{"id":4732,"date":"2011-02-18T03:10:18","date_gmt":"2011-02-17T19:10:18","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/pas-penting-diri-sendiri\/"},"modified":"2011-02-18T03:10:18","modified_gmt":"2011-02-17T19:10:18","slug":"pas-penting-diri-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-penting-diri-sendiri\/","title":{"rendered":"PAS penting diri sendiri?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/paspentingdirisendiri.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/paspentingdirisendiri.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Terbaca satu berita seperti tajuk di atas dari akhbar Sinar Harian  Selasa (15 Februari) lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua  Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang baru  dilantik di bawah pentadbiran Dato&#8217; Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi  Perhubungan.<\/p>\n<p>Pada mulanya agak malas untuk diulas kerana nilai  beritanya tidak sepadan dengan taraf jawatan orang yang membuat  kenyataan itu. Tetapi mungkin kerana beliau orang baru memegang jawatan  itu yang merupakan salah satu jawatan penting dalam hiraki parti yang  sedang memerintah negeri ini.<\/p>\n<p><span class=\"fullpost\">Kalau  dilihat dari banyak kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dari  Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar, iaitu bos  beliau, rasanya tidak hairanlah kenyataan seumpama itu boleh  dikeluarkan. Kata orang padan dengan standard ketuanya.<\/p>\n<p>Pernah  diberitahu, pegawai-pegawai kerajaan di negeri ini &#8216;malu&#8217; dengan ucapan  dan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said. Bahkan di kalangan orang Umno  sendiri pun rasa tidak selesa mempunyai seorang Menteri Besar yang  standard ucapan dan kenyataannya macam pemimpin di peringkat kampung.  Hingga pernah pelajar sekolah merungut, &#8220;Kalau beginilah ucapan seorang  Menteri Besar, aku lebih layak duduk di tempat itu.&#8221;<\/p>\n<p>Berbalik  kepada apa yang didakwa oleh Razif bahawa PAS mementingkan diri sendiri  dengan beliau merujuk kenyataan Presiden PAS, Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji  Abdul Hadi Awang yang menyalahkan Umno selain mendakwa berlaku penipuan  dalam usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) menawan Terengganu melalui  &#8216;Gelombang Biru&#8217;.<\/p>\n<p>Memetik kata-kata beliau: &#8220;Inilah yang  dikatakan ibarat tidak pandai menari, lantai pula dikatakan  jongkat-jongket walaupun mereka sebenarnya yang tidak pandai mentadbir,  ekonomi teruk, nepotisme, menipu rakyat berhubung isu tanah, selain  Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang lebih berkuasa berbanding  jabatan-jabatan lain.&#8221;<\/p>\n<p>Memang kita akui bahawa orang PAS atau  khususnya para pemimpin PAS tidak pandai menari, bahkan tidak boleh  menari seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno. Jadi tentunya tidak  berbangkit soal lantai yang jongkat-jongket itu.<\/p>\n<p>Benarkah  sebagaimana dakwaan beliau itu bahawa PAS tidak pandai mentadbir? Apakah  PAS telah gagal mentadbir sepanjang empat tahun pemerintahannya di  negeri Terengganu dahulu? Betulkah kegagalan PAS untuk mempertahankan  pemerintahannya itu berpunca dari faktor ini?<\/p>\n<p>Apa yang telah  dibuktikan oleh kerajaan PAS semasa berkuasa di Terengganu dahulu ialah  pencapaian dan pengiktirafan yang diterima oleh beberapa jabatan di  bawah kerajaan negeri dari segi pengurusan terbaik. Begitu juga pujian  yang diberi oleh pihak Ketua Audit Negara apabila pentadbiran di bawah  PAS termasuk Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya mengemukakan laporan  masing-masing dalam tempoh yang sepatutnya, bukan seperti di zaman  sebelum itu. Perkara ini boleh dirujuk kepada laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Adakah  kerana tidak pandai mentadbir itu kerajaan PAS menerima anugerah dan  pengiktirafan seperti itu? Ataupun kita hendak kata bahawa orang yang  memberi anugerah dan pengiktirafan itu sebagai &#8216;bodoh&#8217; dan tidak pandai  menilai.<\/p>\n<p>Razif jangan cuba menyeleweng fakta yang menjadi bahan  sejarah yang tidak boleh ditipu. Kalau bercakap di hadapan orang kampung  terutama di pedalaman mungkin mereka boleh dikelentong oleh Ketua  Penerangan Umno ini. Rakyat tidak sebodoh itu untuk ditipu, apatah lagi  di zaman yang serba canggih ini dengan perkembangan teknologi maklumat  yang boleh dicapai di hujung jari.<\/p>\n<p>Tentang dakwaan beliau bahawa  ekonomi lemah di bawah pemerintahan PAS, tahukah beliau apa puncanya?  Dunia tahu bahawa pemimpin Umno Terengganu telah mengkhianati kerajaan  dan rakyat Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu apabila mereka  mendesak supaya royalti petroleum yang menjadi hak negeri ini ditarik  balik. Mereka tanpa ada perasaan, maruah dan harga diri sanggup  melanggar perjanjian yang dimetrai dengan &#8216;merompak&#8217; hak yang termaktub  bagi negeri ini.