{"id":50421,"date":"2016-10-31T22:26:16","date_gmt":"2016-10-31T14:26:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=50421"},"modified":"2016-10-31T22:26:32","modified_gmt":"2016-10-31T14:26:32","slug":"menjelang-tahun-melawat-terengganu-2017-leptospirosis-mungkin-menjadi-ancaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menjelang-tahun-melawat-terengganu-2017-leptospirosis-mungkin-menjadi-ancaman\/","title":{"rendered":"Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017; Leptospirosis Mungkin Menjadi Ancaman!"},"content":{"rendered":"<p>Menjelang \u2018Tahun Melawat Terengganu 2017\u2019 yang akan bermula pada Januari depana, berita Pengerusi Kumpulan Kembara Terengganu (Terengganu Adventure Group -TAG) dimasukkan ke Kecemasan Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganutidak boleh dipandang rimgan.<\/p>\n<p>Wan Mohd Adib Wan Zain, yang menjadi jurucakap bagi \u2018kluster\u2019 Rekreasi Dan Gaya Hidup Sihat pada Kongres Rakyat Ogos lalu, disahkan mengalami jangkitan virus leptospirosis atau kencing tikus.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/Kembara-Santai.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-50423\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/Kembara-Santai-300x187.jpg\" alt=\"Kembara Santai\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a>Kira-kira dua minggu lalu, beliau yang ditemui seusai solat Jumaat di masjid Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun memberitahu dalam perjalanan bersama Kumpulannya ke Sungai Kelmin 3, untuk program rekreasi dan riadah.<\/p>\n<p>\u201cKebetulan pula\u2026\u2026.saya pun nak ke Sungai Kelmin, tapi sebelah atas lagi,\u201dujarnya ringkas, selepas mengetahui saya juga akan destinasi yang sama, tetapi lokasi yang berbeza.<\/p>\n<p>Selepas itu kami berpisah, saya meneruskan perjalanan bersama Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team \u2013 PAKAT), untuk membuat liputan Kembara Santai bersama Ketua Polis Daerah (KPD).<\/p>\n<p>Ketika sampai di lokas perkhemahan kami, KPD Kemaman Mohd Said Ibrahim memberikan peringatan kepada semua peserta Kembara agar menjaga kebersihan dan jangan membuang sisa makanan merata-rata.<\/p>\n<p>\u201cini yang menyebabkan tikus datang\u2026..sebab ada sisa makanan\u2026\u2026.sebab itu virus leptospirosis atau kencing tikus merebak,\u201dujar beliau.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/Kembara-Santai1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-50425 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/Kembara-Santai1-300x179.jpg\" alt=\"Kembara Santai1\" width=\"300\" height=\"179\" \/><\/a>Samada secara kebetulan atau hakikat kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah, Wan Din kini terlantar di wad kecemasan.<\/p>\n<p>Saya dimaklumkan, doktor yang merawat beliau menyatakan, jantung dan hati beliau telah dijangkiti kuman, virus tersebut.<\/p>\n<p>Saya berdoa kepada Allah, semoga Setiausaha Majlis Tindakan DUN Paka itu, berikan lah kesembuhan dan tidak meninggalkan sebarang mudharat.<\/p>\n<p>Jangkitan kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.<\/p>\n<p>Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan boleh membawa maut.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/wan-adib.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-50427\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/wan-adib-257x300.jpg\" alt=\"wan adib\" width=\"257\" height=\"300\" \/><\/a>Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus, namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan.<\/p>\n<p>Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.<\/p>\n<p>Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.<\/p>\n<p>Tanda atau gejala jangkitan kencing tikus terbahagi kepada beberapa fasa dan yang pertama ketika pengeraman di antara dua hingga 26 hari.<br \/>\nMereka yang dijangkiti anak mula merasa demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.<\/p>\n<p>Selain itu, pesakit akan mendapat batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.