{"id":4845,"date":"2011-02-28T17:47:31","date_gmt":"2011-02-28T09:47:31","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau-nan\/"},"modified":"2011-02-28T17:47:31","modified_gmt":"2011-02-28T09:47:31","slug":"betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau-nan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/betulkah-pas-tak-ada-isu-di-prk-n28-kerdau-nan\/","title":{"rendered":"Betulkah PAS tak ada isu di PRK N28 Kerdau, Nan?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/11\/Adnan.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/11\/Adnan.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Menteri Besar Pahang DS Adnan\u00a0Yaakub, samada sememang dalam penafian  atau memang tidak tahu. Tetapi penulis lebih cenderung untuk mempercayai  bahawa apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak  ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada pengundi Kerdau  khususnya dan seluruh rakyat Pahang amnya. Penulisan besiri ini  bertujuan untuk menyanggah dakwaan Menteri Besar Pahang ini.<\/p>\n<p>Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan\u00a0ruang kempen di  PRK N28 Kerdau ini untuk memperagakan atau \u2018showcase\u2019 \u00a0segala kejayaan  kerajaan Pahang. Kalau kerja sudah disempurnakan dan rakyat sudah diberi  khidmat yang cemerlang, apa perlu sibuk untuk mengumumkan projek-projek  \u2018mee-segera\u2019 termasuk yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang  terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan  peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Ini kali  pertama dalam sejarah politik mutakhir negara ini, seorang PM turun pada  hari pertama dalam satu PRK.<\/p>\n<p>Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya  Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut.  Rakyat Pahang\u00a0juga mengingatkan Menteri\u00a0Besarnya\u00a0bahawa kerajaan negeri  sedang menanggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut  Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir. Jumlahnya terus meningkat  setiap tahun.<\/p>\n<p>Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak  menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Adnan  Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop dan aspek pembangunan dan  pengurusan.<\/p>\n<p>Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan Ketua Audit Negara\u00a0ialah..\u201d<strong>Pada pendapat Audit\u2026..adalah tidak memuaskan kerana\u2026..\u201d <\/strong>Ini  menyangkut pelbagai skop dan aspek, samada yang berkaitan projek sakit  dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi  agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya  kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak  berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa\u00a0sehinggalah kepada urusan  pengendalian kes di\u00a0Mahkamah Syari\u2019ah Negeri Pahang.\u00a0\u201d<strong>Pada pendapat Audit\u00a0..tidak memuaskan ..kerana.. \u201d <\/strong>diulangi  pada setiap laporan audit yang dibuat. Rakyat seharusnya telah\u00a0lama  pecat CEO\u00a0syarikat ini atau MB kerajaan negeri Pahang ini.<\/p>\n<p><strong>Cukup\u00a0mengecewakan dan menga\u2019ibkan rakyat Pahang.. Tak ada isu kata Adnan! <\/strong><\/p>\n<p>Sekadar mengambil\u00a0contoh antara yang\u00a0terbesar mengikut Laporan Ketua  Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang  mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak <strong>RM227.9 juta<\/strong> apabila  empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar  balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak  wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri  mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs  gagal membuat bayaran balik.<\/p>\n<p>Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian,  Menteri Besarnya masih boleh mengarahkan serta mengharapkan 50% dari  keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata  bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang \u2018touch\u2019nya dengan realiti.  inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi\u00a0mewawarkan bahawa  kerajaan negeri Pahang berpotensi untuk bankrap kerana hutangnya jauh  melampaui KDNKnya. Ketirisan dan kebocoran terus tidak dapat ditangani.  Siri ini akan mendedahkan sebanyak yang boleh dalam tempoh kempen ini.<\/p>\n<p>Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public  information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap  bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang  telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai  satu langkah \u2018Pertanggungjawaban Awam\u201d.<\/p>\n<p>PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional  mendedahkan prestasi semasa GLCs negeri sebagaimana yang akan dilakukan  oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Selangor.<\/p>\n<p>Berdasarkan secebs pendedahan di atas, maka PAS\/Pakatan Rakyat  menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan  yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan  kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya  dan kemaslahatan seluruh rakyat\u00a0negeri Pahang amnya.<\/p>\n<p>Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan  menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai  keterlibatan dan\u00a0pendedahan dalam\u00a0bidang-bidang tersebut. Apakah seorang  calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa\u00a0\u2019Arabkah atau yang  berlatarbelakang di bidang \u2018profesional\u2019\u00a0dengan\u00a0kemampuan serta  pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri?<\/p>\n<p>Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat  di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara \u2018semak-imbang\u2019 pelbagai  kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah  kepimpinan Umno\/BN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Pahang DS Adnan\u00a0Yaakub, samada sememang dalam penafian atau memang tidak tahu. Tetapi penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada pengundi Kerdau khususnya dan seluruh rakyat Pahang amnya. Penulisan besiri ini bertujuan untuk menyanggah dakwaan Menteri Besar Pahang ini. Kalau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4845"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4845"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4845\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}