<\/p>\n<p>Cuba kita bayangkan, bagaimana lebih 70% hasil  negeri ini dirompak orang. Saya rasa kalau sekiranya Umno\/BN yang  memerintah negeri ini dalam keadaan itu, mereka hanya mampu bertahan  beberapa bulan sahaja. Tetapi kerajaan PAS telah membuktikan bahawa  dalam keadaan seolah-olah kaki dan tangan mereka diikat, mereka boleh  terus mentadbir negeri ini melalui beberapa pendekatan.<\/p>\n<p>Walaupun  banyak perkara yang kerajaan ketika itu tidak mampu lakukan disebabkan  kekangan kewangan, tetapi perkara-perkara asas seperti perbelanjaan  mengurus termasuk emolumen (gaji bagi kakitangan awam negeri) tidak  pernah tertunggak sepanjang empat tahun di bawah PAS. Bahkan kerajaan  ketika itu mampu juga membayar kenaikan gaji dan elaun-elaun tertentu  selaras dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.<\/p>\n<p>Langkah  berjimat-cermat dan strategi ekonomi yang mantap hasil kebijaksanaan  kepimpinan kerajaan PAS ketika itu telah berjaya ditempuh sepanjang  pemerintahan empat tahun di negeri ini. Pengurusan yang cekap, telus dan  bebas rasuah adalah faktor utama kejayaan ini.<\/p>\n<p>Walaupun pemimpin  PAS Terengganu ditohmah &#8216;baham&#8217; balak, tetapi hasil balak meningkat  tinggi di negeri ini, dan tidak ada seorangpun pemimpinnya yang didakwa  oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu (SPRM sekarang) kerana  penyelewengan dan salah guna kuasa. Yang jelasnya, sepanjang empat tahun  itu, kerajaan PAS berjaya menyifarkan rasuah di negeri ini.<\/p>\n<p>Ini  juga termasuk dakwaan berlaku amalan nepotisme dalam pentadbiran  kerajaan PAS ketika itu. Ia tidak pernah dibuktikan dan bahkan tidak ada  yang didakwa atas kes-kes berkaitan.<\/p>\n<p>Apa yang dapat kita  buktikan bahawa sepanjang tempoh itu, kehidupan rakyat Terengganu dalam  keadaan yang sangat selesa. Kata orang, rezeki melimpah ruah, senang  cari makan dan keselamatan dirasakan terjamin. Bahkan kadar kemiskinan  di negeri ini telah berjaya diturunkan daripada tempat kedua ke tempat  keempat. Adakah itu suatu gambaran ekonomi teruk di bawah PAS mengikut  kaca mata Umno?<\/p>\n<p>Mengenai dakwaan Razif PAS menipu rakyat  berhubung isu tanah? Sebenarnya siapa yang menipu dan siapa yang kena  tipu? Isu menipu ini semua orang tahu adalah mainan saraf Umno untuk  memberi gambaran negatif kepada kerajaan PAS. Kalau benar berlaku  penipuan sebagai yang didakwa itu, kenapa tiada pendakwaan dalam kes ini  dibawa ke mahkamah?<\/p>\n<p>Yang jelas, dalam isu tanah ini, dunia tahu  bahawa Umno\/BN yang mengkhianati rakyat Terengganu apabila dengan secara  rakus mereka merampas tanah-tanah rakyat yang dikurniakan oleh kerajaan  PAS. Bukan itu sahaja, mereka sanggup meroboh rumah-rumah rakyat,  bahkan rumah Allah pun mereka roboh. Sesungguhnya rakyat Terengganu  tidak akan pernah melupakan tindakan zalim yang dilakukan oleh Umno\/BN  ini yang merupakan tindakan balas dendam mereka.<\/p>\n<p>Dakwaan  berkaitan JSR yang dikatakan lebih berkuasa berbanding jabatan-jabatan  lain adalah suatu yang subjektif. Mungkin ada satu atau dua kes yang  boleh dianggap terpencil, tetapi digembar-gembur serta dijaja ke merata  tempat untuk menggambarkan buruknya tingkah laku orang-orang PAS ini.<\/p>\n<p>Padahal  perkara seperti ini sepatutnya tidak berbangkit. Apa yang berlaku  mungkin ada pegawai di jabatn-jabatan tertentu yang terlalu kuat Umnonya  dan memang memusuhi PAS yang tidak senang dengan tindakan-tindakan  betul yang diambil oleh JSR tertentu. Selama ini mereka boleh bebas  melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan, tetapi di zaman PAS mereka  seoalah-olah tersekat untuk melakukannya. Jadi mereka  mengkambinghitamkan JSR untuk menghalalkan tindakan mereka. JSR pula  yang dijadikan sasaran.<\/p>\n<p>Dakwaan Presiden PAS tentang berlaku  penipuan dalam usaha Umno\/BN menawan Terengganu itu adalah suatu yang  boleh kita buktikan. Pertambahan pengundi yang sangat luar biasa adalah  suatu yang telah dibuktikan dalam pendaftaran pemilih semasa Pilihan  Raya Umum Ke-11 (2004) yang membawa hasil kemenangan Umno\/BN. Kita boleh  merujuk kepada data bilangan pengundi di negeri ini dengan membuat  perbandingan antara PRU-10 dengan PRU-11.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/ibnugharib.blogspot.com\/2011\/02\/pas-penting-diri-sendiri.html\">Baca lagi dari sumber&gt;&gt;<\/a><br \/><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terbaca satu berita seperti tajuk di atas dari akhbar Sinar Harian Selasa (15 Februari) lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang baru dilantik di bawah pentadbiran Dato&#8217; Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan. Pada mulanya agak malas untuk diulas kerana nilai beritanya tidak sepadan dengan taraf [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4732"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4732"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4732\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4732"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4732"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4732"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}