{"id":46697,"date":"2016-06-24T16:23:24","date_gmt":"2016-06-24T08:23:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=46697"},"modified":"2016-06-24T16:23:24","modified_gmt":"2016-06-24T08:23:24","slug":"pertronas-wajib-bayar-zakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pertronas-wajib-bayar-zakat\/","title":{"rendered":"Pertronas Wajib Bayar Zakat!!!"},"content":{"rendered":"<ul>\n<li><em><strong>TUMPU KEWAJIPAN BAYARAN ZAKAT PETRONAS, TINGKAT KEYAKINAN KEPADA INSTITUSI ZAKAT<\/strong><\/em><\/li>\n<\/ul>\n<p>Pada tahun 2005, PAS melalui Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman telah bertanya di Parlimen tentang bayaran zakat oleh Petronas. Lalu dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dato&#8217; Mustapha Mohamad bahawa Petronas tidak pernah membayar zakat. Kerajaan berjanji akan bawa kepada Jawatankuasa Fatwa untuk putuskan.<\/p>\n<p>Pada tahun 2008, Fatwa Al Azhar telah dikeluarkan kepada kerajaan Mesir supaya membayar zakat bagi hasil petroleum. Di Arab Saudi, zakat petroleum berjumlah sehingga 750 billion dollar setahun.<\/p>\n<p>Dalam kerajaan berbelanja boros wang petroleum, setelah 11 tahun berlalu soalan ditanya oleh PAS di parlimen, adakah Majlis Fatwa telah bersidang tentang zakat petroleum dan seterusnya kewajipan Petronas dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama persekutuan?<\/p>\n<p>Umumnya negeri negeri sangat khuatir tentang kecenderungan pembayar zakat mengagihkan terus zakat kepada asnaf. Ia hak negeri untuk menegaskan kewajipan membayar kepada institusi zakat negeri.<\/p>\n<p>Bagi negeri pengeluar petroleum seperti Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, Institusi Zakat akan beroleh manfaat yang besar jika mendesak zakat petroleum dibayar oleh Petronas.<\/p>\n<p>Saya pernah terbaca bahawa secara umumnya Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali adalah sepakat bahawa zakat mesti dibayar kepada tempat dimana hasil itu diperolehi melainkan ada lebihan baru disalur ke tempat lain.<\/p>\n<p>Kebetulan pula uniknya di Malaysia yang jarang berlaku di negara lain, negeri-negeri pengeluar petroleum inilah yang mempunyai kadar penduduk termiskin yang paling tinggi.<\/p>\n<p>Khususnya di Terengganu dan Kelantan, yang miskin dan fakir umumnya beragama Islam dan layak menerima zakat.<\/p>\n<p>Jika zakat petroleum dibayar oleh Petronas seperti fatwa oleh Al Azhar dan di Arab Saudi, kita pasti Institusi Zakat kita akan amat perkasa dan tidak perlu gelisah lagi jika ada pembayar zakat yang lebih selesa mencari sendiri fakir miskin, bermesra dengan mereka dan memberi terus zakat peribadi kepada mereka.<\/p>\n<p>Malaysia mungkin hilang keberkatan kerana PETRONAS yang menjadi jentera kewangan terbesar negara tidak membayar zakat. Kerana itu kita dirundung pelbagai masalah.<\/p>\n<p>HJ AHMAD AMZAD HASHIM<br \/>\n23HB JUN 2016<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUMPU KEWAJIPAN BAYARAN ZAKAT PETRONAS, TINGKAT KEYAKINAN KEPADA INSTITUSI ZAKAT Pada tahun 2005, PAS melalui Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman telah bertanya di Parlimen tentang bayaran zakat oleh Petronas. Lalu dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dato&#8217; Mustapha Mohamad bahawa Petronas tidak pernah membayar zakat. Kerajaan berjanji akan bawa kepada Jawatankuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19703,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":19703,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":471,"file":"2014\/01\/petronas.jpg","filesize":187143,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1308264933","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":19702,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/petronas.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46697"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46697"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46697\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19703"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}