{"id":4738,"date":"2011-02-18T17:22:49","date_gmt":"2011-02-18T09:22:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/melayu-mudah-lupa-mahathir-terlupa-dirinya-menteri-kdn-ketika-ops-lalang\/"},"modified":"2011-02-18T17:22:49","modified_gmt":"2011-02-18T09:22:49","slug":"melayu-mudah-lupa-mahathir-terlupa-dirinya-menteri-kdn-ketika-ops-lalang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/melayu-mudah-lupa-mahathir-terlupa-dirinya-menteri-kdn-ketika-ops-lalang\/","title":{"rendered":"Melayu Mudah Lupa; Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/-adet.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/-adet.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya.\u00a0 Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.<\/p>\n<p>Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah.\u00a0 Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah.\u00a0 Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya &#8211; meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum.\u00a0 Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab &#8211; iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.<\/p>\n<p>Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara.\u00a0 Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam &#8220;Operasi Lalang&#8221; pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia &#8211; Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.\u00a0 Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu.\u00a0 Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum &#8220;Operasi Lalang&#8221;, bahawa mereka tidak akan ditangkap.<\/p>\n<p>Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun.\u00a0 Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988.\u00a0 Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini.<br \/><strong><br \/>Mahathir terlupa<\/strong><\/p>\n<p>Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang &#8220;Operasi Lalang&#8221;.\u00a0 Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986.\u00a0 Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999.<\/p>\n<p>Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kanan) bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO.\u00a0 Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.\u00a0 Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri &#8211; adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir &#8211; jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator.<\/p>\n<p>Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab &#8220;Operasi Lalang&#8221; seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).\u00a0 40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA &#8211; adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara.<\/p>\n<p>Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari.\u00a0 Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan.<\/p>\n<p>Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan.\u00a0 Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan.\u00a0 Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya.\u00a0 Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal.\u00a0 Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan?<\/p>\n<p>Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir &#8220;berlakunya konflik perkauman&#8221; &#8211; maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari.\u00a0 Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan &#8211; kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis.<\/p>\n<p>Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif.\u00a0 Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM.\u00a0 Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri &#8211; kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM.\u00a0 Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri &#8211; apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya?<\/p>\n<p><strong>Menjadi bahan lawak<\/strong><\/p>\n<p>Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya.\u00a0 Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik &#8220;krisis kehakiman 1988&#8221;, namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya &#8211; bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal.<\/p>\n<p>Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman.\u00a0 Sebelum tercetusnya &#8220;krisis kehakiman&#8221;, beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO\/UMNO Baru (UMNO 11).\u00a0 Tribunal yang menjatuhkan kesalahan &#8220;misconduct&#8221; (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM.\u00a0 Motifnya cukup jelas.\u00a0 Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini &#8211; mungkin &#8220;muka tebal&#8221; tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini.<\/p>\n<p>Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma.\u00a0 Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan &#8211; ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang &#8211; enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain.<\/p>\n<p>Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya.\u00a0 Tetapi perhitungannya silap.\u00a0 Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah.<br \/><em><br \/>*Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang Merdeka Review. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya.\u00a0 Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh. Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah.\u00a0 Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah.\u00a0 Tokoh seperti Mahathir sering [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4738"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4738"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4738\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4738"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4738"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4738"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}