{"id":4922,"date":"2011-03-08T03:55:30","date_gmt":"2011-03-07T19:55:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/serangan-gajah-liar-perhilitan-hanya-datang-ukur-tapak-sahaja\/"},"modified":"2011-03-08T03:55:30","modified_gmt":"2011-03-07T19:55:30","slug":"serangan-gajah-liar-perhilitan-hanya-datang-ukur-tapak-sahaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/serangan-gajah-liar-perhilitan-hanya-datang-ukur-tapak-sahaja\/","title":{"rendered":"Serangan Gajah Liar; Perhilitan hanya datang ukur tapak sahaja"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/serangangajahliar.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/serangangajahliar.jpg\" style=\"float: left;\" \/><em><strong>&#8211; keluhan anak mangsa serangan gajah liar<\/strong><\/em><br \/> Pada 5 Mac yang lalu kita dihebahkan mengenai kematian seorang penoreh getah telah terkorban akibat serangan gajah liar. Saya merupakan ahli keluarga kepada allahyarham Lee bin Che Hassan yang maut akibat serangan gajah liar pada 5 mac yang lalu di Kg.Serian, Batu 11 Gua Musang <a href=\"http:\/\/www.hmetro.com.my\/articles\/Matidiseranggajah\/Article\/artikelMA\">( yang disiarkan melalui akhbar tempatan)<\/a>. <\/p>\n<p>Di\u00a0 sini saya ingin meluahkan keluhan hati dan perasaan sedih serta hiba yang terpaksa saya, keluarga dan penduduk kg tempohi. Ekoran kematian penuh tragis dan ngeri yang dialami allahyarham, ia telah menyebabkan saya , keluarga dan penduduk kg berada dalam situasi panik dan trauma sejak hari kejadian hingga sekarang. <\/p>\n<p>Namun apa yang dapat saya lakukan&#8230;. Lantaran itu, saya mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan saya yang amat tertekan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab agar satu tindakan drastik akan diambil. Seperti yang kita maklum bahawa serangan gajah liar terhadap penduduk kg di gua musang, kelantan sudah terlalu kerap berlaku. Seramai 3 orang nyawa telah terkorban dalam masa 4 bln kebelakangan ini.saya mewakili orang kampung merasakan perkara ini amatlah serius. <\/p>\n<p>Masalahnya apakah tindakan susulan yang diambil oleh pihak berwajib. Walaupun 3 nyawa telah terkorban angkara serangan gajah liar, adakah pihak berwajib khususnya badan-badan kerajaan masih menyepi sekadar berpeluk tubuh dan melihat apa sahaja yang berlaku. Ini dikatakan tidak adil, kerana pihak yang berkuasa hanya mempunyai kuasa . Tetapi tidak melakukan apa-apa. <\/p>\n<p>Disini saya dan penduduk kg\u00a0 tidak terlepas dari menghadapi masalah ancaman dari gajah liar boleh dikatakan setiap hari termasuk ancaman gajah liar kepada kebun getah dan tanaman lain. Hanya penduduk kg yg berkenaan sahaja dapat merasakan betapa sukarnya menghadapi masalah ancaman gajah liar ini hingga sehinga kini alllahyarham lee bin che hassan telah terkorban sewaktu menghalau gajah liar tersebut dari merosakkan tanamanya. <\/p>\n<p>Selain terpaksa bergadai nyawa dan harta untuk menanam semula tanaman getah yang kerap dirosakkan oleh gajah liar ini, apakah lagi perngorbanan yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan sumber rezeki untuk menampung keluarga.bagi mereka yang tidak mengalami situasi ini pasti mereka tidak merasakan apa-apa. Mereka hanya mendengarnya dan lantas membiarkan sahaja. <\/p>\n<p>Begitu juga dengan badan-badan yang berwajib, hanya membuat siasatan dengan mengukur tapak gajah dan pemantauan jika mendapat desakan daripada penduduk sahaja \/ masa kejadian. Dan kemudiannya berpeluk tubuh tanpa memikirkan masalah yang orang kg hadapi. Melainkan jikalau kejadian yang menyayat hati ini berlaku kepada sanak saudara mereka sendiri, mungkin pada masa itu baru ada tindakan drastik akan diambil. Jangan pula kejadian ini berlaku kepada orang kenamaan dan orang atasan baru tindakan wajar diambil. <\/p>\n<p>Semestinya ini tidak adil dan harus diteliti dengan lebih serius. Kepada orang2 kenamaan sudah tentu diri mereka tidak akan terlibat dengan kejadian serangan gajah. Ini kerana mereka tinggal di hotel2 mewah, mendiami bungalow yang selesa.. Bekerja di pejabat yang selesa dan berhawa dingin. Mana mungkin mereka akan diserang gajah. Sebaliknya orang kg yang mencari rezeki di pendalaman dengan menanam getah secara kecil-kecilan menghadapi sebarang kemungkinan. <\/p>\n<p>Jesteru itu, saya benar-benar berharap agar luahan hati saya yang turut mewakili penduduk kg yang masih trauma ini mendapat respond mana-mana pihak berwajib. Sila pastikan selepas ini tiada lagi nyawa orang kg yang terkorban akibat ingin menyelamatkan tanaman mereka dari serangan gajah liar ini. Ini kerana masih banyak gajah-gajah yang masih berkeliaran di sekitar kawasan allahyarham maut. Ini tentu akan sekali akan mengancam penduduk kg yang turut mengusahakan tanaman di kawasan berhampiran. <\/p>\n<p>Saya meminta jasa baik pihak berkuasa khususnya perhilitan supaya mengusahakan kerja-kerja pemindahan gajah tersebut ke kawasan yang tiada penduduk khususnya taman negara sebelum lebih ramai lagi nyawa yang akan terkorban. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga peristiwa menyayat hati yang menimpa allahyarham lee bin che hassan tidak berulang lagi. <\/p>\n<p>Di maklumkan bahawa memang kebiasaan penduduk kg temasuk allahyarham kerap menghalau gajah-gajah liar ini hampir setiap tidak kira pada waktu lewat malam atau awal pagi bagi mengelak tanaman mereka dirosakkan. Hinggalah\u00a0 pada akhir hayat ( 5 mac 2011 , beliau tewas akibat serangan gajah liar ini. Memang aduan di buat kepada pejabat perhilitan tapi apa tindakannya. Memang melucukan bila sahaja aduan dibuat, pihak perhilitan akan datang memantau seketika dan mengukur tapak sahaja. Cukupkah sekadar itu sahaja. Fikirkanlah\u2026.. <\/p>\n<p>Sekian, dari saya dan penduduk kg.\u00a0 Saya tertanya pada diri saya sendiri berapa lagi kematian yang perlu kami penduduk hadapi bagi membolehkan perkara ini diambil tindakan. <\/p>\n<p>Sekian, <\/p>\n<p>Dari ;\u00a0 <br \/>Borhan bin Che Lee<\/p>\n<p>(sebagaimana yang di emelkan kepada Buletinonline)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; keluhan anak mangsa serangan gajah liar Pada 5 Mac yang lalu kita dihebahkan mengenai kematian seorang penoreh getah telah terkorban akibat serangan gajah liar. Saya merupakan ahli keluarga kepada allahyarham Lee bin Che Hassan yang maut akibat serangan gajah liar pada 5 mac yang lalu di Kg.Serian, Batu 11 Gua Musang ( yang disiarkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4922"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4922"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4922\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4922"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4922"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4922"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}