{"id":46439,"date":"2016-06-15T20:52:07","date_gmt":"2016-06-15T12:52:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=46439"},"modified":"2016-06-15T21:08:50","modified_gmt":"2016-06-15T13:08:50","slug":"lagi-hutan-kuala-kangsar-dinodai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lagi-hutan-kuala-kangsar-dinodai\/","title":{"rendered":"Lagi Hutan Kuala Kangsar &#8216;Dinodai&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>KUALA KANGSAR &#8211; Selepas Hutan Simpan Rambai Tujuh yang terletak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandang dikesan terlibat dengan pembalakan \u2018haram\u2019 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, satu lagi kawasan tadahan yang melibatkan Hutan Simpan Bubu di Dun Manong juga telah \u2018dinodainya\u2019.<\/p>\n<p>Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati Hutan Simpan Kekal Bubu itu terletak di kompartmen 29 seluas 131.0 hektar yang ditanam sejak tahun 1971 dan 1972 dengan pokok hutan jenis meranti dan keruing.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567g-hutan7.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft size-medium wp-image-46441\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567g-hutan7-300x200.jpg\" alt=\"kam3567(g)-hutan7\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Beberapa orang penduduk yang ditemui mengesahkan berlakunya pembalakan tersebut sejak beberapa tahun lalu tetapi meragui dibuat secara sah atau \u2018haram\u2019.<\/p>\n<p>Ini kerana, kata mereka hasil hutan yang bernilai puluhan juta setiap tahun itu dikhuatiri hilang begitu sahaja.<br \/>\nEncik Mohd Radzi Mat Sidek, 55, menggesa agar kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih beramanah menjaga harta rakyat.<\/p>\n<p>Kata beliau, kawasan hutan simpan yang mempunyai khazanah hasil bernilai jutaan ringgit itu tidak sepatutnya dicerobohi tanpa pengawasan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak buat tuduhan melulu tetapi penduduk di kawasan (Manong) ini hingga ke Ulu Kenas, Lempor, Ara Panjang, Ketior dan lain-lain tahu pembalakan berlaku di situ.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567b-hutan2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-46442 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567b-hutan2-300x200.jpg\" alt=\"kam3567(b)-hutan2\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>\u201cKami (penduduk) bimbang dan khuatir jika itu (pembalakan) dibuat secara haram hingga menyebabkan rakyat dan kerajaan (Perak) hilang hasil negeri puluhan juta setahun.<\/p>\n<p>\u201cKawasan (hutan) ini tidak sepatutnya dicerobohi oleh pembalakan kerana itu kawasan tadahan yang menjadi sumber air kepada penduduk dan rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Namun, katanya aktiviti mengeluarkan kayu balak tersebut telah terhenti seketika sejak hampir dua bulan lalu.<br \/>\nMenurutnya, aktiviti pembalakan itu dilakukan oleh pihak terbabit hanya beberapa bulan dalam setahun sejak beberapa tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cMereka (pembalak) ini pandai, dibuat beberapa bulan dan berhenti. Kemudian buat lagi beberapa bulan, bila orang bising\u2026senyap (berhenti) sekejap.<\/p>\n<p>\u201cIni (berhenti) baru dua bulan. Dia buat dua tiga bulan\u2026dikeluar balak itu, dia diam. Lima enam bulan selepas itu dia (pembalak) datang balik dan berterusan sejak beberapa tahun lalu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567j-hutan10.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-46443 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567j-hutan10-292x300.jpg\" alt=\"R\" width=\"292\" height=\"300\" \/><\/a><\/p>\n<p>Katanya, pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Perhutanan Negeri, agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat seperti tidak nampak apa yang berlaku itu.<\/p>\n<p>Seorang penduduk di Kampung Cheh, Mohd Zaki Ahmad mahukan kerajaan negeri lebih tegas dalam menjaga dan menguruskan khazanah rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui tahu mengenai isu pembalakan di Hutan Simpan Bubu yang terletak di Dun Manong tetapi meragui status \u2018halalnya\u2019.<\/p>\n<p>\u201cJika berlaku pembalakan secara haram, kita (rakyat) minta kerajaan lebih tegas mendakwa pihak yang menceroboh khazanah hutan simpan itu.<\/p>\n<p>\u201cJika kerajaan tidak tahu berlaku pembalakan itu, maknanya Umno-BN yang diberi mandat oleh rakyat telah gagal dalam menjaga amanah negeri.<\/p>\n<p>\u201cPada pilihan raya (PRK) P067 18 Jun ini, rakyat (pengundi) di Dun Bukit Chandan dan Dun Manong tidak wajar lagi mengundi calon BN. Ini tanda protes rakyat kepada kerajaan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya lebih malang lagi kawasan pembalakan tersebut difahamkan dilakukan oleh pihak luar dan bukan orang tempatan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567h-hutan8.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-46444 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567h-hutan8-300x200.jpg\" alt=\"kam3567(h)-hutan8\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Menurutnya, akibat dari aktiviti pembalakan secara tidak betul itu akan berlaku hakisan bukit, banjir serta pencemaran sumber air bersih penduduk.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/index.php\/jutaan-ringgit-pembalakan-orang-kuala-tak-dapat-apa\/\" target=\"_blank\">Sehari sebelum ini (14 Jun lalu), Skuad Buletinonline memaparkan isu yang sama berlaku di Hutan Simpan Rambai Tujuh dalam Dun Bukit Chandan yang juga diwakili Adun BN.<\/a><\/p>\n<p>Malah, aktiviti pembalakan juga sedang rancak berlaku di kawasan Hutan Simpan Kledang Sayong dan mengikut papan tanda yang ditemui di kawasan itu lesen pembalakan dikeluarkan pada 1 Mac 2016 dan tamat pada 30 September 2016 ini.<\/p>\n<p>Namun begitu, aktiviti pembalakan tersebut dipercayai telah dihentikan seketika kerana PRK Kuala Kangsar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA KANGSAR &#8211; Selepas Hutan Simpan Rambai Tujuh yang terletak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandang dikesan terlibat dengan pembalakan \u2018haram\u2019 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, satu lagi kawasan tadahan yang melibatkan Hutan Simpan Bubu di Dun Manong juga telah \u2018dinodainya\u2019. Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati Hutan Simpan Kekal Bubu itu terletak di kompartmen 29 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":46440,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":46440,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":820,"height":614,"file":"2016\/06\/kam3567c-hutan3.jpg","filesize":325081,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"2.5","credit":"","camera":"DV300 \/ DV300F \/ DV305F","caption":"","created_timestamp":"1465913598","copyright":"COPYRIGHT, 2010","focal_length":"4.5","iso":"80","shutter_speed":"0.004","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":46439,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/kam3567c-hutan3.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46439"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46439"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46439\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}