{"id":51167,"date":"2016-11-24T10:00:42","date_gmt":"2016-11-24T02:00:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=51167"},"modified":"2016-11-24T07:29:52","modified_gmt":"2016-11-23T23:29:52","slug":"sidang-dun-umno-kitar-semula-isu-lapuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sidang-dun-umno-kitar-semula-isu-lapuk\/","title":{"rendered":"Sidang DUN : Umno Kitar Semula &#8216;Isu Lapuk&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Isu masjid tanpa kebenaran bagi mendirikan solat Jumaat dikitar semula oleh wakil Kota Putera (BN) Mohd Mahdi Musa ketika bangun menyampaikan soalan beliau pada sesi soal jawab di sidang Dun Terengganu.<\/p>\n<figure id=\"attachment_51170\" aria-describedby=\"caption-attachment-51170\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-51170 size-medium\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Screenshot-203-300x207.png\" alt=\"Screenshot (203)\" width=\"300\" height=\"207\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-51170\" class=\"wp-caption-text\"><em>&#8230;.wakil BN Kota Putera cuba menarik perhatian menimbulkan &#8216;isu lapuk&#8217; soalannya diterima oleh kerajaan Umno Terengganu untuk dibawa ke dalam Sidang DUN<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p>Namun wakil kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib memberikan jawapan yang baik dengan tidak menimbulkan polemik diantara wakil-wakil rakyat.<br \/>\nSoalan beliau berbunyi berapakah bilangan masjid yang tidak diwartakan atau tidak disahkan oleh kerajaan negeri (masjid binaan NGO) di seluruh negeri Terengganu?<\/p>\n<p>Menjawab soalan itu, Ghazali berkata bahawa hanya tiga buah masjid yang tidak diktiraf oleh kerajaan negeri bagi seluruh negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Mahdi kemudian bangun bagi bertanya apakah tindakan kerajaan terhadap masjid-masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran tersebut yang konon menurut beliau bagi membendung perpecahan masyarakat.<\/p>\n<p>Tetapi menurut Ghazali, perbincangan Majis Agama Negeri bersetuju untuk meneliti dan mengambil kira pandangan majoriti masyarakat setempat kedudukan masjid-masjid tersebut dan dengan beberapa pihak bagi membenarkan solat Jumaat dilakukan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/satiful.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-51150\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/satiful-300x209.jpg\" alt=\"satiful\" width=\"300\" height=\"209\" \/><\/a>Wakil Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat kemudian mengingatkan Ghazali tentang kajian oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini dan memohon kerajaan mengemukakan laporan kajian itu.<\/p>\n<p>Ghazali kemudiannya menjelaskan keputusan akhir terletak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) bagi menentukannya, tanpa beliau memaklumkan hasil kajian itu tetapi berjanji kerajaan akan benarkan jika keputusan itu membenarkan.<\/p>\n<p>Wakil Jabi, Mohd Iskandar Jaafar kemudian bangun mendakwa bahawa kesemua masjid-masjid ini adalah bermula daripada sebuah markas PAS yang kemudiannya apabila ramai orang datang, kemudiannya dijadikan masjid untuk solat Jumaat.<\/p>\n<p>Beliau kemudiannya mencadangkan agar penyelesaian itu dibuat juga dengan cara politik, yang langsung membuatkan Ustaz Satiful bangun menyoal, adakah dengan cara seperti merobohkan Masjid Bujal yang Umno lakukan dahulu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/01\/Dr Azman Kerandang 190113.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11333 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/01\/Dr Azman Kerandang 190113-300x227.jpg\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita13\/Dr%20Azman%20Kerandang%20190113.jpg\" width=\"300\" height=\"227\" \/><\/a>\u201cBoleh sangat\u2026boleh juga tak ada masalah,\u201d balas Iskandar seperti membayangkan kerajaan juga sanggup melakukan tindakan kekerasan.<\/p>\n<p>Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika diminta mengulas isu ini menjawab, ini isu lapuk dan ketinggalan keretapi.<\/p>\n<p>\u201cIndividu yang membangkitkan semula perkara ini sebenarnya ketinggalan maklumat kerana ketiga-tiga masjid yang dimaksudkan dalam proses urusan dengan Pejabat Agama untuk penyelesaian.<\/p>\n<p>Tak perlu nak panaskan isu yang sebenarnya tiada isu pun,\u201d jelas beliau sinis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Isu masjid tanpa kebenaran bagi mendirikan solat Jumaat dikitar semula oleh wakil Kota Putera (BN) Mohd Mahdi Musa ketika bangun menyampaikan soalan beliau pada sesi soal jawab di sidang Dun Terengganu. Namun wakil kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib memberikan jawapan yang baik dengan tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48113,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":48113,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":670,"height":445,"file":"2016\/08\/sidang-dun-terengganu-1.jpg","filesize":109694,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":48109,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/sidang-dun-terengganu-1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51167"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=51167"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51167\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48113"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=51167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=51167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=51167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}