{"id":51431,"date":"2016-11-29T20:46:15","date_gmt":"2016-11-29T12:46:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=51431"},"modified":"2016-11-29T20:46:29","modified_gmt":"2016-11-29T12:46:29","slug":"banjir-87-orang-dipindahkan-tiga-pusat-dibuka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/banjir-87-orang-dipindahkan-tiga-pusat-dibuka\/","title":{"rendered":"Banjir ; 87 Orang Dipindahkan, Tiga Pusat Dibuka"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Tiga pusat perpindahan banjir telah dibuka, satu di Kuala Terengganu dan dua di daerah Kemaman kerana banjir yang melanda, di negeri ini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-Batu-Buruk.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-51434\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-Batu-Buruk-300x189.jpg\" alt=\"banjir Batu Buruk\" width=\"300\" height=\"189\" \/><\/a>Menurut laman sesawang Bilik Gerakan Banjir Negeri, Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek<br \/>\ndan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah serta SK Teluk Kalong serta SK Gong Tok Nasek telah menempatkan 87 orang mangsa.<\/p>\n<p>Sehingga petang tadi, Empat orang dari satu keluarga telah berpindah di Kuala Terengganu dan 83 orang di Kemaman.<\/p>\n<p>Hujan yang turun sejak subuh hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air akibat limpahan perparitan, yang bermasalah setiap kali musim tengkujuh.<\/p>\n<p>Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat jam 12.00 tengahari, beberapa batang jalan telah dinaiki air, antaranya di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-KT12.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-51435 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-KT12-300x194.jpg\" alt=\"banjir KT12\" width=\"300\" height=\"194\" \/><\/a>\u201cJalan Sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak MBKT. Boleh dikatakan setakat ini hanya jalan raya di kawasan tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air,\u201dujar beliau.<\/p>\n<p>Namun begitu, kata beliau, keadaan di kampung-kampung keadaan masih stabil namun berjaga-jaga.<\/p>\n<p>\u201cSehingga laporan ini dibuat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p>Di daerah Marang, laluan utama di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Merchang , mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan, pada waktu tengah hari.<\/p>\n<p>Ia dinaiki air, ekoran limpahan air sungai dan air bukit, menyebabkan laluan di Serating dinaiki air hingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan yang sama, di Kampung Batu Penunggul pula, seorang penduduk, Rosmah Engah, 36, berkata, rumahnya dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda dan dipercayai ia disebabkan masalah perparitan tidak sempurna.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-51433\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-Mercang-300x225.jpg\" alt=\"banjir Mercang\" width=\"300\" height=\"225\" \/>Menurutnya, air mula melimpah di sekeliling rumah sebelum memasuki ke bahagian dalam rumah pada tengah hari, namun apa yang mengecewakannya ialah keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali hujan lebat melanda tanpa henti, kawasan rumah dan bahagian dalam rumah akan dinaiki air dan menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung susah bukan sahaja ketika air naik tetapi juga selepas air surut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, di hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilaporkan turut dinaiki air, telah surut kembali pada sebelah petang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Tiga pusat perpindahan banjir telah dibuka, satu di Kuala Terengganu dan dua di daerah Kemaman kerana banjir yang melanda, di negeri ini. Menurut laman sesawang Bilik Gerakan Banjir Negeri, Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah serta SK Teluk Kalong serta SK Gong Tok Nasek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":51432,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":51432,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":4362,"height":2759,"file":"2016\/11\/banjir-KT11.jpg","filesize":2183707,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"8","credit":"","camera":"X-A2","caption":"","created_timestamp":"1480424714","copyright":"","focal_length":"40.2","iso":"1600","shutter_speed":"0.004","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":51431,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/banjir-KT11.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51431"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=51431"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51431\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/51432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=51431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=51431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=51431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}