{"id":47943,"date":"2016-08-06T12:20:38","date_gmt":"2016-08-06T04:20:38","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=47943"},"modified":"2016-08-06T12:20:38","modified_gmt":"2016-08-06T04:20:38","slug":"ramai-ke-adun-sokong-ahmad-said","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ramai-ke-adun-sokong-ahmad-said\/","title":{"rendered":"Ramai Ke ADUN Sokong Ahmad Said?"},"content":{"rendered":"<p>Itulah soalan yang kerap ditanya rakyat Terengganu kepada saya dikebanyakan tempat yang saya pergi. Pergolakan parah dalaman antara dua team Umno Terengganu tidak boleh dinafi dan ditutup lagi. Ia bermula apabila satu gerakan kepimpinan Umno yang membantah tindakan istana yang menolak pencalonan DS Idris Jusoh dan akhirnya melantik DS Ahmad Said selaku MB Terengganu. Masa itu, kita melihat kain rentang dan mendengar jeritan &#8220;kami nok Deris, natang !&#8221; oleh pengikut setia DS Idris Jusoh kepada Tuanku Sultan Terengganu, yang sehingga sekarang tiada siasatan apatah lagi tangkapan kepada penderhaka Tuanku Sultan Terengganu yang kita kasihi.<\/p>\n<p>DS Ahmad Said sanggup menentang arahan kepimpinan DS Idris Jusoh dengan menerima watikah perlantikan dari wakil Tuanku Sultan. Kita boleh melihat corak politik DS Idris Jusoh mencantas semua individu yang dianggap mencabar kedudukannya, tetapi DS Ahmad Said yang \u201cnellang\u201d itu berjaya lolos dari cantasan itu. Calon-calon BN pada PRU 12 (2008) disenaraikan sebenarnya hanya untuk menguatkan kedudukan DS Idris Jusoh sehingga Dato\u2019 Tengku Putera, Dato\u2019 Rosli Hassan dan Dato\u2019 Abdul Rahman Bakar tenggelam dari senarai calon BN, bahkan nama-nama yang dikira mencabar jawatan MB DS Idris Jusoh, dicampak ke kerusi parlimen seperti Dato Mat Jidin dan Dato Nasir Ibrahim Fikri.<\/p>\n<p>Saya dan rakyat boleh melihat bagaimana DS Ahmad Said keseorangan memimpin Terengganu dengan gangguan-gangguan yang berbagai-bagai dari team lawannya untuk melemahkan pentadbiran DS Ahmad Said sehingga satu ketika beliau sanggup pergi ke kandang kambing Dato Ustaz Harun Taib untuk menunjukkan kemesraan dgn PAS. Bukan PAS yang mengganggu pentadbiran DS Ahmad Said tapi beliau tahu ulamak PAS adalah orang-orang yang amanah. Tetapi panglima-panglima DS Idris Jusoh seperti Dato Din Adam, almarhum Alias Abdullah, Dato Hj Rasol Wahid dan kawan-kawannya tetap menggangu sehingga tersebar melalui mesej, ancaman bunuh oleh bekas orang kuat DS Idris Jusoh, Dr Ramzi sehingga dipenjarakan dan sehingga diadakan mogok oleh sebahagian besar ADUN BN tidak hadir persidangan DUN dimasa itu kerana ugutan itu.<\/p>\n<p>DS Ahmad Said kemudiannya terpaksa melantik Dato Tengku Putera sebagai Yang Dipertua DUN, walaupun Dato\u2019 Tengku Putera sudah hampir lenyap daripada persada politik BN setelah dipinggirkan oleh DS Idris ketika itu. Seolah-olah DS Ahmad Saidlah yang memberi nyawa semula kepadanya. DS Ahmad Said dan teamnya dilihat terbeban untuk mentadbir negeri dalam berhadapan kerenah dan pergolakan dalaman Umno dimasa itu.