{"id":4969,"date":"2011-03-13T05:00:39","date_gmt":"2011-03-12T21:00:39","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/umno-terengganu-dok-rok-lemah\/"},"modified":"2011-03-13T05:00:39","modified_gmt":"2011-03-12T21:00:39","slug":"umno-terengganu-dok-rok-lemah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/umno-terengganu-dok-rok-lemah\/","title":{"rendered":"Umno Terengganu &#8216;Dok Rok&#8217;, Lemah"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/ariffindraman.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/ariffindraman.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Pas menganggap UMNO Terengganu tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila  terpaksa \u2018membawa\u2019 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk  menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang  dimenangi Pas.  <\/p>\n<p>Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata,  beliau percaya jentera UMNO negeri ini sudah tidak berupaya untuk  menembusi kubu kuat Pas lalu mengambil keputusan meminta bantuan Najib  yang juga Presiden UMNO.  <\/p>\n<p>\u201cBiasa Perdana Menteri tidak datang, pilihan raya kecil  sekalipun hanya Timbalan Perdana Menteri yang turun padang dan ini  memberi gambaran jentera UMNO tidak berupaya hingga terpaksa minta  bantuan Pusat,\u201d katanya kepada Sinar Harian, semalam.  <\/p>\n<p>Bagaimanapun kata Ariffin, Pas Terengganu tidak pernah gentar  atau bimbang dengan kehadiran Najib ke kawasan mereka kerana percaya  pengundi di DUN itu tidak akan berubah menyokong UMNO dan BN yang banyak  melakukan penyeleweng.  <\/p>\n<p>Malah menurut beliau, keyakinan itu juga diluahkan kerana DUN   dimenangi Pas terutama Manir, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Rhu Rendang  mempunyai kekuatan sendiri yang tidak mudah ditembusi UMNO dan BN.  <\/p>\n<p>\u201cKita tidak bimbang dan takut dengan Perdana Menteri, datanglah  kita tidak menghalang kerana selain mempunyai kekuatan sendiri di DUN  itu, kita juga percaya rakyat tidak akan berubah kepada BN yang banyak  menindas mereka.  <\/p>\n<p>\u201cApa pun, kita percaya perkembangan ini memberi gambaran bahawa  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir dan kita ada  strategi sendiri untuk mempertahankan kerusi kita selain sasaran kerusi  milik BN,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Najib sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu jentera  UMNO Terengganu menggempur kawasan DUN Manir dan Bukit Tunggal pada 30  April ini.  <\/p>\n<p>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad  Said berkata, dua kawasan yang diwakili pembangkang itu dipilih untuk  digempur dalam usaha UMNO menakluk kembali dua DUN itu yang jatuh ke  tangan Pas pada pilihan raya umum lalu.  <\/p>\n<p>Selain dua kawasan itu katanya, DUN lain yang dimenangi Pas  iaitu Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang, Rhu Rendang, Bukit Payong dan  Sura juga akan turut digempur menjelang PRU-13 yang diramalkan semakin  dekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pas menganggap UMNO Terengganu tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila terpaksa \u2018membawa\u2019 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas. Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau percaya jentera UMNO negeri ini sudah tidak berupaya untuk menembusi kubu kuat Pas lalu mengambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4969"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4969"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4969\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4969"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4969"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4969"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}