{"id":4725,"date":"2011-02-18T01:55:46","date_gmt":"2011-02-17T17:55:46","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/pas-cabar-mahathir-kemuka-bukti-nik-aziz-salah-tafsir-islam\/"},"modified":"2011-02-18T01:55:46","modified_gmt":"2011-02-17T17:55:46","slug":"pas-cabar-mahathir-kemuka-bukti-nik-aziz-salah-tafsir-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-cabar-mahathir-kemuka-bukti-nik-aziz-salah-tafsir-islam\/","title":{"rendered":"PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/idrisahmad.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/idrisahmad.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti  yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah  tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana  kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan  merugikan orang Islam.\u2028\u201cTolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada  bukti baru boleh cakap,\u201d kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika  dihubungi <em>The Malaysian Insider<\/em>.<\/p>\n<p>Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini.<\/p>\n<p>\u201cKita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa  tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat  dan Islam.\u2028\u201cSelama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya  minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan  apa-apa kenyataan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri  menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan  berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi  kepentingan politik diri sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya  jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam  demi kepentingan politik diri sendiri.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang  dijanjikan oleh Allah s.w.t.,\u201d kata bekas perdana menteri ini dalam  jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.<\/p>\n<p>Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik  Aziz, \u201cbertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat  Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.\u201d<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr  Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam.<\/p>\n<p>\u201cBanyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir  yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak  bersandarkan kepada ajaran Islam.<\/p>\n<p>\u201cJadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan.<\/p>\n<p>\u201cPolitik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini  bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan  yang diambil terhadap beliau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah  pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat.<\/p>\n<p>\u201cTapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada sudah tentu beliau ditangkap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik  Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu  Islam.<\/p>\n<p>\u201cBukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.<\/p>\n<p>\u201cDr Mahathir tak faham Islam &#8230; beliau memang tak faham sungguh,  beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu  Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.<\/p>\n<p>\u201cTapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan  beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau  sendiri tak faham,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya  dengan menegaskan, Umno yang selama ini \u201cmenzalimi orang-orang Melayu\u201d  dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara  ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti  penyakit \u201cMelayu Mudah Lupa\u201d yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,  ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. \u201cSaya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.\u2028\u201cTolong kemukakan bukti yang mana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4725"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4725"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4725\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}