{"id":46473,"date":"2016-06-17T01:23:59","date_gmt":"2016-06-16T17:23:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=46473"},"modified":"2016-06-17T01:35:19","modified_gmt":"2016-06-16T17:35:19","slug":"kenyataan-akhbar-calon-pas-p067-kuala-kangsar-menyokong-pindaan-ruu-355-memperkasakan-mahkamah-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kenyataan-akhbar-calon-pas-p067-kuala-kangsar-menyokong-pindaan-ruu-355-memperkasakan-mahkamah-syariah\/","title":{"rendered":"Kenyataan Akhbar Calon PAS P067 Kuala Kangsar Menyokong Pindaan Ruu 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah"},"content":{"rendered":"<p>Saya, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon PAS bagi PRK P067 Kuala Kangsar, dengan ini mengisytiharkan sekiranya saya diberi amanah oleh pengundi Kuala Kangsar mewakili mereka di parlimen, saya akan mengundi untuk menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. <\/p>\n<p>Sokongan saya diasaskan kepada kewajipan saya sebagai seorang muslimah, di samping menunaikan hasrat lebih 83% pengundi Melayu Kuala Kangsar yang mahukan pemerkasaan dilakukan terhadap pelaksanaan syariah di Malaysia.<\/p>\n<p>Sebagai seorang muslimah, saya berkewajipan untuk menyokong usaha untuk memperkasakan perlaksanaan syariah di Malaysia selaras dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Saya juga menjunjung Titah Perintah Duli Yang Mulia Yang Dipertuan Agung, yang telah bertitah semasa Majlis Pembukaan Penggal Parlimen ke-3, supaya usaha berterusan dilakukan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Pindaan RUU 355 seperti yang diusahakan melalui Private Members Bill oleh Presiden PAS adalah salah satu langkah ke arah pemerkasaan tersebut.<\/p>\n<p>Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh satu firma penyelidikan bebas, Strategic Research Centre (SRC), yang diadakan di Kuala Kangsar sebelum penamaan calon yang lalu, mendapati bahawa 83.7% responden Melayu di Kuala Kangsar menyokong usaha untuk memperkasakan perlaksanaan syariah di Malaysia. Saya percaya, saya berkongsi cita-cita yang sama dengan sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu di parlimen ini yang mahukan umat Islam di negara ini diberi hak untuk mengamalkan dan melaksanakan tuntutan syariah Islam yang sempurna.<\/p>\n<p>Pindaan RUU 355, adalah salah satu usaha untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah di Malaysia supaya setanding dengan Mahkamah Sivil dan seterusnya memberi kuasa lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman yang terletak di bawah bidang kuasa mahkamah ini. Usaha  ini juga adalah untuk mengembalikan hak umat Islam untuk beramal dengan tuntutan agama mereka termasuklah hak untuk tertakluk kepada undang-undang syariah, sekaligus menepati peruntukan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam Sebagai Agama Persekutuan.<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, para pengundi pelbagai kaum di Kuala Kangsar termasuklah calon-calon parti lawan yang bertanding, memberi sokongan terhadap pindaan RUU 355 yang akan diperbahaskan di Parlimen nanti. Sokongan anda semua sebenarnya menyokong dan mengembalikan hak umat Islam di Malaysia untuk beramal sepenuhnya dengan agama mereka. Saya percaya, jika kita saling memahami dan memberikan hak masing-masing, perpaduan masyarakat Malaysia menjadi lebih kukuh dan stabil.<\/p>\n<p>Dr Najihatussalehah Ahmad<br \/>\nCalon PAS PO67 Kuala Kangsar<br \/>\n16 Jun 2016<\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/ECMfGNNemGQ<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon PAS bagi PRK P067 Kuala Kangsar, dengan ini mengisytiharkan sekiranya saya diberi amanah oleh pengundi Kuala Kangsar mewakili mereka di parlimen, saya akan mengundi untuk menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Sokongan saya diasaskan kepada kewajipan saya sebagai seorang muslimah, di samping menunaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":46476,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":46476,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1481,"height":887,"file":"2016\/06\/IMG-20160616-WA0036.jpg","filesize":280867,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":46473,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160616-WA0036.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46473"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46473"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46473\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}