{"id":4749,"date":"2011-02-19T16:32:13","date_gmt":"2011-02-19T08:32:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/penunjuk-perasaan-kembali-berhimpun-di-bahrain-84-terkorban-di-libya\/"},"modified":"2011-02-19T16:32:13","modified_gmt":"2011-02-19T08:32:13","slug":"penunjuk-perasaan-kembali-berhimpun-di-bahrain-84-terkorban-di-libya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/penunjuk-perasaan-kembali-berhimpun-di-bahrain-84-terkorban-di-libya\/","title":{"rendered":"Penunjuk perasaan kembali berhimpun di Bahrain, 84 terkorban di Libya"},"content":{"rendered":"<p><em><strong><\/strong><\/em><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/bulatanmutiarabanhrain.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/bulatanmutiarabanhrain.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Ribuan penunjuk perasaan memenuhi kembali Bulatan Mutiara di ibukota Manama, selepas tentera dan polis anti rusuhan berundur dari kawasan yang menjadi simbol pemberontakan anti-kerajaan Bahrain<\/p>\n<p>Mereka membawa bendera negara Bahrain, bunga dan papan tanda serta kain rentang yang bertulis &#8220;aman, aman&#8221; bergerak ke Buletan (Mutiara) pada hari Sabtu, sambil berteriak, &#8220;Kita menang, kita menang&#8221;.<\/p>\n<p>Mereka sujud syukur kerana berasa sukacita dan mengambil gambar sekitar 60 kenderaan polis yang meninggalkan kawasan itu.<\/p>\n<p>Terdahulu, Putera Mahkota, Sheikh Salman bin Hamad al-Khalifa memerintahkan tentera untuk menarik diri, mengatakan bahawa polis akan bertanggung jawab untuk menguatkuasa peraturan, sebagaimana di laporkan agensi berita Bahrain.<\/p>\n<p>Dengan segera, setelah arahan putra mahkota itu dikeluarkan, penunjuk perasaan cuba kembali ke bundaran, tapi dipukul oleh pihak polis. <\/p>\n<p>Menurut agensi berita Reuters, kira-kira 80 penunjuk perasaan dibawa ke hospital setelah terkena peluru getah atau gas pemedih mata.<\/p>\n<p>Para penunjuk perasaan, bagaimanapun, berjaya kembali berhimpun di Bulatan tersebut, apabila polis anti rusuhan juga turut menarik diri <\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/libyanshotdead.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/libyanshotdead.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Sementara itu pemerhati Hak Asasi Manusia melaporkan 84 orang terbunuh dalam masa tiga hari selama himpunan anti Muammar Gaddafi.berlangsung.<\/p>\n<p>Pasukan keselamatan Libya telah membunuh puluhan peserta himpunan pro-demokrasi dalam demonstrasi menuntut Muammar Gaddafi berundur.<\/p>\n<p>Seorang doktor di bandar timur Benghazi berkata kepada Al Jazeera, ia melihat 70 mayat di hospital pada hari Jumaat,<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah melihat di mata saya sendiri: Sekurang-kurangnya 70 mayat di hospital,&#8221; kata doktor Wuwufaq al-Zuwail, yang menambah, pasukan keselamatan juga turut menghalang ambulans untuk sampai ke lokasi protes.<\/p>\n<p>Seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Ahmed, berkata hospital di Benghazi telah kehabisan bekalan darah dan dipenuhi ramai mangsa kekejaman dan korban yang meninggal dunia.<\/p>\n<p>&#8220;Ini merupakan pembunuhan beramai-besar, sangat ramai Kami tidak pernah mendengar hal seperti ini sebelumnya. Ia mengerikan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Penembakan masih berlaku sekarang, Kami berada sekitar 3 kilometer jauhnya dari lokasi, dan kami melihat pasukan tentera pagi ini masuk ke bandar dan anda dapat mendengar bunyi tembakan sekarang .. Mereka tidak peduli dengan kita.&#8221;katanya.-AJE<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ribuan penunjuk perasaan memenuhi kembali Bulatan Mutiara di ibukota Manama, selepas tentera dan polis anti rusuhan berundur dari kawasan yang menjadi simbol pemberontakan anti-kerajaan Bahrain Mereka membawa bendera negara Bahrain, bunga dan papan tanda serta kain rentang yang bertulis &#8220;aman, aman&#8221; bergerak ke Buletan (Mutiara) pada hari Sabtu, sambil berteriak, &#8220;Kita menang, kita menang&#8221;. Mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4749"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4749"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4749\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4749"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4749"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4749"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}