{"id":4857,"date":"2011-03-02T01:33:53","date_gmt":"2011-03-01T17:33:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/03\/pentadbiran-kerajaan-umno-bn-pahang-tempang\/"},"modified":"2011-03-02T01:33:53","modified_gmt":"2011-03-01T17:33:53","slug":"pentadbiran-kerajaan-umno-bn-pahang-tempang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pentadbiran-kerajaan-umno-bn-pahang-tempang\/","title":{"rendered":"Pentadbiran kerajaan Umno-BN Pahang &#8216;tempang&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/Tuan%20Ibracomm.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/03\/Tuan%20Ibracomm.jpg\" style=\"float: right;\" \/><em><strong>&#8211; Pemimpin Umno-BN melakukan perlanggaran dalam PRK Kerdau<\/strong><\/em><br \/> Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28  Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami  telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta  ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan  beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan  ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas  pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan  dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa  pemimpin Umno\/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28  Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan  dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga  membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan  negara.<\/p>\n<p> Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik,  maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup  mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan  mengundi.<\/p>\n<p> Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi  membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai  sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan  peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan  membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran  sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.<\/p>\n<p> Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan  tertinggi Umno\/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan  umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa \u201dSaya bukanlah hendak  membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah  lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan  kepada BN terlebih dahulu\u201d.<\/p>\n<p> Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana  Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau \u201dYou help me, I  help you!\u201d. Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak  sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat,  demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.<\/p>\n<p> Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM  secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka  Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000  untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan  makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan  sebagaimana dilaporkan oleh RTM.<\/p>\n<p> Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah  melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di  setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh  pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan  Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).<\/p>\n<p> Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.<\/p>\n<p> Dato&#8217; Tuan Ibrahim Tuan Man<br \/> Naib Presiden PAS,<br \/> Pengarah Pilihanraya N.28 Kerdau<br \/> 01 Mac 2011<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Pemimpin Umno-BN melakukan perlanggaran dalam PRK Kerdau Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4857"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4857"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4857\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}