{"id":4940,"date":"2011-03-10T01:14:57","date_gmt":"2011-03-09T17:14:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/gaddafi-tuduh-barat-cuba-menjajah-libya-semula\/"},"modified":"2011-03-10T01:14:57","modified_gmt":"2011-03-09T17:14:57","slug":"gaddafi-tuduh-barat-cuba-menjajah-libya-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/gaddafi-tuduh-barat-cuba-menjajah-libya-semula\/","title":{"rendered":"Gaddafi tuduh Barat cuba menjajah Libya semula"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/air-strike-ras-lanuf-.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/air-strike-ras-lanuf-.jpg\" style=\"float: right;\" \/>TRIPOLI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi,  dalam satu wawancara di televisyen semalam, menuduh negara-negara Barat  mahu menguasai minyak Libya, di samping melabelkan para pemberontak  yang mahu menggulingkan beliau sebagai &#8216;pengkhianat&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Negara-negara penjajah sedang  menelurkan satu rancangan menghina rakyat Libya, menurunkan darjat  mereka kepada hamba dan menguasai minyak,&#8217; kata Encik Gaddafi dalam  wawancara yang disiarkan oleh stesen televisyen milik pemerintah Libya  semalam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu wawancara berasingan yang  disiarkan oleh stesen televisyen Perancis, LCI, pemimpin Libya tersebut  menuduh pihak Barat, khususnya Perancis, berkomplot untuk &#8216;menjajah&#8217;  negaranya yang kaya dengan minyak itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apabila disoal mengenai pendirian  yang diambil oleh kuasa-kuasa Barat dan Perancis, khususnya, Encik  Gaddafi berkata mereka &#8216;mahu menjajah Libya semula&#8217;, sambil menambah:  &#8216;Ia adalah satu rancangan penjajah.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Britain dan Perancis telah memberi  sokongan kukuhnya terhadap gesaan kuasa-kuasa Barat agar dilaksanakan  satu &#8216;zon larangan terbang&#8217; untuk menghalang askar-askar Encik Gaddafi  daripada menyerang pasukan bersenjata para penentangnya, yang kini  mengadakan pemberontakan sejak empat minggu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Amerika Syarikat berkata apa sahaja langkah memerlukan sokongan penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Presiden Amerika, Encik Barack  Obama, dan Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, berkata mereka  akan merancang pelbagai tindakan alternatif terhadap Encik Gaddafi  sementara para pegawai Amerika bertemu dengan anggota-anggota  pembangkang Libya untuk menggulingkan pemimpin veteran itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Paris juga memuji pembentukan satu majlis kebangsaaan oleh para pembantah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Libya ditakluki Italy pada 1912 selepas satu serangan Italy ke atas negara di utara Afrika itu untuk melindungi kepentingannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apabila ditanya adakah beliau  membayangkan berlakunya &#8216;tindak balas&#8217; terhadap Perancis, Encik Gaddafi  menjawab: &#8216;Kita lihat sahaja.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemimpin Libya itu juga semalam  memberi amaran bahawa rantau itu bakal diselubungi kekacauan yang boleh  tersebar ke &#8216;anak tangga pintu depan&#8217; Israel, jika Al-Qaeda mengambil  alih kuasa di negaranya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Jika Al-Qaeda berupaya merampas  Libya, maka seluruh rantau ini sehingga ke Israel akan diganggu  kekacauan,&#8217; kata beliau dalam satu wawancara dengan saluran televisyen  awam Turkey, TRT.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Masyarakat antarabangsa kini mulai  faham bahawa kami harus menghalang Osama Bin Laden daripada mengambil  alih kuasa Libya dan Afrika,&#8217; tambahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di medan pertempuran, para pejuang  pembantah yang kekurangan senjata terpaksa menghadapi serangan udara  bertubi-tubi daripada tentera pro-Gaddafi, sedang mereka cuba menawan  daerah timur Libya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di bandar Zawiyah, di kawasan barat  negara itu, seorang bekas pegawai berkata tentera Encik Gaddafi telah  melancarkan &#8216;serangan terakhirnya&#8217; di tempat itu, manakala suasananya  amat genting.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di Zawiyah, yang terletak di barat  Tripoli, Encik Murad Hemayma berkata Encik Gaddafi mahu menguasai bandar  itu menjelang semalam selepas melancarkan serangan sejak beberapa hari  sebelumnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Di setiap sudut terdapat kejadian  tembak-menembak,&#8217; kata beliau, sambil menambah, &#8216;masyarakat antarabangsa  harus berbuat sesuatu&#8217;. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TRIPOLI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dalam satu wawancara di televisyen semalam, menuduh negara-negara Barat mahu menguasai minyak Libya, di samping melabelkan para pemberontak yang mahu menggulingkan beliau sebagai &#8216;pengkhianat&#8217;. &#8216;Negara-negara penjajah sedang menelurkan satu rancangan menghina rakyat Libya, menurunkan darjat mereka kepada hamba dan menguasai minyak,&#8217; kata Encik Gaddafi dalam wawancara yang disiarkan oleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4940"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4940"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4940\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4940"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4940"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4940"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}