{"id":4619,"date":"2011-02-07T16:35:29","date_gmt":"2011-02-07T08:35:29","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/02\/krisis-mesir-perbincangan-gagal-akhiri-protes\/"},"modified":"2011-02-07T16:35:29","modified_gmt":"2011-02-07T08:35:29","slug":"krisis-mesir-perbincangan-gagal-akhiri-protes","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/krisis-mesir-perbincangan-gagal-akhiri-protes\/","title":{"rendered":"Krisis Mesir; Perbincangan gagal akhiri protes"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/egyptprotest.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/egyptprotest.gif\" style=\"float: left;\" \/>Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam.<\/p>\n<p>Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari. <\/p>\n<p>Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah mulai kembali normal selepas dua minggu berlangsung kekacauan.<\/p>\n<p>Al-Jazeera melaporkan, lalu lintas di jalan-jalan utama semakin meningkat, manakala peniaga mula membuka kembali premis mereka.<\/p>\n<p>Namun kereta-kereta kebal terus mundar mandir, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, kedutaan dan agensi penting lain di bandaraya tersebut.<\/p>\n<p>Perintah berkurung yang diabaikan oleh sebahagian besar rakyat Mesir telah disingkatkan dari jam 8 malam hingga 6 pagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hosni Mubarak dilaporkan mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya, sejak rusuhan bermula pada tarikh 25 Januari.<\/p>\n<p>Kerajaan cuba mempertontonkan bahawa kestabilan dan keamanan telah kembali ke bumi Mesir, sedang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masih tidak yakin.<\/p>\n<p>&#8220;Perkataan &#8221;Kestabilan&#8217; adalah kata-kata yang digunakan rejim sepanjang waktu &#8211; tapi &#8230; apa makna kestabilan tanpa kebebasan?&#8221; kata Dr Sally Moore, seorang wakil dari Kempen Popular Menyokong ElBaradei, salah satu daripada enam kumpulan yang menubuhkan pakatan &#8220;Pemuda Revolusi Mesir&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Kami (akan) berada (di sini) untuk jangka masa yang panjang. Rejim ini cuba untuk mempermainkan (melaga-lagakan) kami dengan mereka (yang berdemo) di Dataran Tahrir, tapi kami selalu mengingatkan mereka (rejim), mereka (di Dataran Tahrir) adalah orang-orang kami, keluarga kami&#8230;.,,,, Kami bercakap soal kebebasan &#8230; tentang hak hilang selama 30 tahun, &#8230; tentang penyeksaan &#8230; dan saya fikir rakyat inginkan perubahan radikal, bukan hanya reformasi kecil. &#8220;<\/p>\n<p><strong>Suasana Dataran tegang<\/strong><\/p>\n<p>Sementara itu, dilaporkan dari Dataran Tahrir, hubungan antara para penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah berubah menjadi kembali tegang.<\/p>\n<p>Pada malam Ahad, pasukan keselamatan yang ditempatkan berhampiran Muzium Mesir telah melepaskan beberapa das tembakan. <\/p>\n<p>Ketegangan juga meningkat ketika tentera berusaha cuba memasang pagar kawat berduri dan dibantah oleh para pengunjuk perasaan. <\/p>\n<p>Beberapa orang telah ditahan kerana tidak mahu bergerak apabila tentera memasang kawat tersebut.<\/p>\n<p>Mesir telah megalami pergolakan sejak 25 Januari lalu apabila para pengunjuk rasa turun ke jalan raya mendesak pengunduran Hosni Mubarak.<\/p>\n<p>Perbincangan diantara Omar Suleiman, yang baru dilantik sebagai wakil presiden, dengan enam kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam usaha untuk menamatkan krisis telah menemui kegagalan.<\/p>\n<p>Bacaan sebelumnya;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=3003:ikhwan-tarik-diri-hosni-mubarak-mesti-berundur&amp;catid=50:internasional\">Ikhwan tarik diri; Hosni Mubarak mesti berundur<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=2996:ikhwan-sedia-berunding-demi-kepentingan-rakyat&amp;catid=50:internasional\">Ikhwan sedia berunding demi kepentingan rakyat<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=2989:parti-presiden-hosni-dakwa-barat-khianati-mesir&amp;catid=50:internasional\">Parti Presiden Hosni dakwa Barat khianati Mesir<\/a><br \/> <a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=2982:janji-akan-berundur-hosni-mubarak-tidak-memadai&amp;catid=50:internasional\"> Janji &#8216;Akan Berundur&#8217; Hosni Mubarak Tidak Memadai<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam. Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari. Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4619"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4619"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4619\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4619"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4619"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4619"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}