{"id":50146,"date":"2016-10-20T18:27:38","date_gmt":"2016-10-20T10:27:38","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=50146"},"modified":"2016-10-20T16:31:40","modified_gmt":"2016-10-20T08:31:40","slug":"adakah-mereka-yang-dimaksudkan-penjual-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/adakah-mereka-yang-dimaksudkan-penjual-agama\/","title":{"rendered":"Adakah Mereka Yang Dimaksudkan Penjual Agama?"},"content":{"rendered":"<p>oleh : Salam Muhammad<\/p>\n<p>Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan \u2018tentera bersekutu\u2019. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan. Golongan inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355. <\/p>\n<p>UMNO (termasuk BERSATU dan WARISAN) \u2013  Ada 87 Ahli Parlimen muslim. Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN. <\/p>\n<p>UMNO tahu majoriti Melayu\/Islam menyokong RUU 355. Daripada peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata, ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu. Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum ar-Rahman.<\/p>\n<p>PKR \u2013 Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya. Cita-cita mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.<\/p>\n<p>PAN \u2013 Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi perampas markaz. Parti yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya adalah apabila dendam terbalas. Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7. Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah cukup.<\/p>\n<p>DAP \u2013 Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.<\/p>\n<p>PBB \u2013 Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.<\/p>\n<p>PAS \u2013 Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS \u2013 Ada 1 Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim \u2013 juga menyokong RUU 355. <\/p>\n<p>Jumlah semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum 112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu. Semua penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/kuliah-071016.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/10\/kuliah-071016-300x174.jpg\" alt=\"kuliah 071016\" width=\"300\" height=\"174\" class=\"alignright size-medium wp-image-49850\" \/><\/a>Kepada semua, penulis turunkan petikan makna al-Quran  ini. Terpulanglah kepada mereka, ahli dan penyokong mereka nak ulas macam mana. Penulis tidak memerlukan ulasan kalian. Bermonologlah di depan Allah secara langsung. Susunlah segala metafora. Allah Maha Mendengar hujahmu dan apa sahaja niat di hatimu. PASTI.<\/p>\n<p>Allah SWT berfirman:<br \/>\n&#8220;Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.&#8221; (QS. Ali &#8216;Imran: Ayat 177)<\/p>\n<p>&#8220;Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.&#8221;(QS. At-Taubah: Ayat 9)<\/p>\n<p>&#8220;Katakanlah (wahai Muhammad): &#8220;Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, &#8211; (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).&#8221; (QS. At-Taubah: Ayat 24) <\/p>\n<p>Dan akhir sekali, untuk Tuan Guruku dan sahabat-sahabat seperjuanganku, mari kita berkongsi firman ini:<\/p>\n<p>&#8220;Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.&#8221; (QS. Ali &#8216;Imran: Ayat 176)<\/p>\n<p>Motif tulisanku adalah untuk menyampaikan peranan al-Quran sebagai pembawa berita gembira kepada orang beriman dan ancaman kepada manusia yang engkar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh : Salam Muhammad Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan \u2018tentera bersekutu\u2019. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":47760,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":47760,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":497,"height":334,"file":"2016\/08\/semua-ahli-parlimen-islam-diseru-sokong-pindaan-akta-355.jpg","filesize":77876,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1470068218","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":47759,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/semua-ahli-parlimen-islam-diseru-sokong-pindaan-akta-355.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50146"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50146"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50146\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/47760"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50146"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50146"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50146"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}