bertemu dengan orang miskin. Secara ikhlas dia akan memaklumkan bahawa inilah duit yang ada. Sehinggakan pernah beliau berikan RM2 sahaja kerana waktu itu, itu sahaja duit yang dia ada, tetapi kerana rasulullah mengajar supaya tidak dikecewakan peminta, maka itulah beliau tetap memberinya. Niat di hati mahu sedekah banyak, apakan daya, bajet tak ada. Merasalah seorang sedikit.<\/p>\n<p>Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Seri Intan, adalah tempat orang susah yang datang meminta bantuan. Malah ada kakitangan pejabat PAS, jika di kampung beliau, beliaulah yang menjadi tempat orang mengadu dan meminta pertolongan. Sedangkan dia bukanlah seorang wakil rakyat. Tapi kepercayaan orang bahawa beliau tidak akan mengecewakan harapan mereka, maka Allah membantu beliau dalam membantu orang ramai. Alhamdulillah hidup beliau tidak papa kedana kerana membantu orang susah malah berjaya menyekolahkan anak-anak beliau dengan kejayaan cemerlang.<\/p>\n<p>3-Pengorbanan:<\/p>\n<p>Teringat saya dengan kisah yang dibawakan oleh Mursyidul Am PAS, ayahanda Ustaz Hashim Jasin ketika satu usrah bersama beliau di Perlis dahulu. Beliau memberitahu yang beliau ketika mula-mula pulang bagi berkhidmat dengan PAS Perlis. Beliau masuk ke Pejabat PAS dan melihat allahyarham Pak Rahmat (orang lama PAS Perlis) yang sedang menaip dengan gaya menaip yang kurang mahir.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/DSCN8569.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-52506\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/DSCN8569-300x225.jpg\" alt=\"DSCN8569\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Melihat keadaan itu, beliau termenung sejenak, adakah benar tindakan beliau ini iaitu meninggalkan jawatan pegawai agama di Felda.<\/p>\n<p>Namun pengorbanan beliau sangat berbaloi. Dibawah pengurusan beliau, beliau berjaya mendirikan beberapa buah sekolah agama, menyiapkan Kompleks PAS Perlis. Beliau juga berjaya menjadi ahli parlimen dan Adun dengan bantuan ahli-ahli PAS, serta mengukuhkan PAS Perlis.<\/p>\n<p>Juga kisah bagaimana Presiden PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, allahyarham Ustaz Harun Taib dan lain-lain berhenti dari menjadi pegawai kerajaan kerana ingin bebas dalam berdakwah juga menjadi bukti pengorbanan mereka demi Islam.<\/p>\n<p>Bukan sahaja mereka sahaja malah hampir semua pimpinan PAS terdahulu dan sekarang, melakukan pengorbanan masing-masing demi dakwah. Peluang berdakwah lebih luas apabila mereka mengorbankan diri mereka dari kesenangan dunia kepada kepayahan demi akhirat. Terbukti hasil pengorbanan mereka kini boleh dilihat dan dikecapi bukan sahaja setempat, malah dunia juga mengiktiraf mereka.<\/p>\n<p>Seperti mana saya sentuh terdahulu bagaimana rendahnya gaji kakitangan pejabat PAS, guru-guru dan juga sesiapa juga yang terlibat secara langsung dengan PAS, mereka tiada pilihan lain, kecuali berkorban harta, dan masa. Malah kerja yang ditanggung pula, bukannya sedikit. Hei, tunggu dulu\u2026! Guru-guru madrasah PAS tidak sedikit bilangannya yang ada ijazah, malah sarjanapun ada. Bandingkan dengan gajinya, anda akan tahu betapa besarnya pengorbanan yang mereka lakukan itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Masjid-Rusila.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-31918\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/04\/Masjid-Rusila-300x168.jpg\" alt=\"Masjid Rusila\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Yang menariknya, apabila terpaksa mereka mencari sendiri keperluan bagi jemaah ini, menjadikan mereka mangli dengan susah payah itu. Mereka menjadi mahir dengan kerja yang hanya mempunyai bajet yang terhad. Oleh itu banyak perkara yang dapat dibuat. Apabila dibandingkan dengan kos, ianya sangat jauh menjimatkan. Inilah antara hal yang memberikan kekuatan tersendiri kepada PAS.<\/p>\n<p>Lihat sahaja masjid-masjid, surau-surau dan tak lupa juga markas-markas PAS. Semua itu didirikan atas hasil sumbangan orang ramai. Selepas didirikan, mereka sama-sama pula mengimarahkannya. Sudah didirikan atas duit sendiri, kutip derma pula, guna lagi duit sendiri. Maaf tanya, berapa buah masjid dan pusat-pusat tarbiyyah yang telah didirikan oleh parti politik Islam lain di Malaysia?<\/p>\n<p>Jangan sebut Umno sebab pertamanya ia bukan sebuah parti politk berteraskan Islam, tetapi kebangsaan. Keduanya, jangan dilihat masjid-masjid kerajaan kerana kerajaan entiti lain, Umno entiti lain. Bahkan sekarang, amat menjadi lumrah orang Umno menumpang solat di masjid dan surau PAS. Bukan nak membesarkan diri, tapi inilah hakikatnya yang terjadi dalam PAS.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/MemaliBaling.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-16752\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/MemaliBaling-300x201.jpg\" alt=\"MemaliBaling\" width=\"300\" height=\"201\" \/><\/a>Dipenjara? Arrhh\u2026pengorbanan ini sangat sinonim dengan pejuang-pejuang PAS. Bermula dari kumpulan pengasas PAS lagi, Presiden-Presiden, ahli-ahli jawatankuasa sehingga ahli-ahli biasa, semua mereka telah merasakan. Samada sekejap atau lama. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan penjara itu rumah kedua bagi sesetengah mereka.<\/p>\n<p>Bahkan berkorban nyawa juga telah ahli PAS lakukan. Ingat Memali? Ingat Lubuk Merbau? Ingat allahyarham Abdul Samad Gul? Itu semua adalah ikon-ikon PAS yang terkorban dalam perjuangan mereka. Paling pelik, kesemua peristiwa pembunuhan itu bagaikan tergantung tanpa ada penyelesaian yang tuntas.<\/p>\n<p>Bersambung&#8230;..<\/p>\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br \/>\nAl-Khor, Qatar<br \/>\n3 Jan 2017<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2-Kebajikan: Dalam hal kebajikan, tiada siapa yang boleh menafikan kesungguhan ahli-ahli PAS turun membantu masyarakat. Lihat sahaja apabila terjadinya sebarang ujian bencana alam, Jabatan Amal PAS atau Tentera Merah akan menjadi barisan depan bagi menghulurkan bantuan. Menafikan peranan PAS didalam kerja kebajikan ini hanyalah menjadikan seseorang itu kelihatan beku, tidak bermaklumat. Mereka bersedia setiap masa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":52504,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":52504,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":720,"file":"2017\/01\/Amal-Kebajikan.jpg","filesize":137171,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":52503,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Amal-Kebajikan.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52503"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=52503"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52503\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/52504"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=52503"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=52503"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=52503"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}