{"id":5235,"date":"2011-04-05T15:46:20","date_gmt":"2011-04-05T07:46:20","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/krisis-timur-tengah-15-mati-dalam-pertempuran-di-yaman\/"},"modified":"2011-04-05T15:46:20","modified_gmt":"2011-04-05T07:46:20","slug":"krisis-timur-tengah-15-mati-dalam-pertempuran-di-yaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/krisis-timur-tengah-15-mati-dalam-pertempuran-di-yaman\/","title":{"rendered":"Krisis Timur Tengah &#8211; 15 mati dalam pertempuran di Yaman"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/yaman.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/yaman.jpg\" style=\"float: left;\" \/><em><strong>&#8211; Menteri Luar Libya bertemu negara jiran usaha perdamaian<\/strong><\/em><br \/>Pasukan keselamatan Yaman telah menembak mati 15 pemberontak antirejim dan mencederakan puluhan lagi semalam dalam pertempuran berdarah yang masuk hari kedua di bandar Taez, selatan ibu kota, kata kakitangan perubatan.<\/p>\n<p>&#8216;Angka kematian telah meningkat kepada 15 orang,&#8217; kata ketua sebuah hospital sementara di dataran tengah Taez, Encik Sadeq al-Shujaa.<\/p>\n<p>Pertumpahan darah itu berlaku apabila penunjuk perasaan berarak di ibu pejabat gabenor di bandar 200 kilometer dari ibu kota Sanaa itu menuntut peletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Saleh.<\/p>\n<p>Para saksi berkata para pemberontak telah menyerbu halaman dalam bangunan gabenor itu tetapi cuba dihalang oleh anggota polis berpakaian preman yang melepaskan tembakan.<\/p>\n<p>Kematian itu, sehari selepas seorang pemberontak lain ditembak mati di Taez, telah menaikkan angka kematian keseluruhan kepada lebih 100 orang, sejak pertempuran bermula di negara miskin di semenanjung Arab itu akhir Januari lalu.<\/p>\n<p>Dalam satu pertempuran serupa, 13 cedera kerana ditembak lewat kelmarin apabila polis bertempur dengan puluhan ribu pemberontak di bandar Hudaida di barat Yaman, kata saksi-saksi.<\/p>\n<p>Polis melepaskan tembakan apabila pemberontak berarak menuju bangunan utama pemerintah di bandar berhampiran Laut Merah itu, kata para saksi.<\/p>\n<p>Seramai 13 orang cedera kerana terkena peluru hidup, 30 lagi kerana diserang dengan batu atau belantan, manakala 400 lagi terhidu gas pemedih mata, menurut saksi.<\/p>\n<p>Tunjuk perasaan di Taez dan Hudaida itu antara langkah menuntut Encik Saleh menamatkan lebih tiga dekad pemerintahannya.<\/p>\n<p>Kumpulan pembangkang, Common Forum, Sabtu lalu telah menyeru Encik Saleh menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi dalam satu &#8216;visi baru bagi peralihan kuasa yang aman dan selamat&#8217;.<\/p>\n<p>Namun presiden itu, yang juga sekutu utama Amerika Syarikat dalam menghadapi kumpulan militan Al-Qaeda, telah memberitahu pembangkang agar menamatkan bantahan-bantahan itu, sambil menawarkan satu &#8216;peralihan kuasa secara aman melalui cara berperlembagaan&#8217;.<\/p>\n<p>Namun belia-belia yang mengadakan bantahan itu berkata mereka mahukan pemerintahan autokratik Encik Saleh itu ditamatkan terus.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/menteriluarlibya.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/menteriluarlibya.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Sementara itu, Menteri Luar Negeri Libya tiba di ibukota Turki, Ankara, dalam usaha perundingan gencatan senjata dengan pasukan pembangkang di negara Afrika Utara, sehari selepas ia mengunjungi Greek untuk misi yang sama.<\/p>\n<p>Abdel Ati al-Obeidi (gambar) dan rakan sejawatnya di Turki Ahmet Davutolgu adalah melihat landasan bersama antara pasukan yang setia kepada Muammar Gaddafi, pemimpin Libya, dan pembangkang yang memberontak..<\/p>\n<p>&#8220;Kami akan melakukan yang terbaik sehingga penderitaan di Libya berakhir dalam waktu sesingkat mungkin dan bahawa peta jalan dihuraikan dengan cara yang akan merangkumi perubahan politik selaras dengan tuntutan orang-orang Libya,&#8221; kata Davutoglu depan Isnin 4 April<\/p>\n<p>Langkah itu dilakukan sehari selepas al-Obeidi pergi ke Athens mencari penyelesaian politik untuk krisis Libya,<\/p>\n<p>&#8220;Utusan Libya ingin menyampaikan bahawa negaranya mempunyai niat untuk berunding,&#8221; kata seorang pegawai Greek selepas lawatan, menambah: &#8220;. Kami tidak berfikir bahawa akan ada penyelesaian ketenteraan terhadap krisis ini&#8221;<\/p>\n<p>Obeidi menyeberang ke negara tetangga Tunisia pada hari Ahad dan melakukan perjalanan dari lapangan terbang Djerba ke ibukota Greek untuk bertemu Perdana Menteri Greek, George Papandreou.<\/p>\n<p>Dalam sebuah kenyataan, kementerian luar negeri Greek mengatakan perbuatan tersebut dilakukan untuk mencari &#8220;politik dan penyelesaian diplomatik&#8221; untuk krisis di Libya, di mana pasukan kerajaan memerangi pejuang pro-demokrasi yang berusaha menamatkan pemerintahan Gaddafi hampir 42 tahun.<\/p>\n<p>Papandreou telah bercakap melalui telefon dengan para pegawai di Tripoli serta pemimpin Qatar, Turki dan Britain selama dua hari terakhir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Menteri Luar Libya bertemu negara jiran usaha perdamaianPasukan keselamatan Yaman telah menembak mati 15 pemberontak antirejim dan mencederakan puluhan lagi semalam dalam pertempuran berdarah yang masuk hari kedua di bandar Taez, selatan ibu kota, kata kakitangan perubatan. &#8216;Angka kematian telah meningkat kepada 15 orang,&#8217; kata ketua sebuah hospital sementara di dataran tengah Taez, Encik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5235"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5235"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5235\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}