{"id":4864,"date":"2011-03-03T01:21:12","date_gmt":"2011-03-02T17:21:12","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau\/"},"modified":"2011-03-03T01:21:12","modified_gmt":"2011-03-02T17:21:12","slug":"betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau\/","title":{"rendered":"Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/11\/najib.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/11\/najib.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunyalah telah menyesal  membuat cabaran bahawa\u00a0PAS tidak punya isu dalam PRK N28  Kerdau.\u00a0\u00a0Kenyataan\u00a0tersebut kini ternyata\u00a0meleset. Sidang Akhbar semalam  telah kami\u00a0mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan  pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih  belum menjawab apa-apa dakwaan kami.<\/p>\n<p>Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini  termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri seumpama  tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur  yang telah pun diarah bayar oleh mahkamah.\u00a0Semacam telah jatuh ditimpa  tangga kerajaan Adnan Yaakob\u00a0kini berdepan pula dengan saman dari dua  buah syarikat lagi iaitu Spag\u2019n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan  Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Kesemua saman ini melibatkan kes  pembalakan.<\/p>\n<p>Sidang ahkbar hari ini kami terus mendedahkan pelbagai perlakuan  salah guna kuasa pemimpin Umno\/BN Pahang khususnya dalam tempoh  berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa  tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan  bermaklumat. Tidak mudah menggula-gula rakyat kini, kecuali pengundi  yang tidak terdedah selain dari makulmat media perdana Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Kempen kam telah\u00a0membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam  arus pembangunan negara. Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan  terdahulu dari PRK ini, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat  tertekan untuk meyakinkan pengundi di Kerdau supaya menyokong calon  mereka.<\/p>\n<p>Buat pengetahuan semua, janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil  Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang  Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM  sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf  loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang  berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu  dipancing undi mereka.<\/p>\n<p>Sesungguhnya bekalan air bersih bukan sahaja tidak ada di kampung  orang asli bahkan 10 kampung tradisi di pinggir sungai pun tak  tergendala bekalan air bersihnya termasuk Kampung Galok, Galok Kecil,  Telok Santong, Desa batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir,  Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar. Najib dan Adnan buat apa selama  ini. Ingatkan hanya pedalaman Sarawak dan Sabah sahaja yang tidak ada  bekalan air bersih! AstaghfirulLah! Ini lah tradisi membela rakyat.  Terima Kasih Umno\/BN!<\/p>\n<p>Justeru kerana itu, maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi  rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno\/BN apabila Perdana Menteri sendiri  melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa <strong>\u201dSaya  bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN),  saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu  tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu\u201d. <\/strong><\/p>\n<p>Ya lah, dah tak buat kerja selama hari ini, mestilah segera hendak  menangi hati-budi pengundi. Maka berikan sogokan mee-segera. Sampai  Qiyamatlah orang Kerdau dan orang Kulau Krau bahkan Pahang di takok  ini,kalau bersedia disogok dan dikelabui mata mereka dengan segala  \u2018sogokan\u2019 rasuah ini.<\/p>\n<p>Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau \u201d<strong>You help me, I help you!\u201d.<\/strong> Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan  tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian  juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.<\/p>\n<p>Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM  secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka  Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000  untuk Kuil Hindu.<\/p>\n<p>Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang  diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana  dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar  Najib dan Shahrizat dengan slogan \u201cMengakhiri Zaman Miskin\u201d. Boleh kah  begitu sahaja? Mudahnya.<\/p>\n<p>PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM  dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta  Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1954). Rakyat wajar memilih calon  PAS bagi mengejutkan pemimpin Umno\/BN dari tidur mereka yang terlalu  lama. Mereka akan melutut kepada rakyat sebaik sahaja PAS menang dan  rakyat akan terbela. Itu resipi mujarabnya untuk Umno\/BN yakni kalahkan  mereka!<\/p>\n<p>Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.<\/p>\n<p>Adnan masih percaya PAS ketandusan modal untuk berkempen? \u201cPepatah  Bahasa Inggeris ada menyebut: \u201cOrang yang tinggal dalam rumah kaca,  jangan baling batu\u201d. Anda silap Adnan! Anda cari nahas sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunyalah telah menyesal membuat cabaran bahawa\u00a0PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau.\u00a0\u00a0Kenyataan\u00a0tersebut kini ternyata\u00a0meleset. Sidang Akhbar semalam telah kami\u00a0mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih belum menjawab apa-apa dakwaan kami. Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4864"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4864"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4864\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4864"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4864"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4864"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}