{"id":5121,"date":"2011-03-26T10:19:31","date_gmt":"2011-03-26T02:19:31","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/mrt-kerajaan-masih-tak-belajar-dari-kesilapan-lama\/"},"modified":"2011-03-26T10:19:31","modified_gmt":"2011-03-26T02:19:31","slug":"mrt-kerajaan-masih-tak-belajar-dari-kesilapan-lama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mrt-kerajaan-masih-tak-belajar-dari-kesilapan-lama\/","title":{"rendered":"MRT-Kerajaan Masih Tak Belajar Dari Kesilapan Lama?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/_tlnDGECr1uY\/TY2_jah7DPI\/AAAAAAAAF6E\/7wk-tO0LCG0\/starlrt.gif\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"172\" style=\"float: right;\" \/>Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi  penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT  setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS  Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak  kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk  menilai serta membuat keputusan yang muktamad.<\/p>\n<p>Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010),  wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat  \u201cCover Story\u201d tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan  kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti  biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.<\/p>\n<p>Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT),  amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya  meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun  kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa \u201dEra  kerajaan tahu semua telah berlalu\u201d.<\/p>\n<p>Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan \u201dkemuncak  kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan  mengharapkan natijah yang berbeza\u201d. Kerajaan Najib, kalau tidak  \u00a0mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang  mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.<\/p>\n<p>Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai  landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah,  jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan  kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk  mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang  akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama  kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.<\/p>\n<p>Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada  RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini  dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek  infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM  yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua  hal tentang harga adalah tentatif dan \u2019guesstimate\u2019, tidak muktamad  seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.<\/p>\n<p>Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM  Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya  dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP\u00a0 atau  Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP  (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang  sebut dalam kesemua perancangan Najib.<\/p>\n<p>Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin  sebagai \u201cDomestic Direct Investment atau DDI\u201d.\u00a0 Itulah kali terkahir ia  disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan  Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta  sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang  bakal beliau capai KPInya.<\/p>\n<p>Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa  projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar  untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini  mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang  tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih  khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of  Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya  atau commercial IRR hanya 4%.<\/p>\n<p>Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan\u00a0adalah  tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai  insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan  terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang  tinggi, subsidi dan juga \u2019pampasan\u2019 andainya tidak memenuhi sasaran  target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga  (IPP) dan penswastaan sektor air.<\/p>\n<p>Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan  ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta.  Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu  untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai  syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk  menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.<\/p>\n<p>Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan  mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung  lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen.  Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon  dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.<\/p>\n<p>Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang  menerbitkan \u201dsovereign bond\u201d untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan  untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing  debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh  kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan  Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan  bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan  membangunkan infrastruktur pengangkutan.<\/p>\n<p>Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman  kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3%  KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi  satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan  dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina  kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua  projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.<\/p>\n<p>Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali  terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem  pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang  didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada  hari ini.<\/p>\n<p>Dengan sistem \u201dLight Rail Transit\u201d dulunya milik swasta \u2013 Putra dan  STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan  satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan  negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.<\/p>\n<p>Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua  gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu \u2019bailout\u2019  yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3  bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta  bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.<\/p>\n<p>Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh  Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh  Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin  mencecah RM300 juta setahun!<\/p>\n<p>Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh  diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti  termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan  satu \u2019blueprint\u2019 bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah\u00a0 pelaburan  besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang.  Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan  NGO, merakamkan hal yang sama.<\/p>\n<p>Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan  ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan  ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat  pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam  dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang,  Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.<\/p>\n<p>Kaedah terbaru \u201dRakan Penyampai Projek\u201d yakni \u201dProjek Delivery  Partner\u201datau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini.  Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau \u2019Project Management  Consultant\u2019 dan juga selaku \u2019Turnkey Contractor\u2019nya. Apabila penulis  bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa  Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana  kepakaran mereka.<\/p>\n<p>Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa  cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa.  Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu  seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan  kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.<\/p>\n<p>Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan  pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih  kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah \u201dSwiss Challenge\u201d \u2013 satu  mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam  projek \u2019Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?<\/p>\n<p>Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk  pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan  tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah  ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal  berulang tampaknya.<\/p>\n<p>Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan  tentang \u2019cost overrun\u2019 atau \u2019kos lebihan\u2019 satu penyakit lama yang  mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri  segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP.  Mudah dan yakin sangat bunyinya.<\/p>\n<p>Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari  Oxford University, bahawa \u2019cost overrun\u2019 dalam pengalaman membina MRT di  seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?<\/p>\n<p>Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah  terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas \u2019kos  berlebihan\u2019 membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau \u2019bailout\u2019  oleh wang rakyat mengulangi tabi\u2019at lama hampir semua projek mega  kerajaan BN.<\/p>\n<p>Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek  penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit  waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.<\/p>\n<p>Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba  menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama \u2013  \u2019prequalification round\u2019 dibuat bagi mengenalpasti\u00a0 syrarikat-syarikat  yang membida secara terbuka.<\/p>\n<p>Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion  untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan  belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.<\/p>\n<p>Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan  tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya  semacam ada pihak yang menjadi \u2019boss\u2019 yang menentukan arah kerja atau  keutamaan SPAD.<\/p>\n<p>Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem  pengangkutan awam darat yang integrated dan punya \u2019connectivity\u2019 dalam  semua sistem darat itu?<\/p>\n<p>Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu \u2019blueprint\u2019 untuk  pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT  SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula  pembinaan pada 16 Julai tahun ini.<\/p>\n<p>Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya  terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum  dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di <a href=\"http:\/\/www.transitmy.org\/\">www.transitmy.org<\/a>.<\/p>\n<p>Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka  senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin,  \u2019rakyat-centric\u2019sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina  sebuah sistem pengangkutan awam yang \u2019integrated\u2019 dan punya  \u2019interconnectivity\u2019 seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara  berkesan dan efisien.<\/p>\n<p>Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya \u201dEra kerajaan tahu semua telah berlalu\u201d. Bukan begitu ke?<\/p>\n<p><em>Dr Dzulkefly Ahmad. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5121"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5121"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5121\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}