{"id":5000,"date":"2011-03-15T08:38:15","date_gmt":"2011-03-15T00:38:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/kredibiliti-spr-terus-dipertikai-pengundi\/"},"modified":"2011-03-15T08:38:15","modified_gmt":"2011-03-15T00:38:15","slug":"kredibiliti-spr-terus-dipertikai-pengundi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kredibiliti-spr-terus-dipertikai-pengundi\/","title":{"rendered":"Kredibiliti SPR terus dipertikai pengundi"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/pru12.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/pru12.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan   tidak berapa lama sahaja lagi, kredibiliti Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya umum (PRU) di negara ini dipertikai pengundi.<\/p>\n<p>Suruhanjaya tersebut yang teruk dikritik sebelum ini dikatakan  bertindak  menukar status, memindah serta menghilangkan nama pengundi  bagi memberi  kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi  PRU yang akan  datang.<\/p>\n<p>Menurut seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini,   Noor Wahab 37, status isterinya yang mendaftar sebagai pengundi awam   dengan sewenang-wenangnya telah ditukarkan kepada pengundi pos oleh SPR.<\/p>\n<p>\u201cIsteri saya telah mendaftar sebagai pengundi biasa di kampungnya di   Kuantan, tapi dalam PRU yang lalu statusnya telah ditukarkan kepada   pengundi pos di Lumut.<\/p>\n<p>\u201cPadahal isteri saya tidak pernah memohon, bahkan tidak pernah  mengisi  apa-apa borang sekalipun untuk menukarkan statusnya kepada  pengundi pos.<\/p>\n<p>\u201cSaya dan isteri terkejut apabila mendapati namanya disenaraikan  sebagai  pengundi pos di Lumut sebelum PRU tahun 2008 lalu,\u201d kata  beliau.<br \/> <strong><br \/> <span style=\"color: #993366;\">Nama dipindah ke lokasi lain<\/span><\/strong> <span style=\"color: #993366;\"><br \/> <\/span><br \/> Sementara itu, Mohd Nizam 45, di Johor Bahru yang telah beberapa kali   mengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke lokasi lain yang tidak   pernah sampai sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cDahulu, saya mendaftar sebagai pemilih parlimen sini (Johor Bahru) dan sudah beberapa kali mengundi, tak pernah ada masalah.<\/p>\n<p>\u201cMasalah mula timbul ketika PRU pertama selepas peristiwa (Datuk  Seri)  Anwar Ibrahim di pecat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dari  kabinet.<\/p>\n<p>\u201cMasa tu, beberapa hari sebelum hari mengundi saya buat semakan,   alih-alih nama saya tercampak ke Klang walhal saya tak pernah pun pergi   ke sana apatah lagi menetap di sana.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya, adakah kemungkinan SPR bertindak demikian terhadap   pengundi tegar pembangkang yang boleh dikesan melalui nombor siri yang   tertera pada kertas undi yang kita pangkah dalam pilihan raya-pilihan   raya sebelum ini?,\u201d soal beliau yang mengakui seorang penyokong kuat   pembangkang.<br \/> <span style=\"color: #993366;\"><br \/> <strong>Nama \u2018ghaib\u2019 sebelum hari pengundian<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Persoalan yang sama juga dikongsi oleh seorang lagi pengundi  berdaftar  yang turut mengaku sebagai penyokong pembangkang, Hazli 38,  apabila  mendakwa namanya didapati \u2018ghaib\u2019 beberapa hari dari daftar  pemilih SPR  sebelum PRU-12 lalu.<\/p>\n<p>\u201cKira-kira dua hari sebelum PRU lalu diadakan, saya terkejut apabila   saya buat semakan di sebuah bilik gerakan BN di Damansara Damai,   mendapati nama saya tidak ada langsung dalam senarai daftar pemilih.<\/p>\n<p>\u201cPertama kali saya mengundi pada tahun 1999 di kawasan Dewan Undangan   Negeri (Dun) Sepinang, Segamat. Selepas itu saya ada buat pemindahan  ke  Segambut, Kuala Lumpur sebelum pilihan raya tahun 2004 lagi.<\/p>\n<p>\u201cKetika PRU tahun 2004 nama saya sudah pun dipindahkan ke Segambut   tetapi tiba-tiba beberapa hari sebelum PRU tahun 2008 pula, nama saya   ghaib terus dari senarai pemilih.<\/p>\n<p>\u201cLebih menghairankan lagi, tak berapa bulan selepas PRU-12 saya semak   semula, ada pula nama saya sebagai pengundi bagi Parlimen Segambut,\u201d   kata beliau.<\/p>\n<p>Sama seperti Mohd Nizam, Hazli turut melontarkan persoalan adakah SPR   sengaja bertindak demikian terhadap pengundi tegar pembangkang yang   boleh dikenal pasti melalui nombor siri kertas undi.<\/p>\n<p>\u201cMacam ada yang tak kena. \u00a0Masalah ini tak pernah pula saya dengar  dari  rakan-rakan atau saudara-mara saya yang mengaku pengundi BN.<\/p>\n<p>Rata-rata yang terkena masalah ini terdiri dari mereka yang telah beberapa kali mengundi pembangkang,\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, isu pertukaran status isteri anggota tentera telah   ditimbulkan oleh PAS negeri Pulau Pinang apabila mendakwa SPR bertindak   mendaftar isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan penama   bagi memberi kelebihan kepada BN dalam menghadapi PRU- 13 nanti.-FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama sahaja lagi, kredibiliti Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya umum (PRU) di negara ini dipertikai pengundi. Suruhanjaya tersebut yang teruk dikritik sebelum ini dikatakan bertindak menukar status, memindah serta menghilangkan nama pengundi bagi memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5000"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5000"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5000\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}