{"id":4910,"date":"2011-03-07T18:27:19","date_gmt":"2011-03-07T10:27:19","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/membelakangi-demokrasi-umno-mencipta-bom-jangka\/"},"modified":"2011-03-07T18:27:19","modified_gmt":"2011-03-07T10:27:19","slug":"membelakangi-demokrasi-umno-mencipta-bom-jangka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/membelakangi-demokrasi-umno-mencipta-bom-jangka\/","title":{"rendered":"Membelakangi demokrasi; Umno mencipta bom jangka"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/tgna.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/tgna.JPG\" style=\"float: right;\" \/>Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan  pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan  demokrasi akan menjadi \u201cbom jangka\u201d yang boleh meletup bila-bila masa.<\/p>\n<p>\u201cIa bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini  kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah&#8230; jangan berbuat sesuka  hati,\u201d kata Nik Aziz<strong><\/strong> mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini.<\/p>\n<p>Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin  tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di  dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak  berlandaskan demokrasi.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan  yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak,  pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri,  apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama.<\/p>\n<p>Dalam reaksi segera malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak menyifatkan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil DUN  Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan.<\/p>\n<p>Najib yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada  para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan  yang terbaik untuk mereka.<\/p>\n<p>BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad  menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.  Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi.<\/p>\n<p>Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS  Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh  5,060 undi sementara\u00a0 Hasanuddin 2,336 undi.<\/p>\n<p>Termasuk kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, PAS sudah tewas dalam empat pilihan raya kecil sejak November lalu.<\/p>\n<p>Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun  hakikatnya \u201cdia mahu kerasi\u201d sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak  wujud di negara ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.<\/p>\n<p>\u201cIni amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan  muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara  ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi  yang mereka pelajari,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak  meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap  pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan  raya.<\/p>\n<p>Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.<\/p>\n<p>\u201cTengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno  yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai  Umno.<\/p>\n<p>\u201cKenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada  pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati  kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang  ialah soal demokrasi.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.<\/p>\n<p>\u201cPembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil,\u201d ujar Nik Aziz.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi \u201cbom jangka\u201d yang boleh meletup bila-bila masa. \u201cIa bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah&#8230; jangan berbuat sesuka hati,\u201d kata Nik Aziz mengulas keputusan dua pilihan raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4910"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4910"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4910\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}