<\/p>\n<p>Tiba PRU 13, DS Ahmad Said mengambil peluang untuk membentuk saf kepimpinan yang sehaluan dengannya dan menyenaraikan semula Dato\u2019 Tengku Putera bertanding di Kuala Berang dengan meminggirkan Cikgu Zawawi, meletakkan semula Dato\u2019 Mat Jidin di Permaisuri, mengekalkan Ahmad Razif di Seberang Takir serta membuang beberapa nama dari senarai calon yang dianggap mengganggu pentadbiran DS Ahmad Said. Tetapi, DS Ahmad Said tidak lama menjadi MB. Ahmad Razif yang dilantik exco di bawah kepimpinannya mengambil alih jawatan MB dalam keadaan memalukan DS Said, seluruh ahli Umno dan rakyat Terengganu. Sebaik menjawat jawatan MB itu, kelihatan Ahmad Razif mula mengagung dan menjulang semula DS Idris Jusoh yang telah jelas ditolak oleh Tuanku Sultan itu sebagai bosnya yang berjasa memberi kerusi Seberang Takir kepadanya daripada Shapian Ali pada 2008 dan dia terus membuat satu rentak untuk mencantas segala orang kuat DS Ahmad Said seperti Wan Ahmad Wan Muda yang di\u2019peti-sejuk\u2019kan daripada pentadbiran negeri. Ketika inilah DS Ahmad Said melihat, orang yang dia angkat menjadi menjadi exco, bertukar menjadi antara tenaga utama mahu menjatuhkan dia. Budaya politik Umno turun temurun, begitulah. Siapa yang berkuasa, boleh bagi makan, maka itulah yang mereka puja dan taat. Hilanglah ketaatan kepada DS Ahmad Said, berpaling hampir semuanya kepada Razif.<\/p>\n<p>Ramai Adun yang ada sekarang dipilih oleh DS Ahmad Said. Sudah tentu jika Adun-Adun ini bijak dan mengingati jasa DS Ahmad Said yang memasukkan mereka dalam kerajaan BN seperti Adun Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Kuala Berang, Ajil, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Kuala Besut dan Kota Putra, mereka semua sebenarnya boleh melakukan sesuatu dengan membalas budi DS Ahmad Said. Adun-Adun ini pun belum tentu terselamat dan belum tentu akan disenaraikan kembali sebagai calon untuk PRU14 nanti. Jika Ahmad Razif atau orang kuat Ahmad Razif masih memimpin Umno ketika itu, apakah Ahmad Razif dan nama-nama yang telah &#8216;diteranjang&#8217; oleh DS Ahmad Said dalam PRU13 lalu akan terus berdiam diri? Nama-nama mereka yang masih muda dan mampu berpolitik seperti Dato\u2019 Din Adam, Cikgu Ramlan, Ustaz Khazan dan Dato\u2019 Rasol, pastinya akan menuntut kembali posisi mereka yang lalu. Apatah lagi Dato Zubir yang dilantik Yang Dipertua DUN dengan jasa baik tangan DS Ahmad Said yang diciumnya, pasti tidak selamat dan mungkin hilang daripada persada politik BN kerana dia tiada kekuatan akar umbi dan jika beliau diletakkan di parlimen Kuala Terengganu sekali lagi pun, insyaAllah dia akan kalah.<\/p>\n<p>Ustaz Mohd Nor Hamzah<br \/>\nKetua Penerangan Pas Terengganu<br \/>\n3 Zulqaedah 1437 bersamaan 6 Ogos 2016<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Itulah soalan yang kerap ditanya rakyat Terengganu kepada saya dikebanyakan tempat yang saya pergi. Pergolakan parah dalaman antara dua team Umno Terengganu tidak boleh dinafi dan ditutup lagi. Ia bermula apabila satu gerakan kepimpinan Umno yang membantah tindakan istana yang menolak pencalonan DS Idris Jusoh dan akhirnya melantik DS Ahmad Said selaku MB Terengganu. Masa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":43789,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":43789,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":832,"height":508,"file":"2016\/03\/Ahmad-Said-usul-pecat-Razif2.png","filesize":530447,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":43787,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/Ahmad-Said-usul-pecat-Razif2.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47943"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=47943"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47943\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/43789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=47943"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=47943"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=47943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}