{"id":4941,"date":"2011-03-10T03:53:49","date_gmt":"2011-03-09T19:53:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/bukan-isyarat-rakyat-seluruh-negara-sokong-bn\/"},"modified":"2011-03-10T03:53:49","modified_gmt":"2011-03-09T19:53:49","slug":"bukan-isyarat-rakyat-seluruh-negara-sokong-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bukan-isyarat-rakyat-seluruh-negara-sokong-bn\/","title":{"rendered":"Bukan Isyarat Rakyat Seluruh Negara Sokong BN"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/06\/UHT.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/06\/UHT.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib menasihatkan pemimpin  Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap kemenangan di Dewan  Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai isyarat rakyat di  seluruh negara menyokong BN sepenuhnya.  <\/p>\n<p>Menurutnya, ia sama sekali tidak boleh dijadikan penanda aras untuk  menentukan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang, sambil  menjelaskan pertambahan sokongan itu hanya berlaku di kedua-dua DUN itu  sahaja tanpa melibatkan DUN lain yang tidak bertanding.  <\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan bahawa pembangkang juga telah menang  beberapa kali di beberapa kerusi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.  <\/p>\n<p>\u201cMemang betul rakyat sokong BN tetapi di kawasan itu sahaja dan  ia tidak boleh dijadikan  ukuran untuk tentu  kedudukan mana-mana parti  politik dalam pilihan raya umum nanti.  <\/p>\n<p>\u201cPada peringkat awal pilihan raya kecil dulu pun, pembangkang  banyak menang di Parlimen dan DUN seperti di Kuala Terengganu dan  Permatang Pauh,\u201d katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.  <\/p>\n<p>BN mencatat kemenangan berganda pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau, 6 Mac lalu.  <\/p>\n<p>BN mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti lebih  besar berbanding prestasi pada pilihan raya umum tiga tahun lalu iaitu  bertambah 1,489 undi di Merlimau menjadikannya 5,962 undi dan Kerdau  bertambah 1,109 undi menjadikannya 5,060 undi.  <\/p>\n<p>Dalam masa sama, Harun turut mengakui pembangkang mungkin tidak  memberi perhatian sebagaimana beberapa pili-han raya kecil di peringkat  awal dahulu yang kerap dimenangi pembangkang, sehingga menyebabkan  kekalahan sejak akhir-akhir ini.  <\/p>\n<p>Selain itu, halangan tertentu seperti kawasan tanah rancangan  Felda yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN turut mengurangkan undi  pembangkang.  <\/p>\n<p>Ditanya berhubung pilihan raya umum yang dijangka awal berikutan  kemenangan di kedua-dua DUN tersebut, Harun berkata pihaknya tiada  masalah berhubung tarikh itu.  <\/p>\n<p>\u201cKita tidak kisah pilihan raya umum yang akan berlangsung nanti awal atau lambat,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam masa terdekat berdasarkan kemenangan besar BN di DUN Merlimau dan Kerdau.  <\/p>\n<p>Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, kemungkinan  itu diperkukuhkan lagi dengan senario politik negara dan risiko  pergolakan ekonomi antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib menasihatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai isyarat rakyat di seluruh negara menyokong BN sepenuhnya. Menurutnya, ia sama sekali tidak boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4941"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4941"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4941\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}