{"id":4676,"date":"2011-02-13T02:07:45","date_gmt":"2011-02-12T18:07:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/valentinnes-day-sejarah-dan-hukumnya-dalam-islam\/"},"modified":"2011-02-13T02:07:45","modified_gmt":"2011-02-12T18:07:45","slug":"valentinnes-day-sejarah-dan-hukumnya-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/valentinnes-day-sejarah-dan-hukumnya-dalam-islam\/","title":{"rendered":"&#8216;Valentinne;s Day&#8217; Sejarah dan Hukumnya Dalam Islam"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/no2vd.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/no2vd.gif\" style=\"float: left;\" \/><span class=\"content\">Tarikh  14hb Februari merupakan hari yang dianggap  keramat oleh  pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang  dikenali sebagai  Valentine\u2019s Day atau Hari Memperingati Kekasih  dianggap sebagai satu  masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada  pasangan  masing-masing. <\/p>\n<p> Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih  ini akan memakai  pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah  ia berwarna merah,  bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros  berwarna merah.  Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di  merata-rata tempat  sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang  bertentangan dengan  syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang  mereka yang tidak  ternilai harganya.<\/p>\n<p> Saban tahun juga para ulamak  mengingatkan kepada umat Islam agar  menghindari menyambut Hari  Valentine ini namun ianya seperti menuang  air ke daun keladi. <\/p>\n<p> Oleh  itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah  sambutan  Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita  yang  hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang  berkaitan  dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak  ada  kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah  haram.<\/p>\n<p> <strong>SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE<\/strong><br \/> Bila  kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka  kita  akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.<\/p>\n<p> <strong>\u00d8 Pendapat pertama <\/strong>mengaitkannya  dengan pesta sambutan  kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian  yang dinamakan  Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri  yang  berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka   menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. <\/p>\n<p> Pada  hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang  menjadi  pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap  pemuda  tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam  kotak itu  secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas  tersebut akan  menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya  selama setahun.  <\/p>\n<p> Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia  dari  gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor  anjing  dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang  dianggap  paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan  mereka  lalu mencucinya pula dengan susu. <\/p>\n<p> Setelah itu akan di  adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2  pemuda tersebut dan  mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada  di laluan mereka  dengan kulit binatang dan para wanita akan  berebut-rebut untuk menerima  pukulan tersebut kerana mereka beranggapan  ianya akan menambahkan  kesuburan mereka.<\/p>\n<p> <strong>\u00d8 Pendapat kedua <\/strong>mengaitkannya  dengan kematian paderi  St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang  bernama Claudius II.  Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St.  Valentine ini. Versi  pertama. <\/p>\n<p> Pada masa pemerintahan Claudius  II, kerajaan Rom yang menyembah  dewa-dewi amat memusuhi penganut agama  Kristian dan para mubaligh  Kristian telah dipenjara serta disiksa. St.  Valentine sebagai seorang  yang tegar menganut agama Kristian dan aktif  menyebarkan ajaran  tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.  Dikhabarkan St. Valentine  walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar  dan menyebarkan agama  tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di  samping membantu  tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. <\/p>\n<p> Kegiatan  ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan  St.  Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.  Pengorban  yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut  Kristian  sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau  terhadap  agamanya. <\/p>\n<p> Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang  dianggap oleh penganut  Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan  oleh kaumnya.  Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau  telah jatuh cinta  dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir  hayatnya  sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta  kepada gadis  tersebut yang bertandatangan \u2018From your Valentine\u2019  (Daripada  Valentinemu). <\/p>\n<p> Maka orang-orang Kristian mengambil  sempena 14 Februari itu untuk  meraikan hari kasih sayang demi  memperingati hari kematian paderi  mereka St. Valentine.<\/p>\n<p> <strong>Versi kedua.<\/strong> Claudius II beranggapan bahawa anggota  tentera yang muda dan masih  bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika  berada di medan peperangan  berbanding dengan mereka yang telah  berkahwin. Justeru itu Cladius II  menghalang para pemuda dari  berkahwin. Namun demikian St.Valentine  menentangnya dengan keras dan  beliau telah melakukan upacara pernikahan  terhadap para pemuda-pemuda  Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini  akhirnya dapat diketahui  oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St.  Valentine ditangkap dan  dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.<\/p>\n<p> <strong>\u00d8 Pendapat ketiga.<\/strong> Ia dirayakan sempena kejatuhan  Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol.  St. Valentine merupakan individu  yang telah memainkan peranan penting  dalam usaha menjatuhkan kerajaan  Islam pada masa itu. Disebabkan  sumbangan beliau itu, St. Valentine  dianggap sebagai kekasih rakyat. 14  Februari 1492 merupakan tarikh  kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap  pada hari itu hari kasih  sayang kerana mereka menganggap Islam adalah  agama yang zalim.<\/p>\n<p> <strong>\u00d8 Pendapat keempat. <\/strong>menyatakan  sambutan hari Valentine  ini bersempena dengan sifat burung yang musim  mengawan burung yang  jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat  tradisi orang  Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa  asal-usul  sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan  budaya  serta agama bagi umat Islam.