{"id":4636,"date":"2011-02-08T18:54:34","date_gmt":"2011-02-08T10:54:34","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/kisis-mesir-protes-kembali-dengan-puluhan-ribu-hadir\/"},"modified":"2011-02-08T18:54:34","modified_gmt":"2011-02-08T10:54:34","slug":"kisis-mesir-protes-kembali-dengan-puluhan-ribu-hadir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kisis-mesir-protes-kembali-dengan-puluhan-ribu-hadir\/","title":{"rendered":"Kisis Mesir; protes kembali dengan puluhan ribu hadir"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/Egyptian-protesters-802.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/Egyptian-protesters-802.jpg\" style=\"float: left;\" \/><strong><em>&#8211; Ikhwan tuntut pembubaran parlimen dan pembatalan &#8216;darurat&#8217;<\/em><br \/><\/strong>Puluhan ribu &#8216;gelombang terbaru&#8217; penunjuk perasaan mencurah datang ke Dataran Tahrir Kaherah semalam, sebagai protes terhadap Hosni Mubarak, yang kini memasuki hari ke-15.<\/p>\n<p>Puluhan ribu yang lain pula keluar ke jalan-jalan raya di Iskandariah, bandar kedua terbesar di Mesir.<\/p>\n<p>Al-Jazeera melaporkan, gerombolan protes juga kelihatan di luar bangunan parlimen di Kaherah dan seorang saksi berkata sekurang-kurangnya seribu orang telah berkumpul malah sebahagiannya telah masuk ke bangunan tersebut.<\/p>\n<p>Himpunan raksaksa di Dataran Tahriri yang &#8216;aman seketika&#8217; kelmarin telah membesar dan berkembang pada Selasa petang, <\/p>\n<p>Mereka bergabung dengan para penunjuk perasaan sedia ada, dikenal pasti adalah muka-muka segar yang baru kali pertama menyertainya.<\/p>\n<p>Para pendatang baru itu mengatakan mereka telah terpanggil setelah pembebasan Wael Ghonim, seorang eksekutif Google, yang ditahan selama dua minggu oleh pegawai-pegawai keselamatan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Saya datang ke sini untuk pertama kalinya hari ini kerana kabinet ini telah gagal, Mubarak masih bermesyuarat dengan wajah-wajah (ahli kabinet) hodoh yang sama &#8230; dia (Hosni Mubarak) tidak percaya semuanya (kekuasaannya) telah berakhir. Dia adalah orang yang sangat keras kepala,&#8221; kata Afaf Naged, bekas Ahli Lembaga Pengarah Bank Nasional milik negara Mesir.<\/p>\n<p>&#8220;Saya juga di sini kerana Wael Ghonim, Dia berkata benar ketika mengatakan Parti Demokratik Nasional yang memerintah telah tamat, Tidak ada parti tertinggal,. Tetapi mereka tidak mahu mengakuinya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Amr Fatouh, seorang doktor bedah, mengakui, ia adalah kali pertama beliau bergabung dengan protes tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berharap orang akan hadir berterusan dan lebih banyak yang akan datang. Pada awalnya, orang tidak percaya rejim (ini) akan jatuh tapi itu sudah berubah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Tidak mungkin penyuraian dapat dilakukan ke atas para penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Tahrir kerana ramai yang mengatakan mereka tidak akan berganjak sehingga tuntutan mereka dipenuhi.<\/p>\n<p>Sementara itu, kira-kira 20 orang peguam telah mengemukakan petisyen terhadap Meguid Abdel Mahmoud, Ketua Hakim Negara\u00a0 untuk membicarakan Hosni Mubarak dan keluarganya kerana dipercayai mencuri kekayaan negara.<\/p>\n<p>Draf petisyen tersebut telah disusun oleh Ibrahim Yosri, seorang peguam dan seorang bekas timbalan menteri luar negeri<br \/><strong><br \/><\/strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/Essam.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/Essam.jpg\" style=\"float: right;\" \/><strong>Ikhwan tuntut pembubaran parlimen dan pembatalan &#8216;darurat&#8217;<\/strong><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Essam El-Erian, anggota kanan Ikhwan al-Muslimin, pembangkang terbesar Mesir, berkata kepada Ikhwan akan menyertai mana-mana perbincangan selagi ia akan\u00a0 memenuhi tuntutan rakyat.<\/p>\n<p>(Gambar kanan &#8211; Essam, bertali leher, turut turun ke jalan raya bersama anggota Ikhwan)<\/p>\n<p>Seorang ahli Ikhwan yang menyertai perbincangan dengan kerajaan berkata Ikhwan tidak bersedia untuk menggugurkan tuntutan utamanya mendesak perletakan jawatan dan pengundiran Hosni Mubarak.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak boleh menyebutnya sebagai perbincangan atau perundingan. Ikhwanul Muslimin pergi dengan syarat utama yang tidak boleh ditinggalkan &#8230; bahawa dia (Hosni Mubarak) perlu berundur ,&#8221; kata Abdul Moneim Aboul Fotouh<\/p>\n<p>Terdahulu, menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Timbalan Presiden Omar Suleiman menyusul perbincangan berkaitan, kerajaan menawarkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyemak perubahan perlembagaan yang dicadangkan, menbanteras pegawai kerajaan yang dipercayai rasuah, &#8220;liberalisasi&#8221; media dan komunikasi dan membatalkan status darurat di negara ketika situasi keselamatan terjamin.<\/p>\n<p>Mengulas kenyataan kerajaan itu, Fotouh berkata kerajaan telah gagal untuk mengambil langkah-langkah konkrit.<\/p>\n<p>&#8220;Jika mereka serius, parlimen perlu dibubarkan, juga membatalkan &#8216;dekri&#8217; presiden dan menamatkan undang-undang darurat&#8221;.<\/p>\n<p>Mesir berada di bawah pemerintahan undang-undang darurat sejak tahun 1981, sebaik Hosni Mubarak mengambil alih kuasa pemerintahan.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=cKxE6bF1hoo<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Ikhwan tuntut pembubaran parlimen dan pembatalan &#8216;darurat&#8217;Puluhan ribu &#8216;gelombang terbaru&#8217; penunjuk perasaan mencurah datang ke Dataran Tahrir Kaherah semalam, sebagai protes terhadap Hosni Mubarak, yang kini memasuki hari ke-15. Puluhan ribu yang lain pula keluar ke jalan-jalan raya di Iskandariah, bandar kedua terbesar di Mesir. Al-Jazeera melaporkan, gerombolan protes juga kelihatan di luar bangunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4636"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4636"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4636\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}