{"id":4897,"date":"2011-03-06T03:05:17","date_gmt":"2011-03-05T19:05:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/prk-kerdau-dato-tuan-yakin-peluang-pas-menang\/"},"modified":"2011-03-06T03:05:17","modified_gmt":"2011-03-05T19:05:17","slug":"prk-kerdau-dato-tuan-yakin-peluang-pas-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prk-kerdau-dato-tuan-yakin-peluang-pas-menang\/","title":{"rendered":"PRK Kerdau: Dato&#8217; Tuan yakin peluang PAS menang"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/calonkerdau.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/calonkerdau.jpg\" style=\"float: left;\" \/><span id=\"txt140443782\"><strong>TEMERLOH<\/strong> &#8211; Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin peluang kemenangan PAS.<\/p>\n<p>&#8220;Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, keadaan masih terkawal. Biasalah penyokong saling cabar-mencabar&#8221;.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mengharapkan 85% keluar mengundi hari ini&#8221;. <\/p>\n<p>&#8220;Dengan cuaca agak baik, pengundi mula ramai keluar mengundi  berbanding pagi tadi,&#8221; jelasnya berpuas hati dengan keadaan proses  mengundi setakat ini. <\/p>\n<p><\/span><span id=\"txt140440243\">Peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang. <\/p>\n<p>Sementara itu, <\/span>berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga  artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan  daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli  tanah mereka.<\/p>\n<p>Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.<\/p>\n<p>Pertuduhan  terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada  sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut,  Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di  markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya  sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu  saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap  beliau.<\/p>\n<p>&#8220;Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka  berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga  ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa,&#8221;  kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat  petang semalam.<\/p>\n<p>Justeru, Dato&#8217; Tuan dilaporkan sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah keatas pihak-pihak terbabit memfitnah beliau-.http:\/\/n28kerdau.pas.org.my\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TEMERLOH &#8211; Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin peluang kemenangan PAS. &#8220;Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini,&#8221; katanya. &#8220;Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,&#8221; &#8220;Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4897"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4897"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4897\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4897"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4897"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4897"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}