{"id":48683,"date":"2016-08-30T08:28:18","date_gmt":"2016-08-30T00:28:18","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=48683"},"modified":"2016-08-30T22:36:02","modified_gmt":"2016-08-30T14:36:02","slug":"membangunkan-kembali-gaza-yang-luluh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/membangunkan-kembali-gaza-yang-luluh\/","title":{"rendered":"Membangunkan Kembali Gaza Yang Luluh"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Riduan Mohamad Nor<\/p>\n<p>Pembantaian kejam Israel terhadap bumi Gaza telah menyebabkan kerosakan yang besar, dengan curahan bom sebanyak 17 000 tan membawa kepada kesan yang tak tergambar dek akal. Lebih dua ribu meragut jiwa rakyat Gaza dan lebih 10 000 bangunan hancur tak tersisa, termasuk kediaman, premis awam, masjid . Perang ini juga menyaksikan sebanyak 52 protokol Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sewenangnya olehregim Israel termasuk menggunakan senjata yang diharamkan oleh PBB seperti bom fosforus putih yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan fizikal yang dasyat tetapi juga memberikan kesan kanser pada jangkamasa panjang selepas peperangan.<\/p>\n<figure id=\"attachment_48685\" aria-describedby=\"caption-attachment-48685\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/roket-dari-Gaza.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-48685 size-medium\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/roket-dari-Gaza-300x210.jpg\" alt=\"roket dari Gaza\" width=\"300\" height=\"210\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-48685\" class=\"wp-caption-text\"><em>Perang 2014 &#8211; Ratusan roket dari Gaza menghentam Ashkelon dan Ashdod<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p>Perang yang menyaksikan perlawanan sengit ini juga menyaksikan kerosakan dipihak Israel , sehingga menyebabkan bandar Askeelon dan Ashdod menjadi lumpuh sama sekali. Haifa dan Tel Aviv juga dihujani roket al Qassam dan tentera mujahidin yang lain, manakala lapangan Terbang Ben Gurion lumpuh tanpa pesawat awam antarabangsa. Lebih 200 tentera elit Israel dibaham peluru al Qassam malah tentera Israel menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa apabila ratusan audio visual rakaman peperangan disebarkan oleh unit saraf al Qassam. Tentera Israel atau IDF tak mampu memijak tanah Gaza dan berlawan secara anak jantan , mereka hanya mampu menyerang dari jarak jauh serta menjustifikasi serangan terhadap orang awam Gaza sebagai &#8220;colateral damage&#8221;.<\/p>\n<p>HAMAS yang telah melalui tempoh matang perjuangan memberikan persetujuan untuk gencatan senjata jika tuntutan-tuntutan besar jangkapanjang hak Gaza dipersetujui oleh regim Israel. Serangan balas al Qassam, sayap tentera HAMAS akhirnya memaksa regim haram itu menerima syarat-syarat daripada pihak HAMAS, antaranya pembukaan kembali Lapangan terbang Yaser Arafat, hak di perairan sejauh 12 kilometer dan pelbagai syarat lain .<\/p>\n<figure id=\"attachment_48686\" aria-describedby=\"caption-attachment-48686\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignleft\"><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/gaza-israel-bombed_2405044b.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-48686\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/gaza-israel-bombed_2405044b-300x187.jpg\" alt=\"Kemusnahan dipihak Rejim Israel pada perang tahun 2014\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-48686\" class=\"wp-caption-text\"><em>Kemusnahan dipihak Rejim Israel pada perang tahun 2014<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p>Peperangan yang dimulakan oleh regim Zionis ini dalam bulan Ramadhan, bulan jihad yang merakamkan kemenangan demi kemenangan yang Allah anugerahkan kepada umat Islam disepanjang zaman. Bulan kemenangan yang menyaksikan bendera tauhid menang di medan Badar al Kubra, operasi Tabuk, pembukaan Kota Makkah, perang Hittin, perang Ain Jalut, pembukaan Sepanyol oleh panglima Islam Toriq Bin Ziad, perang Ramadhan 1973 dan banyak lagi pertembungan yang dimenangi oleh pejuang Islam. Hamas semenjak daripada awal peperangan telah memukul Israel dengan pedih. Pada hari ketiga peperangan ini, Israel telah meminta pertolongan beberapa buah negara Arab untuk memujuk HAMAS untuk melakukan gencatan senjata, namun strategi ambil nafas Yahudi ini memang mudah dibaca.<\/p>\n<p>OPERASI BERSEPADU MEMBANGUNKAN KEMBALI GAZA<\/p>\n<p>Gaza yang berpanoramakan puing-puing berserakan wajib dibangunkan kembali oleh masyarakat antarabangsa, selain mendesak Mesir untuk memberikan kerjasama bagi memudahkan bantuan kemanusiaan. Mesir semenjak 4 Julai 2013 telah menutup sempadan Rafah dan memusnahkan terowong -terowong yang menjadi talian hayat kepada penduduk Gaza. Gaza dikucilkan sepenuhnya oleh negara Arab yang sebahagian besarnya mesra Amerika Syarikat yang menyenaraikan HAMAS sebagai kumpulan pengganas.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/pembagunan-semula-Gaza.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-48687 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/pembagunan-semula-Gaza-300x169.jpg\" alt=\"pembagunan semula Gaza\" width=\"300\" height=\"169\" \/><\/a>Dalam cahaya kelam bantuan terhadap Gaza, Turki agak konsisten menunjukkan sikap bersahabat dengan Gaza dengan beberapa faktor dibelakangnya. Pertama dengan latar sejarah Khilafah Uthmaniah Turki yang ratusan tahun memayungi tanah Palestin sehinggalah tentera Uthmaniah yang dikalahkan oleh tentera British pada tahun 1917. Yang kedua dengan orientasi kepimpinan Islam Turki dibawah Racheed Toyyib Erdogan yang prihatin dan menjadi pembantu yang berkesan terhadap umat Islam Gaza. Rakyat Turki secara amnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membantu umat Islam tertindas di wilayah lain, terutama Gaza.<\/p>\n<p>Wakil Muslim Care Malaysia dalam sidang ini ialah Hj Zakaria Latif, Hj Zul Wahijan, Dr Riduan Mohd Nor, Ustaz Dasuki Rani, Ustaz Azli Musa, Ustaz Mohd Ibrahim dan Ustaz Halim Din. Pertemuan skala besar ini penting bagi menyelaraskan bantuan antarabangsa serta membina jaringan sinergi antara NGO yang mempunyai pelbagai kepakaran. Luka Gaza adalah duka kita semua tanpa mengira sempadan geografi, agama dan etnik, kerana Gaza adalah tragedi kemanusiaan paling sadis dalam milinea baru ini.<\/p>\n<p><em>(Penulis adalah Exco Muslim Care dan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Riduan Mohamad Nor Pembantaian kejam Israel terhadap bumi Gaza telah menyebabkan kerosakan yang besar, dengan curahan bom sebanyak 17 000 tan membawa kepada kesan yang tak tergambar dek akal. Lebih dua ribu meragut jiwa rakyat Gaza dan lebih 10 000 bangunan hancur tak tersisa, termasuk kediaman, premis awam, masjid . Perang ini juga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":25893,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":25893,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2500,"height":1667,"file":"2014\/09\/kemusnahan-gaza1.jpg","filesize":1180691,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":25892,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/kemusnahan-gaza1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48683"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48683"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48683\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25893"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48683"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48683"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48683"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}