{"id":4960,"date":"2011-03-12T00:11:04","date_gmt":"2011-03-11T16:11:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/menjelang-pgu2-ahmad-said-dan-janji-janji-royalti\/"},"modified":"2011-03-12T00:11:04","modified_gmt":"2011-03-11T16:11:04","slug":"menjelang-pgu2-ahmad-said-dan-janji-janji-royalti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menjelang-pgu2-ahmad-said-dan-janji-janji-royalti\/","title":{"rendered":"Menjelang PGU2; Ahmad Said dan Janji-janji  Royalti"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/janjiroyalti.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/janjiroyalti.gif\" style=\"float: left;\" \/><em><strong>&#8211; Rakyat tuntut janji kerajaan pusat lunaskan pembayaran<\/strong><\/em><br \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan \u2018drama\u2019 bersiri yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u2018Episod\u2019 pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang \u2018Dana Khas\u2019 yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang \u2018dirampas\u2019 sejak pemerintahan PAS tahun 2000 di Terengganu.<\/p>\n<p>Penyerahan baki bayaran tersebut pernah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu yang juga Menteri Kewangan, Dato\u2019 Seri Najib Tun Abdul Razak kepada Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Ahmad Said di Stadium Negeri, pada 13 Disember 2008.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408.6 juta itu bukan pembayaran royalti sebenar.<\/p>\n<p>Katanya, hak royalti sebenar telah \u2018dirampas\u2019 oleh kerajaan BN semasa Terengganu dikuasai PAS pada tahun 1999 hingga 2004.<\/p>\n<p>\u201cIa (RM408.6 juta) bukan royalti. Royalti belum diselesaikan lagi kerana kes masih di Mahkamah dan ada dalam lembaran akaun. Kerajaan Persekutuan melalui \u2018dana khas\u2019 itu hanya menyerahkan 78 peratus sahaja sebelum ini,\u201d katanya mengulas perkara tersebut ketika itu .<\/p>\n<p>Sebaliknya, kata beliau pembayaran tersebut merupakan baki wang terimaan \u2018dana khas\u2019 dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini bagi tahun 2007 dan 2008 dan bukan royalti.<\/p>\n<p>Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk membuat pembayaran tersebut kerana yang bertanggungjawab adalah pihak Petronas kepada kerajaan Terengganu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, seluruh rakyat Terengganu perlu diingatkan, pada bulan Mac ini, telah genap 11 tahun hak royalti rakyat Terengganu telah \u2018dirampas\u2019 dan dinafikan oleh kerajaan BN pusat.<\/p>\n<p>Rakyat kini menuntut agar kerajaan Terengganu mendesak kerajaan pusat supaya melunaskan janji-janji untuk pembayaran royalti dan pemgembalian royalti sepenuhnya.<\/p>\n<p>ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, Menteri Besar Dato&#8217; Seri Ahmad Said telah berjanji pada bulan Mac 2011 ini kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Katanya, Ahmad Said berjanji demikian pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.<\/p>\n<p>&#8220;Ahmad Said berkata, seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (Januari, 2009) kira-kira dua tahun lepas, Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat membayar royalti sepenuhnya) setelah perundingan dilaksanakan,&#8221;ujarnya ketika ditemui <\/p>\n<p>Menurutnya, Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Presiden PAS Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (ADUN Rhu Rendang) yang meminta kepastian dari kerajaan bilakah tarikh sebenar royalti minyak akan dipulangkan kepangkuan rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>Dr. Alias yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat telah berkali-kali berjanji akan mengembalikan royalti tersebut, namun ia hanyalah &#8216;janji-janji&#8217; dibibir mulut sahaja.<\/p>\n<p>&#8220;Kita minta Ahmad Said dan kerajaan, samada Terengganu atau Pusat supaya berhenti &#8216;cakap pelawok&#8217;, buat janji sokmo, tapi tak ditunaikan, dia juga kata, kerajaan pusat bersetuju membayarnya secara berperingkat bermula Januari 2011, setakat ni, dah bulan Mac, tak ada dengar apa-apa,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, Ahmad Said ketika menjawab soalan tambahan Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang yang sama, turut berjanji kerajaan pusat bersetuju membayar royalti secara berperingkat bermula Januari 2011.<\/p>\n<p>&#8220;Ahmad Said berkata RM200 juta akan dibayar setiap tahun kepada Kerajaan Negeri, dari RM2.2 bilion yang telah diguna belanja oleh kerajaan pusat akan dibayar secara ansuran dalam tempoh 10 tahun.&#8221;tambah Dr Alias.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Rakyat tuntut janji kerajaan pusat lunaskan pembayaranKUALA TERENGGANU &#8211; Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan \u2018drama\u2019 bersiri yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). \u2018Episod\u2019 pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang \u2018Dana Khas\u2019 yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang \u2018dirampas\u2019 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4960"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4960"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4960\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}