{"id":4661,"date":"2011-02-11T15:56:03","date_gmt":"2011-02-11T07:56:03","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/gagasan-pgu-untuk-selamatkan-negara-dan-umat-presiden-pas\/"},"modified":"2011-02-11T15:56:03","modified_gmt":"2011-02-11T07:56:03","slug":"gagasan-pgu-untuk-selamatkan-negara-dan-umat-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/gagasan-pgu-untuk-selamatkan-negara-dan-umat-presiden-pas\/","title":{"rendered":"Gagasan PGU untuk selamatkan negara dan umat &#8211; Presiden PAS"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gimikhimpit2011.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gimikhimpit2011.JPG\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA NERUS<\/strong> &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan \u2018PAS Ganti Umno (PGU)\u2019 merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar.<\/p>\n<p>Bahkan, menurutnya, lebih parah lagi, kerajaan Umno-BN yang memerintah hari ini turut dilanda \u2018wabak\u2019 rasuah yang boleh menghancurkan negara.<\/p>\n<p>(Gambar &#8211; pasukan berkuda pemuda menyerahkan bendera &#8216;PAS Ganti Umno&#8217; sebagai simbol pemuda sedang bergerak pantas)<\/p>\n<p>\u201cKali ini kita perkenalkan kepada rakyat satu slogan \u2018PAS Ganti Umno\u2019. Kita kemukakan slogan ini untuk menunaikan satu kewajipan yang besar menyelamatkan negara dan umat seluruhnya. <\/p>\n<p>\u201cUmno-BN tidak membawa mesej dan risalah Islam yang sebenarnya. Kerajaan yang memerintah pula dilanda \u2018wabak\u2019 rasuah yang boleh menghancurkan negara,\u201d tegasnya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Jumaat 11 Februari .<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat pula mengalami masalah kemiskinan dengan kenaikan harga barang dan tidak ada peluang pekerjaan yang boleh menjamin keselesaan hidup.<\/p>\n<p>Kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi lagi rakyat dilanda keresahan hidup yang tidak aman dengan berlaku gejala kemungkaran, jenayah dan maksiat berleluasa.<\/p>\n<p>\u201cRakyat mengalami masalah kemiskinan, kenaikan harga barang-barang, ramai orang yang tidak ada pekerjaan, tidak ada rumah dan tanah yang boleh menjamin keselesaan hidup mereka. <\/p>\n<p>\u201cRakyat juga dilanda keresahan hidup yang tidak aman kerana banyaknya berlaku kemungkaran, jenayah dan maksiat. Semua ini, adalah hasil Umno yang memerintah negara dengan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah,\u201d jelasnya dihadapan 10,000 peserta Himpit 2011 tersebut.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan perubahan tidak akan berlaku tanpa penglibatan seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini.<\/p>\n<p>Katanya, PAS telah berjaya mengumpulkan sejumlah satu juta ahli di seluruh negara yang istiqamah, jujur dan ikhlas dengan perjuangan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita (rakyat) wajib membuat perubahan dan PAS telah berjaya mengumpulkan jumlah ahli yang ramai di seluruh negara hari ini sampai satu juta orang. <br \/>\u201cNamun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.<\/p>\n<p>\u201cKita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya. <\/p>\n<p>\u201cKita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan \u2018PAS Ganti Umno (PGU)\u2019 merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar. Bahkan, menurutnya, lebih parah lagi, kerajaan Umno-BN yang memerintah hari ini turut dilanda \u2018wabak\u2019 rasuah yang boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4661"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4661"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4661\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4661"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4661"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4661"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}