{"id":5084,"date":"2011-03-23T06:16:18","date_gmt":"2011-03-22T22:16:18","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/siapa-datuk-t-sebenarnya\/"},"modified":"2011-03-23T06:16:18","modified_gmt":"2011-03-22T22:16:18","slug":"siapa-datuk-t-sebenarnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/siapa-datuk-t-sebenarnya\/","title":{"rendered":"Siapa Datuk &#8216;T&#8217; Sebenarnya!"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/shazryleskay.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/shazryleskay.jpg\" width=\"288\" height=\"180\" style=\"float: right;\" \/>Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15  Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada  hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya  mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.<\/p>\n<p>Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. <span id=\"lw_1300860931_3\" class=\"yshortcuts\">Kereta<\/span> itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.<\/p>\n<p>Saya dibawa ke <span id=\"lw_1300860931_4\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer; background: none repeat scroll 0% 0% transparent;\">Hotel Flamingo Ampang<\/span>, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri <span id=\"lw_1300860931_5\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer; background: none repeat scroll 0% 0% transparent;\">Rahim Thamby Chik<\/span> dan Dato\u2019 Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.<\/p>\n<p>Saya  duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato\u2019 Eskay Shazril  Abdullah (gambar kanan) duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di  belakang di dalam bilik tersebut.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (\u201cJohari Abdul\u201d) adalah <span id=\"lw_1300860931_6\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">ahli Parlimen<\/span> yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai <span id=\"lw_1300860931_7\" class=\"yshortcuts\">Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim<\/span>.<\/p>\n<p>Sepanjang  tayangan video tersebut, Dato\u2019 Eskay Shazril Abdullah menjadi suara  latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana  cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir  mempunyai risiko <span id=\"lw_1300860931_8\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">air mani<\/span> akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang  menyebabkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti  seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.<\/p>\n<p>Dia  juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim ke  club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di  Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato\u2019 Seri  Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato\u2019 Seri Anwar  Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan  Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato\u2019 Eskay) menggunakan bilik  bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan  kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak  perisikan Thai.<\/p>\n<p>Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri  Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang  memburukkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba  meyakinkan saya bahawa Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang  tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.<\/p>\n<p>Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan <span id=\"lw_1300860931_9\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">KEADILAN<\/span> dan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri <span id=\"lw_1300860931_10\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">Najib Tun Razak<\/span>. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.<br \/><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/johariabdul.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/johariabdul.jpg\" width=\"290\" height=\"169\" style=\"float: right;\" \/><br \/>Tan  Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan  memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat  dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli  Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar  komen-komen yang dibuat.(Gambar kanan &#8211; Datul Johari Abdul)<\/p>\n<p>Selepas itu, saya keluar dan diiringi  oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan  memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut,  saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato\u2019 Seri Anwar  Ibrahim.<\/p>\n<p>Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:<\/p>\n<p>1.  Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan  rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim  masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato\u2019 Seri Anwar  Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang  waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.<\/p>\n<p>2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam <span id=\"lw_1300860931_11\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer; background: none repeat scroll 0% 0% transparent;\">hitam putih<\/span>; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.<\/p>\n<p>3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>5.  Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan  jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan  perut Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.<\/p>\n<p>Selepas  itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli  Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa  dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan  seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330  petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan  menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa  perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan  oleh pihak mereka.<\/p>\n<p>Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar <span id=\"lw_1300860931_12\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">Dewan Rakyat<\/span> kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p><strong>DATO\u2019 JOHARI ABDUL<br \/>AHLI PARLIMEN SG PETANI<br \/>AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN<br \/>23 MAC 2011<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau. Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5084"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5084"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5084\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}