{"id":4753,"date":"2011-02-19T16:47:13","date_gmt":"2011-02-19T08:47:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/isu-tanah-akan-jatuhkan-bn-terengganu\/"},"modified":"2011-02-19T16:47:13","modified_gmt":"2011-02-19T08:47:13","slug":"isu-tanah-akan-jatuhkan-bn-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-tanah-akan-jatuhkan-bn-terengganu\/","title":{"rendered":"Isu tanah akan jatuhkan BN Terengganu"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/wahid-endut.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/wahid-endut.jpg\" style=\"float: left;\" \/>PAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato&#8217; Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.<\/p>\n<p>\u201cRakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.<\/p>\n<p>\u201cKe mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?,\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.<\/p>\n<p>Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.<\/p>\n<p>\u201cBerbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.<\/p>\n<p>\u201cOrang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut.<\/p>\n<p>Bacaan berkaitan;<br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=2973:penduduk-gelugor-raja-bantah-pengambilan-balik-tanah&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Penduduk Gelugor Raja bantah pengambilan tanah<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1357:projek-mini-putrajaya-ambil-tanah-rakyat-terlalu-murah&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Projek Mini Putra Jaya ambil tanah rakyat terlalu murah<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1304:lebih-200-ekar-tanah-orang-melayu-akan-menjadi-korban-pembangunan&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Lebih 200 ekar tanah orang Melayu menjadi korban<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1276:kt-central-terminal-termoden-dan-mini-putrajaya-bakal-dibina-atas-penderitaan-rakyat&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Mini Putrajaya bakal dibina atas penderitaan rakyat<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato&#8217; Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4753"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4753"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4753\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}