<\/p>\n<p> <strong>Hukum Menyambut Hari Valentine<\/strong><br \/> Sebagaimana  yang telah termaktub di dalam al-Qur\u2019an dan al-Sunnah dan  disepakati  oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam  yang mana  disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya  Aidilfitri dan  Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: <em>Bagi  tiap-tiap  umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka  ikuti dan  jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain  membantahmu dalam  urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat  manusia kepada agama  Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada  di atas jalan yang  lurus.<\/em> \u2013 al-Hajj : 67 <\/p>\n<p> Anas bin Malik r.a berkata: Nabi  s.a.w pernah datang ke Madinah  sedangkan penduduknya memiliki dua hari  raya. Pada kedua-duanya mereka  bermain-main (bergembira) di masa  jahiliah. Lalu baginda bersabda:<em> \u201cSesungguhnya Allah telah  menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua  dengan dua hari yang lebih  baik, iaitu hari raya Aidiladha dan  Aidilfitri.\u201d<\/em> &#8211; Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959. <\/p>\n<p> Oleh  itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut   hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk   umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik   bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar   umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul   al-Qur\u2019an dan lain-lain lagi. <\/p>\n<p> Namun demikian apa yang  mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman  kini telah mula merayakan  hari-hari perayaan yang langsung tidak  berkaitan dengan umat Islam malah  ianya berasal dari budaya serta agama  golongan yang ingkar kepada  perintah Allah S.W.T. seperti sambutan  Tahun Baru Masehi, Hari Halloween  dan juga Hari Valentine yang sedang  kita perbincangkan ini. <\/p>\n<p> Terdapat  larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang  bukan Islam  dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti  mereka akan  tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya:  Barangsiapa  menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. &#8211;  Hadis riwayat  Imam Abu Dawud, hadis no: 3512. Tambahan pula sambutan  Hari Valentine  ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan  agama Rom Kuno dan  juga Kristian sebagaimana yang telah penulis  paparkan sebelum ini.<\/p>\n<p> Justeru  itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia  tergolong  dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah  disabdakan oleh  Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu  merayakannya bermaksud  untuk mengenang kembali peristiwa kematian St.  Valentine maka tidak  disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh  menyebabkan pelakunya  terkeluar dari agama Islam. <\/p>\n<p> Apabila dia tidak bermaksud  sedemikian dan menyambut Hari Valentine  sekadar untuk bersuka-ria maka  dia sebenarnya telah melakukan suatu  kemungkaran yang besar kerana  sambutan hari tersebut menyerupai  perbuatan golongan yang durhaka kepada  Allah S.W.T..<\/p>\n<p> Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut  diikuti dengan  perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak  seperti pergaulan  bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa  dengan berpeleseran  ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah  mencurigakan dan membazir  wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.  Tentang hukum menyambut  Hari Valentine, Syaikh al-\u2018Utsaimin berkata:  \u201cMaka bila dalam merayakan  Hari Valentine tersebut bermaksud untuk  mengenangkan kembali St.  Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang  itu telah kafir. Dan jika  tidak bermaksud begitu namun sekadar  ikut-ikutan kepada orang lain,  maka orang itu telah melaksanakan dosa  besar.\u201d <\/p>\n<p> Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan  Hari Valentine  ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t.  memerintahkan kita  untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan  terjadinya perzinaan.  Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina,  sesungguhnya zina itu  adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan  yang jahat (yang  membawa kerosakan). \u2013 al-Israa\u2019 : 32<\/p>\n<p> Sebagaimana  yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10  Februari  2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja),  Yahaya  Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar  nikah  meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata:  \u201cSebahagian  besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa  diri ketika  menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine\u2019s Day. <\/p>\n<p> Mereka  keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian   mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.\u201d Harus   kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha   menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka   jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya:   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau   suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka   (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): &#8220;Sesungguhnya   petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)&#8221;. \u2013Al-Baqarah   (2) : 120 <\/p>\n<p> Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine  ini di  negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu  perkara  yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang  ingin  membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan  yang  sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan   seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa   berdosa.<\/p>\n<p> Firman-Nya Iblis berkata: &#8221; Wahai Tuhanku! Kerana Engkau  telah  menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan  memperelokkan  segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia  ini, dan aku  akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara  zuriat-zuriat Adam  itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang  syirik&#8221;. \u2013 al-Hijr  (15) : 39-40 <\/p>\n<p> Bersandarkan kepada hujah-hujah  di atas maka para ulamak telah  merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine  adalah diharamkan bagi  seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis  Kebangsaan Bagi Hal Ehwal  Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang  pada 22 hingga 24  November 2005 memutuskan: \u201cBahawa amalan merayakan  Valentine\u2019s Day  tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan  tersebut mempunyai  unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur  dengan perbuatan  maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh  itu amalan  meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam\u201d.<\/p>\n<p> Justeru  itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya  untuk  menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari  diamalkan  oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang  dari  memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam.  Sebagai  gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan  fatwa-fatwa para  ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine\u2019s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4676"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4676"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4676\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}