{"id":4795,"date":"2011-02-23T17:43:25","date_gmt":"2011-02-23T09:43:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/ahmad-said-kata-tak-ada-lagi-rumah-yang-beratap-bocor\/"},"modified":"2011-02-23T17:43:25","modified_gmt":"2011-02-23T09:43:25","slug":"ahmad-said-kata-tak-ada-lagi-rumah-yang-beratap-bocor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahmad-said-kata-tak-ada-lagi-rumah-yang-beratap-bocor\/","title":{"rendered":"Ahmad Said kata tak ada lagi rumah yang  beratap bocor"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/propagandamb-paku-atap.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/propagandamb-paku-atap.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Pada 17 Janhuari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, adalah menjadi  impiannya  bahawa rumah yang menjadi asas awal kesejahteraan setiap  keluarga tidak  lagi dalam keadaan sedemikian.<\/p>\n<p>Namun begitu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah perumpamaan  paling sesuai bagi menggambarkan kehidupan ditempuhi seorang ibu tunggal  dari Kampung Banggol Tok Ku di sini, yang terpaksa tinggal di rumah  beratap bocor lebih dua tahun lalu.     <\/p>\n<p>(Gambar &#8211; mempolitikkan kesusahan rakyat, propaganda Umno-BN; gambar Ahmad said memaku atap biru)<\/p>\n<p>Apa yang menyedihkan Norliza Muhamad, 38, selepas kematian suami  sejak Oktober 2008, dia yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap,  hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan  Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu.  <\/p>\n<p>\u201cHidup kami tidak menentu, malah saya tidak dapat bekerja untuk  mencari nafkah selepas kematian suami kerana perlu menjaga anak yang  masih kecil,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Ibu tunggal yang mempunyai tiga anak berumur lima hingga 18  tahun ini berkata demikian ketika menerima sumbangan hamper, beras dan  wang daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri  Baharuddin sempena Program Jelajah One Malaysia (JOM) di sini.  <\/p>\n<p>Menurut Norliza, masalah itu menyebabkan rumahnya menjadi tidak selesa untuk didiami kerana sering dimasuki air ketika hujan.   <\/p>\n<p>Keadaan juga menjadi lebih buruk jika hujan lebat dan berterusan dalam tempoh panjang.  <\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh dua tahun ini, jika hari hujan saya dan anak  terpaksa menadah air menggunakan besen serta baldi kerana bimbang ia  akan merosakkan lantai dan peralatan di dalam rumah,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Menurutnya, dia berharap permohonan mendapatkan bantuan atap itu  dapat dipanjangkan kepada pihak berkenaan kerana tidak lagi mampu untuk  menghuni di dalam rumah yang tidak sempurna itu bersama anak.  <\/p>\n<p>Sementara itu, Saiful Bahri berkata, Pergerakan Pemuda UMNO  negeri akan melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga ibu tunggal  terbabit.  <\/p>\n<p>\u201cIni termasuk mendapatkan bantuan atap daripada agensi berkaitan  untuk meringankan beban Norliza sekeluarga,\u201d katanya kepada Sinar  Harian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 17 Janhuari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, adalah menjadi impiannya bahawa rumah yang menjadi asas awal kesejahteraan setiap keluarga tidak lagi dalam keadaan sedemikian. Namun begitu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan kehidupan ditempuhi seorang ibu tunggal dari Kampung Banggol Tok Ku di sini, yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4795"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4795"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4795\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}