{"id":51139,"date":"2016-11-23T19:07:04","date_gmt":"2016-11-23T11:07:04","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=51139"},"modified":"2016-11-23T21:49:41","modified_gmt":"2016-11-23T13:49:41","slug":"sidang-dun-kerajaan-cuba-selindung-peratus-pendapatan-hasil-galian-tak-sampai-rm1-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sidang-dun-kerajaan-cuba-selindung-peratus-pendapatan-hasil-galian-tak-sampai-rm1-juta\/","title":{"rendered":"Sidang DUN : Kerajaan Cuba Selindung  Peratus Pendapatan, Hasil Galian Tak Sampai RM1 Juta"},"content":{"rendered":"<p>Oeh : MNA<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Wakil Bukit Tunggal, Dr Alias Razak hari ini mempertikaikan cara yang tidak tepat oleh kerajaan dalam menyediakan laporan kewangan kepada Dun yang dilihat sebagai cuba berselindung dengan menggunakan kaedah peratusan.<\/p>\n<p>Beliau dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 itu memaklumkan kepada Dewan bahawa jumlah hasil negeri yang disebutkan tahun 2017 adalah lebih rendah berbanding dengan nilai pada tahun 2016, tetapi dengan kaedah peratusan, ia dilihat lebih tinggi.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Lombong-Bijih-Besi.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-51141\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Lombong-Bijih-Besi-300x201.jpg\" alt=\"Lombong Bijih Besi\" width=\"300\" height=\"201\" \/><\/a>\u201cDalam bajet keseluruhan disebut oleh YAB MB bahawa peningkatan hasil negeri, biasa dalam 10-11 peratus tanpa sumber petroleum, sudah meningkat kepada 22.6 peratus,<\/p>\n<p>&#8220;Ini nilai yang \u2018misleading\u2019 dengan izin, kerana peratusan ini naik bukan kerana hasil selain dari petroleum dan tunggakan petroleum itu meningkat, tetapi kerana jumlah (besar) pendapatan itu menurun,<\/p>\n<p>&#8220;Pendapatan 2015 sebenar setelah ditolak sumber petroleum dan tunggakan 220 juta itu, hanya RM445 juta, 2016 RM400 juta\u2026menurun, 2017 RM384 juta sahaja,<\/p>\n<p>&#8220;Jadi nilai yang sebenarnya semakin menurun, semakin merosot, bukan meningkat, \u2018percentage\u2019 dengan izin, memang meningkat, tetapi nilai sebenar itu menurun,<\/p>\n<p>&#8220;Ini menunjukkan bahawa selama ini walaupun kita dikatakan mempunyai sumber asli, komoditi yang banyak dalam negeri Terengganu ini dikurnaikan oleh Allah swt, tapi dari segi peningkatan ekonomi khususnya dari pungutan hasil, tidak meningkat,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<figure id=\"attachment_51143\" aria-describedby=\"caption-attachment-51143\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignright\"><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Silika.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-51143 size-medium\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Silika-300x187.jpg\" alt=\"Silika\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-51143\" class=\"wp-caption-text\"><em>Gambar atas lombong bijih besi di Bukit Besi dan bawah ialah lombong Silika di Kampung Bari, Setiu. Berapakah hasil sebenar kedua-dua galian tersebut?<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p>Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, turut menekankan bahawa hasil lombong besi sepatutnya menjadi hasil baru kepada kerajaan negeri, setelah 13 buah syarikat beroperasi semenjak 2008.<\/p>\n<p>Namun hasil yang dikutip dari perlombongan ini kurang RM1 juta, amat mengecewakan, sedangkan alam sekitar, ekosistem di kawasan berkenaan telah rosak, bahkan kilang Eastern Steel di Kemaman juga dimaklumkan telahpun dihentikan operasinya.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya yang boleh bagi hasil baru kepada kerajaan adalah lombong\u2026lombong bijih besi, setelah beroperasi pada tahun 2008, 13 buah syarikat telah dikurniakan, diberi lessen, permit melombong selama 2008 sehingga 2014.<\/p>\n<p>&#8220;Berapa hasil dia? Hasil yang dikutip seperti yang dijawab dalam jawapan bertulis hanya RM829,162.25, tak sampai 1juta, kita duk ingat inilah yang akan beri sumber hasil baru kepada kerajaan kita, rupa-rupanya tidak.<\/p>\n<p>Sedangkan kita telah mengorbankan kawasan Bukit Besi enam ribu hektar, habis balaknya, gondolnya, alam sekitar rosak, ekosistem rosak, yang kita dapat hanya tak sampai sejuta,\u201d ujar beliau kesal.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oeh : MNA KUALA TERENGGANU &#8211; Wakil Bukit Tunggal, Dr Alias Razak hari ini mempertikaikan cara yang tidak tepat oleh kerajaan dalam menyediakan laporan kewangan kepada Dun yang dilihat sebagai cuba berselindung dengan menggunakan kaedah peratusan. Beliau dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 itu memaklumkan kepada Dewan bahawa jumlah hasil negeri yang disebutkan tahun 2017 adalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":51145,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":51145,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":733,"height":499,"file":"2016\/11\/Dr-Alias.jpg","filesize":128573,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1479842592","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":51139,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Dr-Alias.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51139"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=51139"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51139\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/51145"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=51139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=51139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=51139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}