{"id":4815,"date":"2011-02-25T14:55:13","date_gmt":"2011-02-25T06:55:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/dunia-kutuk-tindakan-gaddafi\/"},"modified":"2011-02-25T14:55:13","modified_gmt":"2011-02-25T06:55:13","slug":"dunia-kutuk-tindakan-gaddafi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dunia-kutuk-tindakan-gaddafi\/","title":{"rendered":"Dunia kutuk tindakan Gaddafi"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/c130_hercules_tudm1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/c130_hercules_tudm1.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Para pemimpin dunia semalam mengutuk tindakan  keras pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, terhadap para pembantah  yang telah memecah-belahkan negara itu, tetapi tidak melakukan sesuatu  untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Presiden Amerika Syarikat, Encik  Barack Obama, buat kali pertama memberikan ulasannya di khalayak awam  sambil mengutuk serangan-serangan &#8216;dahsyat&#8217; dan &#8216;tidak boleh diterima&#8217;  itu ke atas para pembantah yang mengorbankan ratusan jiwa dalam masa 10  hari dan mengakibatkan kenaikan harga minyak ke paras yang boleh  mengancam pemulihan semula ekonomi sejagat.<\/p>\n<p>(Gambar &#8211; pesawat TUDM yang mengangkut rakyat Malaysia keluar dari Libya)<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, kutukan dan respons  sejagat terhadap Libya kelihatannya kurang menunjukkan perpaduan dan  desakan, walaupun Washington dan Brussels telah mula berbincang tentang  kemungkinan mengenakan sekatan terhadap pemimpin Libya yang memerintah  negara itu sejak 41 tahun lalu dan sering mengingkari pihak Barat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Adalah penting bagi negara-negara dan rakyat di seluruh dunia berbicara dengan satu suara,&#8217; kata Encik Obama.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Penderitaan dan pertumpahan darah itu dahsyat sekali,&#8217; ujarnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Eksport minyak yang digunakan Encik  Gaddafi untuk membantu menamatkan pengasingannya sejak sedekad lalu  telah memberikan beliau wadah untuk menentang nasib yang dialami  jiran  terdekatnya, presiden Tunisia dan Mesir, yang digulingkan oleh rakyat  masing-masing beberapa minggu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sehingga 1,000 orang mungkin terbunuh di Libya, menurut Menteri Luar Italy, Encik Franco Frattini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beberapa laporan yang belum dapat  disahkan berkata pihak tentera Libya dan askar-askar upahan Afrika telah  menembak ke arah para pembantah di negara yang menghasilkan hampir 2  peratus bekalan minyak dunia itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seperti di beberapa bahagian dunia  Arab, para pembantah Libya yang mengadakan bantahan antipemerintah  kelihatan terdorong oleh kekecewaan mereka terhadap penindasan politik  dan masalah ekonomi di negara itu dan sebahagian besarnya berfahaman  sekular.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu,  kumpulan Al-Qaeda  cabang Afrika Utara semalam memberi isyarat menyokong para pembantah di  Libya sambil menggesa mereka agar &#8216;meneruskan perjuangan dan revolusi   dan menggiatkannya bagi menggulingkan penjenayah zalim itu&#8217;, menurut  Kumpulan Risikan Site.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tindakan kumpulan Al-Qaeda itu  telah menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan   fahaman pelampau menyerap di kalangan pembantah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, para pembantah  antipemerintah Libya telah menguasai bandar Zuara, kira-kira 120  kilometer ke barat Tripoli, kata beberapa pekerja Mesir yang bekerja di  situ dan yang sedang dalam perjalanan ke Tunisia, kepada agensi berita  Reuters, semalam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tentera yang taat kepada Encik  Gaddafi kehilangan kuasa di wilayah Cyrenaica di sebelah timur negara  itu minggu lalu. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Para pemimpin dunia semalam mengutuk tindakan keras pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, terhadap para pembantah yang telah memecah-belahkan negara itu, tetapi tidak melakukan sesuatu untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut. Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, buat kali pertama memberikan ulasannya di khalayak awam sambil mengutuk serangan-serangan &#8216;dahsyat&#8217; dan &#8216;tidak boleh diterima&#8217; itu ke atas para [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4815"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4815"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4815\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4815"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4815"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4815"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}