{"id":4771,"date":"2011-02-21T01:50:55","date_gmt":"2011-02-20T17:50:55","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/tiga-anggota-polis-di-kemaman-didakwa-terima-rasuah\/"},"modified":"2011-02-21T01:50:55","modified_gmt":"2011-02-20T17:50:55","slug":"tiga-anggota-polis-di-kemaman-didakwa-terima-rasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tiga-anggota-polis-di-kemaman-didakwa-terima-rasuah\/","title":{"rendered":"Tiga Anggota Polis Di Kemaman Didakwa Terima Rasuah"},"content":{"rendered":"<div class=\"entry-content\">\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/IPD_Kemaman.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/IPD_Kemaman.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>KEMAMAN<\/strong>, 20 Feb \u2014 Tiga  anggota polis masing-masing  berpangkat Koperal, Sarjan dan Sarjan Mejar  pada Ahad mengaku tidak  bersalah di mahkamah Sesyen di sini, atas  dakwaan menerima rasuah dari  seorang kerani sebuah syarikat besi buruk.<\/p>\n<p>Koperal Baderulhisham Abdullah Sani, 46, Sarjan Almi Yaccob, 56 dan   Sarjan Mejar Shamsudin Omar, 52 yang bertugas di Ibupejabat Polis Daerah   Kemaman didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli   Bahruddin.<\/p>\n<p>Mengikut kertas pertuduhan, Baderulhisham didakwa menerima suapan   berjumlah RM500 dari Nor Hasni Maria Ab Rahim untuk tidak melakukan   sebarang pemeriksaan rekod belian besi buruk di premis RBA Metal Sdn Bhd   di Jalan Bukit Kuang, di sini.<\/p>\n<p>Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.50 petang  17 Dis 2009.<\/p>\n<p>Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B)  Akta  Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang  boleh dihukum  penjara 20  tahun dan denda tidak kurang lima kali  nilai suapan atau  RM10,000,  mana-mana yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>Ahmad Bazli menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi   memberi peluang tertuduh melantik peguam dan membenarkan tertuduh diikat   jamin sebanyak RM3,000.<\/p>\n<p>Sementara itu, Almi menghadapi tiga pertuduhan menerima suapan   masing-masing sebanyak RM500 pada 12.25 tengah hari 8 Januari 2009,   pukul 11.55 pagi 5 November 2009 dan 2.30 petang 9 Disember 2009   daripada Nor Hasni Maria.<\/p>\n<p>Shamsudin pula didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Almi   menerima suapan masing-masing RM500 pada masa dan tarikh yang sama   daripada Nor Hasni Maria.<\/p>\n<p>Almi dan Shamsudin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a)   ASPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih   20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000,   mana-mana lebih tinggi.<\/p>\n<p>Hakim membenarkan kedua-duanya diikat jamin masing-masing sebanyak   RM5,000 dan menetapkan tarikh 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.<\/p>\n<p>Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin.- Bernama<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN, 20 Feb \u2014 Tiga anggota polis masing-masing berpangkat Koperal, Sarjan dan Sarjan Mejar pada Ahad mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan menerima rasuah dari seorang kerani sebuah syarikat besi buruk. Koperal Baderulhisham Abdullah Sani, 46, Sarjan Almi Yaccob, 56 dan Sarjan Mejar Shamsudin Omar, 52 yang bertugas di Ibupejabat Polis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4771"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4771"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4771\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}