{"id":4766,"date":"2011-02-20T18:27:45","date_gmt":"2011-02-20T10:27:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/konvensyen-nasional-pengupayaan-bangsa\/"},"modified":"2011-02-20T18:27:45","modified_gmt":"2011-02-20T10:27:45","slug":"konvensyen-nasional-pengupayaan-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/konvensyen-nasional-pengupayaan-bangsa\/","title":{"rendered":"Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/konvensyen.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/konvensyen.jpg\" style=\"float: left;\" \/>PAS mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan  PAS 19 Februari bertempat di MBSA Shah Alam,\u00a0bagi membincangkan  masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini.<\/p>\n<p>Konvensyen itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja \u201cJaminan PAS \u201d pada jam 2.30 petang.<\/p>\n<p>Selepas pilihan raya umum 2008 Umno BN cuba menimbulkan  perkara-perkara bersifat sentimen perkauman kononnya Melayu terancam dan  terpinggir.<\/p>\n<p>PAS pula digambarkan selaku parti Islam yang terlalu ghairah untuk ke  tampuk kekuasaan di peringkat Pusat atau Persekutuan sehingga didakwa  sanggup menggadai prinsip dan dasar serta matlamat perjuangan asalnya.  PAS juga didakwa membelakangkan kemaslahatan orang Melayu-Islam demi  kepentingan poitiknya untuk mendapat sokongan Bukan-Melayu dan  Bukan-Islam.<\/p>\n<p>Media jahat UMNO\/BN saban hari dan minggu menyerang PAS yang kononnya  telah luntur dalam perjuangan Islamnya kerana diperkudakan oleh  rakan-rakan Pakatan khususnya DAP. PAS juga didakwa tidak bertegas dalam  mempertahankan prinsip-prinsip kerana menjaga \u2019persahabatan dan  muafakat\u2019 politiknya dalam Pakatan dengan PKR.<\/p>\n<p>Tohmahan dan ulangan irama sumbang dicanang di serata tempat dan  saban hari di media kerajaan kongkongan Umno\/BN. Dakwaan ini seringkali  juga termakan oleh golongan atas pagar dan segelintir penyokong PAS  sendiri. Tujuan utama strateginya adalah untuk mengurangkan sokongan  kelompok Melayu-Islam terhadap parti Islam itu sekaligus menafikan  cita-cita PAS mengambil alih kedudukan UMNO selaku teras parti orang  Melayu-Islam di negara ini.<\/p>\n<p>PAS kini bersedia untuk mendepani dan menjawab semua serangan dan  tohmahan jahat media UMNO\/BN ini. PAS tetap akan bertegas dan komited  untuk seterusnya melaksanakan strategi serampang dua-matanya, yakni (i)  Memantapkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan (ii) Melebarkan  pengundi barunya, bagi merealisasikan cita-cita perjuangannya,<\/p>\n<p><strong>Tiga (3) persoalan besar<\/strong> yang menanti huraian dan penerangan dari pihak tertinggi pimpinan PAS akan bakal dihuraikan adalah seperti berikut:<\/p>\n<p>(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Apakah jaminan PAS dari segi <strong>\u201dKedudukan Politik\u201d<\/strong> orang Melayu-Islam di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan?<\/p>\n<p>(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Apakah jaminan PAS berkenaan <strong>\u201dKedudukan Ekonomi\u201d<\/strong> orang Melayu-Islam di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan?<\/p>\n<p>(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Apakah jaminan PAS dalam isu \u201d<strong>Kedudukan Islam<\/strong>\u201d di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil pemerintahan di peringat Persekutuan?<\/p>\n<p>PAS tidak akan cuba menjadi \u2018lebih Melayu\u2019 dari Umno. Itu satu yang  pasti. Walau bagaimanapun, berbeza dengan seteru politik tradisinya,  Umno,\u00a0paradigma dan strategi pendekatan PAS dalam menggarap permasalahan  Melayu ini atau \u201cThe Malay Question\u201d,\u00a0pertama-tamanya menegaskan bahawa  persoalan yang terpenting bagi mewarnai dan mencorak segala <strong>dasar-dasar  serta kaedah penyelesaian PAS terletak pada paksi utamanya yakni  meletakkan Islam yang syumul sebagai dasar perjuangan PAS itu sendiri. <\/strong><strong>Islam adalah dasar yang mewarnai seluruh perjuangan PAS. <\/strong><\/p>\n<p>Dengan meletakkan asas kefahaman dan penghayatan Islam yang  menyeluruh ini, PAS akan mengupas satu persatu tajuk-tajuk di atas dan  meletakkan garis pemisah bagaimana parti ini melihat perspektif  \u2018kedudukan politik\u2019 orang Melayu dan kedudukan ekonomi\u2019 orang Melayu  diperjuangakan.<\/p>\n<p>Bagaimanana\u00a0pula perspektif pembangunan\u00a0\u2019people-centric\u2019 dan tidak  \u2018crony-centric\u2019 akan menjamin masa depan Melayu itu lebih punya  kemandirian, dayasaing dan resilience-dayatahan dan akhirnya menjadi  Melayu kembali bermaruah dan tidak perlu hidup dengan tongkat yang  diberikan Umno di bawah slogan \u2018Ketuanan Melayu-Umno\u2019 yang usang  sekaligus memangsakan usahawan\/korporat Melayu yang tule, akan \u00a0tetapi  menggemukkan kroni yang rakus dan tidak berdaya saing. Perbandingan  model dan paradigma \u201cPengupayaan Bangsa\u201d adalah kunci dan pokok dalam  analisis ini.<\/p>\n<p>Ikuti hasil konvensyen nasional ini, yang bukan sahaja dinanti oleh  orang Melayu\/Bumiputera bahkan dari semua kaum, agama dan budaya. Masa  untuk menjawab serangan jahat pemimpim dan tuduhan melampau media  Umno\/BN telah tiba!<\/p>\n<h1 id=\"title\"><a href=\"http:\/\/blog.drdzul.com\/\"><span> <\/span><\/a><\/h1>\n<p><strong>12 Jaminan PAS<\/strong><\/p>\n<p>PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.<\/p>\n<p>Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.<\/p>\n<p>PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:<\/p>\n<p>1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;<\/p>\n<p>2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;<\/p>\n<p>3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;<\/p>\n<p>4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;<\/p>\n<p>5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;<\/p>\n<p>6.\u00a0 PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;<\/p>\n<p>7.\u00a0 PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;<\/p>\n<p>8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;<\/p>\n<p>9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;<\/p>\n<p>10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;<\/p>\n<p>11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;<\/p>\n<p>12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.\u00a0\u00a0 <\/p>\n<p>Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa \u2013 Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.<\/p>\n<p>\u201cMasa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita\u2019arafu\u00a0 yakni Politik Saling Menghormati.<\/p>\n<p>\u201cSemua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.<\/p>\n<p>Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.<\/p>\n<p>Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.<\/p>\n<p>Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;<\/p>\n<p>Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;<\/p>\n<p>Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;<\/p>\n<p>Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;<\/p>\n<p>Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;<\/p>\n<p>Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;<\/p>\n<p>Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS 19 Februari bertempat di MBSA Shah Alam,\u00a0bagi membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini. Konvensyen itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja \u201cJaminan PAS \u201d pada jam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4766"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4766"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4766\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4766"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4766"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4766"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}