<\/p>\n<p>Radang selaput mata juga adalah sebahagian gejalanya dan pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/kenyir.JPG\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-9669 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/06\/kenyir-300x225.jpg\" alt=\"kenyir\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a>Selain Wan Adib, beberapa bulan lalu seorang anggota Jabatan Amal dari Kuala Nerus juga pernah dijangkit virus yang sama, sekembalinya dari perkelahan sektar Tasik Kenyir.<\/p>\n<p>Alhamdulilah, beliau kini sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.<\/p>\n<p>Pada 16 September 2016 lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, pengusaha premis seperti kedai makan, restoran dan kantin yang biasanya menjadi tumpuan populasi tikus juga wajib mengutamakan aspek kebersihan termasuk menutup pinggan dan bekas makanan serta minuman yang telah dibasuh dan melupuskan sisa makanan.<\/p>\n<p>Beliau meminta masyarakat menjaga kebersihan termasuk bahagian dapur rumah kediaman mereka bagi mengelak jangkitan bakteria kencing tikus atau leptospirosis kerana jangkitan boleh berlaku sama ada jika terminum atau menyentuh air kencing tikus tanpa disedari.<\/p>\n<p>Menurutnya, dari Januari hingga 31 Ogos lalu, jumlah kes yang disyaki leptospirosis dilaporkan sebanyak 441 kes dan daripada jumlah itu 158 kes (36 peratus) adalah disahkan positif melalui ujian makmal dan terdapat peningkatan kes (yang disahkan oleh ujian makmal) sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-50426 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/kencing-tikus-159x300.jpg\" alt=\"kencing-tikus\" width=\"159\" height=\"300\" \/>\u201cPaling membimbangkan sekiranya berlaku wabak tetapi sepanjang tahun ini, terdapat hanya dua kejadian wabak yang dilaporkan, iaitu pada awal tahun melibatkan tiga kes dari dua keluarga berjiran di Daerah Marang di mana sumber jangkitan berkemungkinan daripada pendedahan kepada lopak air di sekitar kawasan rumah.<\/p>\n<p>\u201cManakala kedua berlaku di sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Daerah Setiu pada Mei lalu melibatkan tiga kes yang disahkan melalui ujian makmal. Manakala bagi kes-kes \u2018sporadic\u2019 (tidak ada kena-mengena), hanya melibatkan lima kes (3.3 peratus) daripada jumlah yang dilaporkan mempunyai sejarah ke tempat rekreasi.<\/p>\n<p>\u201cSebab majoriti kes-kes (sporadic) mempunyai sejarah risiko pendedahan pada persekitaran rumah. Setakat ini, terdapat hanya satu kes kematian leptospirosis di melibatkan seorang pekerja Indonesia dari sebuah Ladang Sawit di Kemaman,\u201d katanya kepada Sinar Harian.<\/p>\n<p>Juteru itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya, meletakkan \u2018faktor kebersihan\u2019 sebagai syarat dan termayang perlu diutamakan, menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.<\/p>\n<p>Tidak ada majnyanya, merangka agenda yang hebat-hebat, namun lokasi tumpuan utama pelancong yang bakal mengunjungi Darul Iman tidak menepati ciri negeri yang beriman, kerana sesungguhnya \u2018Kebersihan itu sebahagian daripada Iman\u2019.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjelang \u2018Tahun Melawat Terengganu 2017\u2019 yang akan bermula pada Januari depana, berita Pengerusi Kumpulan Kembara Terengganu (Terengganu Adventure Group -TAG) dimasukkan ke Kecemasan Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganutidak boleh dipandang rimgan. Wan Mohd Adib Wan Zain, yang menjadi jurucakap bagi \u2018kluster\u2019 Rekreasi Dan Gaya Hidup Sihat pada Kongres Rakyat Ogos lalu, disahkan mengalami jangkitan virus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":50422,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":50422,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":750,"height":437,"file":"2016\/10\/kencing-tikus-1-750x437.png","filesize":684256,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":50421,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/kencing-tikus-1-750x437.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50421"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50421"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50421\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/50422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50421"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50421"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50421"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}