{"id":4891,"date":"2011-03-05T06:25:21","date_gmt":"2011-03-04T22:25:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/libya-serangan-udara-ke-atas-ajdabiya\/"},"modified":"2011-03-05T06:25:21","modified_gmt":"2011-03-04T22:25:21","slug":"libya-serangan-udara-ke-atas-ajdabiya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/libya-serangan-udara-ke-atas-ajdabiya\/","title":{"rendered":"Libya; serangan udara ke atas Ajdabiya"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/libya-bombing.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/libya-bombing.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Pasukan-pasukan Libya telah melancarkan  serangan udara ke pinggir bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak  semalam, sedang pembangkang menyeru diadakan bantahan-bantahan baru di  ibu kota Tripoli.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Presiden Barack Obama bagi Amerika  Syarikat berkata semua pilihan bagi menggulingkan Encik Muammar Gaddafi  kini dipertimbangkan, sedang anak lelaki orang kuat Libya itu mendakwa  bahawa serangan-serangan udara ke atas kawasan-kawasan dikuasai  pemberontak hanya untuk menakut-nakutkan mereka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Walaupun pihak tentera Amerika telah  menyatakan keraguan mereka tentang satu zon larangan terbang, Encik  Obama berkata langkah itu antara &#8216;banyak&#8217; lagi pilihan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Obama juga telah menuntut supaya Encik Gaddafi &#8216;lepaskan kuasanya dan pergi&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pasukan yang masih setia dengan  Encik Gaddafi, yang telah 41 tahun memerintah negara yang kaya minyak  itu, telah mengebom beberapa kawasan dikuasai pemberontak di timur.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ribuan penduduk pula kelam-kabut cuba melarikan diri dari negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Serangan terbaru semalam disasarkan  kepada satu pangkalan tentera di pinggir Ajdabiya tetapi tidak  menyebabkan kerosakan atau kecederaan, kata pemberontak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Berek-berek tentera di pinggir Ajdabiya menjadi sasaran berulang-ulang sejak pemberontakan itu bermula.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemberontak dapat melawan satu  serangan di Brega pada awal pagi Rabu lalu dalam satu pertempuran  ketenteraan pertama sejak pemberontakan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Satu lagi serangan bom berlaku awal kelmarin tetapi tidak menyebabkan banyak kerosakan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Anak Encik Gaddafi, Encik Seif  Al-Islam, memberitahu Sky News Britain bahawa serangan-serangan udara  itu hanya untuk menakut-nakutkan pemberontak dan bukan untuk menimpakan  kerosakan, walaupun terdapat laporan ada juruterbang yang enggan  membunuh teman senegara mereka secara sengaja melepaskan bom di tempat  yang bukan sasaran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ini pusat minyak dan gas Libya,&#8217;  kata Encik Seif Al-Islam, sambil berikrar rejim itu akan buat apa sahaja  bagi menakluki Brega.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami semua, kami makan, kami hidup  sebab ada Brega. Tanpa Brega, enam juta orang tiada masa depan kerana  kami mengeksport semua minyak kami dari situ,&#8217; tambahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kumpulan pembangkang Libya kini  menguasai beberapa bahagian di timur dan barat Libya termasuk Benghazi  dan beberapa pusat minyak utama. Encik Gaddafi tetap menguasai Tripoli.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun pegangan kuatnya ke atas ibu  kota itu akan tercabar berikutan seruan-seruan pembangkang agar membuat  perhimpunan bantahan selepas solat Jumaat semalam, menurut kenyataan di  laman Facebook dan Twitter oleh warga Libya di luar negara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Lebih 100,000 orang telah melarikan  diri daripada keganasan di Libya yang telah membunuh lebih 1,000 orang,  menurut anggaran konservatif PBB.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Obama dalam satu sidang akhbar  di Rumah Putih berkata &#8216;keganasan dahsyat&#8217; Gaddafi ke atas rakyatnya  menunjukkan beliau sudah tidak layak memerintah dan harus pergi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Obama juga berkata beliau  tidak mahu lagi pilihan-pilihannya &#8216;dilumpuhkan&#8217; dan mengesahkan satu  zon larangan terbang sedang dipertimbangkan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, agensi pelarian PBB  semalam berkata pasukan-pasukan rejim yang lengkap bersenjata sedang  mengawal sempadan Libya dan Tunisia dan kurang 2,000 orang yang berjaya  melarikan diri ke seberang kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Dalam beberapa hari lepas, antara  10,000 dengan 15,000 orang berjaya menyeberang ke Tunisia tetapi semalam  (Khamis), hanya 2,000 yang berjaya melepasi sempadan,&#8217; kata jurucakap  pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian, Cik Melissa Fleming. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pasukan-pasukan Libya telah melancarkan serangan udara ke pinggir bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak semalam, sedang pembangkang menyeru diadakan bantahan-bantahan baru di ibu kota Tripoli. Presiden Barack Obama bagi Amerika Syarikat berkata semua pilihan bagi menggulingkan Encik Muammar Gaddafi kini dipertimbangkan, sedang anak lelaki orang kuat Libya itu mendakwa bahawa serangan-serangan udara ke atas kawasan-kawasan dikuasai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4891"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4891"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4891\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4891"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4891"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4891"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}