{"id":48635,"date":"2016-08-28T20:38:01","date_gmt":"2016-08-28T12:38:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=48635"},"modified":"2016-08-28T20:43:06","modified_gmt":"2016-08-28T12:43:06","slug":"menang-sarawak-terengganu-tergadai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menang-sarawak-terengganu-tergadai\/","title":{"rendered":"Menang Sarawak, Terengganu Tergadai"},"content":{"rendered":"<p>PAS Terengganu menggesa kerajaan Umno Negeri Terengganu memandang serius hasil pertemuan diantara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta CEO Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar semalam.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-48638 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screenshot-924-300x237.png\" alt=\"Screenshot (924)\" width=\"300\" height=\"237\" \/>Perbincangan mereka dikatakan telah membuahkan tujuh hasil yang sangat baik bagi rakyat Sarawak.<\/p>\n<p>PAS melihat kesungguhan kerajaan Negeri Sarawak melebihi kerajaan negeri Terengganu, dalam melindungi hasil mahsul negeri mereka agar disalurkan kembali, demi kepentingan rakyat mereka.<\/p>\n<p>Sepatutnya ia diambil pedoman oleh kerajaan Umno Negeri Terengganu bagi memberikan ruang yang luas kepada anak negeri Terengganu mengecap semaksima mungkin hasil sumber asli kurniaan Allah ini.<\/p>\n<p>Sebaliknya, pemimpin Umno bujan sahaja tidak mempertahankan hak royalti bahkan menggadai maruah dan menyerahkan medan minyak Bertam PM 307 kepada kerajaan persekutuan.<\/p>\n<p>Sedang pada masa yang sama, perangkaan kemiskinan daripada MAIDAM menyatakan Terengganu mempunyai seramai 35,554 orang miskin dan juga mencatatkan kadar pengangguran yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 4.5 peratus, walaupun bajet tahunannya sentiasa melebihi RM 2 billion.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-27212\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/10\/minyak_bertam_royalti-228x300.jpg\" alt=\"minyak_bertam_royalti\" width=\"228\" height=\"300\" \/>Oleh itu, PAS Terengganu menuntut janji Umno Terengganu suatu masa dahulu, bahawa kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai lebih 41 ribu rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>Adalah \u2018tidak jantan\u2019 sekiranya kerajaan Terengganu hanya berpeluk tubuh lalu terus membiarkan rakyat \u2018melopong dan menghitung\u2019 kehadiran warga asing di tapak petroleum Terengganu tanpa menentukan pendirian atau membuat apa-apa tindakan, untuk menjamin pekerjaan rakyat Terengganu di bumi kaya Darul Iman ini!<\/p>\n<p>Seluruh rakyat sedang memerhatikan \u2018kebaculan\u2019 pentadbiran Umno memerintah sekarang yang telah meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>Bukan saha pemimpinan Umno negeri yang \u2018berahi\u2019 bergaduh sesama sendiri, bahkan rakyat dijadikan musuh dengan menyekat peruntukan dan bantuan, hatta menghadap Tuanku Sultan sekalipun pada 2004, mereka mempersembahkan sembah derhaka dengan mengangkat kain rentang \u2018natang\u2019.<br \/>\nAkibatnya rakyat merana ditengah-tengah pemimpin Umno terus meraih laba, lalu berpolitik dengan melampau sehingga melupakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan sanggup menyerahkan kekayaan negeri untuk diagihkan kepada negeri-negeri lain demi untuk nama dan kedudukan mereka agar tidak ditendang oleh ketua mereka, walaupun rakyat terbiar.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-48639 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screenshot-927-300x209.png\" alt=\"Screenshot (927)\" width=\"300\" height=\"209\" \/>Bagi PAS, Umno tidak ubah seperti watak orang kaya dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee yang sanggup memanggil penyamun menyamun rumah mereka sendiri sehingga dia sendiri menjadi pengemis, \u2018menadah tempurung\u2019 menunggu wang ehsan. Terpaksa meminta peruntukan, merayu dikembalikan wang hak milik rakyat negeri, yang telah digunakan kerajaan pusat.<\/p>\n<p>Kedayusan pimpinan Umno Negeri Terengganu ini adalah salah satu daripada episod malang yang menimpa seluruh rakyat Terengganu, sehingga suatu ketika dahulu, Universiti Teknologi Petronas telah dilarikan ke Perak.<\/p>\n<p>Taman Ilmu di Besut terbengkalai begitu sahaja. Bahkan nasib sesetengah pelajar pintar Terengganu seolah-seolah diabaikan kerana akibat kerajaan Umno Terengganu kekurangan wang, maka mereka menjadi mangsa penindasan kewangan, tidak dihantar ke luar negara pada tahun ini, dan banyak lagi senarai-senarai perilaku hodoh serta pembaziran terhadap wang rakyat oleh Umno Terengganu.<\/p>\n<p>Justeru itu, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu agar bangkit mempertahankan \u2018harga diri dan maruah negeri\u2019 yang digadai Umno, sebagaimana yang telah dilakukan Sarawak dalam mempertahankan hak negeri mereka. Langkah ini boleh dilaksanakan dengan menyingkirkan Umno Terengganu dari tampuk pemerintahan dan PAS sebagai kerajaan menunggu sudah bersedia dan In sha Allah, berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu yang dirampas itu.<\/p>\n<p>YB Ustaz Mohd Nor Hamzah<br \/>\nKetua Penerangan PAS Terengganu<br \/>\n25 Zulqaedah 1437 bersamaan 28 Ogos 2016<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS Terengganu menggesa kerajaan Umno Negeri Terengganu memandang serius hasil pertemuan diantara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta CEO Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar semalam. Perbincangan mereka dikatakan telah membuahkan tujuh hasil yang sangat baik bagi rakyat Sarawak. PAS melihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48637,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":48637,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1600,"height":788,"file":"2016\/08\/loji-penapisan-minyak.jpg","filesize":292002,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":48635,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/loji-penapisan-minyak.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48635"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48635"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48635\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48637"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}