{"id":4641,"date":"2011-02-09T23:04:50","date_gmt":"2011-02-09T15:04:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/debat-cabaran-pemuda-pas-tiada-jawapan\/"},"modified":"2011-02-09T23:04:50","modified_gmt":"2011-02-09T15:04:50","slug":"debat-cabaran-pemuda-pas-tiada-jawapan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/debat-cabaran-pemuda-pas-tiada-jawapan\/","title":{"rendered":"Debat; Cabaran Pemuda PAS Tiada Jawapan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/azman.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/azman.JPG\" style=\"float: right;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Debat antara PAS dan UMNO bukan satu isu baru kerana ia pernah beberapa kali dicadangkan sebelum ini, demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.<\/p>\n<p>Beliau berkata, saranan debat melibatkan dua parti besar itu mendapat sokongan banyak pihak, namun beliau kesal apabila ianya tidak pernah menjadi kenyataan susulan kekangan tertentu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, Pemuda PAS sendiri sebelum ini pernah mencabar Pemuda UMNO berdebat, tapi sehingga kini ia tidak dapat direalisasikan,\u201d katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.<\/p>\n<p>Berdasarkan pengalaman itu katanya, beliau tidak yakin debat antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris akan menjadi kenyataan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu itu tetap menyokong tindakan Nik Abdul Aziz menyahut cabaran Mohd Noor untuk berdebat secara terbuka kerana mampu membersihkan nama beliau.<\/p>\n<p>\u201cPemuda PAS sokong Tok Guru sahut cabaran berdebat itu, kita mahu lihat sejauh mana kesungguhan pihak yang mencabar, dan ia memberi peluang kepada beliau menjawab segala tuduhan dilemparkan kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cBukan soal siapa menang atau kalah, apa yang penting adalah kita ingin cari kebenaran dan pihak mana salah, dia kena muhasabah diri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sekiranya debat antara dua tokoh besar itu menjadi kenyataan, Ustaz Azman mahu ia diadakan secara terbuka bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik.<\/p>\n<p>\u201cBuat secara terbuka supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri,\u201d katanya kepada Sinar Harian,.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Debat antara PAS dan UMNO bukan satu isu baru kerana ia pernah beberapa kali dicadangkan sebelum ini, demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani. Beliau berkata, saranan debat melibatkan dua parti besar itu mendapat sokongan banyak pihak, namun beliau kesal apabila ianya tidak pernah menjadi kenyataan susulan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4641"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4641"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4641\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4641"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4641"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4641"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}