{"id":48522,"date":"2016-08-24T10:00:27","date_gmt":"2016-08-24T02:00:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=48522"},"modified":"2016-08-24T07:59:57","modified_gmt":"2016-08-23T23:59:57","slug":"hudud-dan-durtarte","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hudud-dan-durtarte\/","title":{"rendered":"Hudud dan Durtarte"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : MNA<\/p>\n<p>Presiden Filipina yang baru menaiki &#8216;tahta kerajaan&#8217; menggantikan Benigno Aquino, Rodrigo Dutarte memilih langkah yang keras bagi menghukum penjenayah di negara itu terutamanya terhadap mereka yang mengedar dadah.<\/p>\n<p>Apa yang menarik ialah hukuman yang dijalankan bukan di mahkamah, tetapi di hujung senjata, di jalanan dan berlaku di seluruh Filipina. Sokongan beliau kepada pasukan keselamatan negara, amat jelas dan menjadi kekuatan untuk anggota-anggota keselamatan melakukan \u2018pembunuhan suci\u2019 itu.<\/p>\n<p>Sehingga kini, dilaporkan kira-kira 1800 orang yang dikatakan sebagai penjenayah, telah dibunuh.<\/p>\n<p>Beliau dengan jelas memberikan jaminan, sekiranya ada anggota keselamatan yang ditangkap kerana membunuh penjenayah ini, mereka akan dibebaskan. Angka itu sepertinya tidak akan berhenti di situ sahaja jika sekiranya penjenayah-penjenayah itu tetap berdegil untuk menyerah diri.<\/p>\n<p>Namun begitu, ramai diantara mereka telah membuat keputusan menyerah diri sehingga dilaporkan penjara-penjara menjadi sesak. Ada juga yang mendaftarkan diri sebagai penjenayah yang menyerah diri, dan tidak dipenjarakan.<\/p>\n<p>Dutarte 71, yang juga dikenali sebagai Digong itu adalah bekas peguam di Filipina. Dia adalah presiden pertama dari kepulauan Mindanao yang dipilih. Sebelum itu, beliau adalah Datuk Bandar di Davao, sebuah wilayah di selatan Filipina.<\/p>\n<p>Ketika menjadi Datuk Bandar, beliau telahpun memulakan operasi membunuh penjenayah-penjenayah di kawasan beliau, serta dengan beraninya memberikan amaran agar semua penjenayah itu keluar dari wilayahnya atau dibunuh. Sememangnya kadar jenayah di wilayah beliau kuasai, menurun. Dalang sindiket pengedaran dadah merasa gerun dengan ketegasan beliau memburu mereka.<\/p>\n<p>Ironinya, tindakan membunuh penjenayah itu tidak dibantah, malah disokong oleh majoriti rakyat Filipina. Ini jelas dengan tinjauan yang dilakukan menyatakan bahawa sokongan kepada Dutarte meningkat sehingga 90 peratus dengan tindakan beliau itu.<\/p>\n<p>Rakyat juga merasa gembira. Mereka merasakan adalah patut penjenayah-penjenayah itu dibunuh kerana sebelum ini, mereka semua dilindungi oleh pihak berkepentingan dalam menjalankan operasi pengedaran mereka. Bahkan penjara turut menjadi pusat pengedaran dadah kerana terlalu ramai yang terlibat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Duterte.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-48524\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Duterte-300x233.png\" alt=\"Duterte\" width=\"300\" height=\"233\" \/><\/a>Dalam satu sidang media, Dutarte telah ditanya oleh wartawan asing mengenai tindakan beliau itu telah menjadikan statistik pembunuhan meningkat dengan mendadak. Namun beliau dengan tegasnya berkata bahawa beliau melindungi rakyatnya dari ancaman dadah dan jenayah.<\/p>\n<p>Disamping itu beliau juga mempersoalkan apakah tindakan Amerika apabila Iraq dan Syria diserang yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa? Apakah bezanya nilai nyawa rakyat Iraq dan Syria dengan penjenayah-penjenayah itu? Beliau juga menolak campurtangan Amerika, PBB dan mengancam Filipina keluar dari PBB.<\/p>\n<p>Begitulah halnya dengan ketegasan hukuman yang dijalankan oleh Duterte. Semua orang takut, dan semestinya, hanya penjenayah yang akan lebih merasa ketakutan itu. Sebaliknya pula, rakyat akan merasa gembira dan aman dengan kehidupan tanpa jenayah.<\/p>\n<p>Antara hikmah dijalankan hudud ialah untuk mengerunkan manusia agar menjauhi perkara dosa dan mungkar. Ini terbukti sebelum hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu, sudah ada hingar bingar suara membantah kerana ketakutan.<\/p>\n<p>Apa agaknya akan jadi jika ianya benar-benar dilaksanakan? Namun manusia yang terpesong hatinya akan melihat kepada penjenayah sebagai orang yang teraniaya. Tetapi gagal melihat masyarakat keseluruhannya sebagai golongan yang tertindas kerana penjenayah-penjenayah itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Mereka menjadi pembela kepada penjenayah dengan alasan-alasan seperti hak asasi manusia dan sebagainya.<\/p>\n<p>Tiadalah kita mahu membandingkan hudud Allah dengan hukuman cara Duterte ini kerana hudud itu suci, datangnya dari Allah. Tetapi apa yang kita mahu cernakan di dalam minda kita ialah, jika undang-undang yang lebih keras daripada hudud seperti yang dilakukan oleh Dutarte ini diterima oleh majoriti masyarakat di negara Kristian kerana gembira dengan kesan terhadap kadar jenayah yang menurun, maka kenapa ramai dikalangan masyarakat kita yang majoriti Islam, menolak hudud yang lebih ringan daripada hukuman Duterte dengan pelbagai alasan yang kadang kala tidak masuk akal?<\/p>\n<p>Ditambah lagi hudud memerlukan sistem persaksian dan pembuktian yang sangat ketat, berbeza dengan hukuman Duterte yang mungkin hanya memerlukan senarai nama penjenayah sahaja untuk dibunuh, ada kemungkinan tersalah bunuh dan mungkin juga ada yang mengambil kesempatan. Penolakan ini ternyata tidak lain ialah kerana mereka membenci Islam itu sendiri.<\/p>\n<p>Asal sahaja datang dari Islam, semuanya kolot, tidak sesuai, kejam, zalim ataupun menuduh menggunakan agama bagi kepentingan tertentu. Dan yang paling lantang menentang ialah mereka yang mengaku Islam. Sedarkah kita akan keadaan ini?<\/p>\n<p><em>***Mohd Nasir Abdullah ialah seorang wartawan, penulis dan kativis media dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : MNA Presiden Filipina yang baru menaiki &#8216;tahta kerajaan&#8217; menggantikan Benigno Aquino, Rodrigo Dutarte memilih langkah yang keras bagi menghukum penjenayah di negara itu terutamanya terhadap mereka yang mengedar dadah. Apa yang menarik ialah hukuman yang dijalankan bukan di mahkamah, tetapi di hujung senjata, di jalanan dan berlaku di seluruh Filipina. Sokongan beliau kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48523,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":48523,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":682,"height":319,"file":"2016\/08\/hudud.jpg","filesize":67796,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1472025440","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":48522,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/hudud.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48522"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48522"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48522\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48523"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}