{"id":4764,"date":"2011-02-20T18:14:34","date_gmt":"2011-02-20T10:14:34","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/prk-kerdau-pas-putus-calon-selasa\/"},"modified":"2011-02-20T18:14:34","modified_gmt":"2011-02-20T10:14:34","slug":"prk-kerdau-pas-putus-calon-selasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prk-kerdau-pas-putus-calon-selasa\/","title":{"rendered":"PRK Kerdau: PAS putus calon Selasa"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/ydp-kual-kerau1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/ydp-kual-kerau1.jpg\" style=\"float: right;\" \/>PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi  Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti  itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari  ini.<\/p>\n<p>\u201cPAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan  Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan  dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini,\u201d kata beliau  ketika dihubungi hari ini.<\/p>\n<p>Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan  berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada  mesyuarat hari ini.<\/p>\n<p>The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang  dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua  PAS kawasan Kuala Krau.<\/p>\n<p>Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau  kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu,  \u201cbiar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan  diumumkan 24 Februari ini.\u201d<\/p>\n<p>Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.<\/p>\n<p>Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.<\/p>\n<p>Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik  Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai  pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.<\/p>\n<p>Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.<\/p>\n<p>\u201cAda pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya  kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil  Merlimau,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk  Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.<\/p>\n<p>\u201cEmpat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan  parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima  dan jentera BN akan memastikan kemenangannya,\u201d kata Adnan.<\/p>\n<p>Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji  pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat  bekas wakil rakyat kawasan itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang  dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji  itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat,\u201d katanya kepada  pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan  raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.<\/p>\n<p>Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan  hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan  jalan raya dan bekalan air,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu  berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cKita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi  mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi,\u201d  katanya.-MalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini. \u201cPAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4764"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4764"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4764\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4764"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4764"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4764"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}