{"id":46090,"date":"2016-06-03T18:37:17","date_gmt":"2016-06-03T10:37:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=46090"},"modified":"2016-06-03T18:16:54","modified_gmt":"2016-06-03T10:16:54","slug":"perbahasan-ucapan-dasar-presiden-2-perlis-pahang-sabah-wp-dan-n-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perbahasan-ucapan-dasar-presiden-2-perlis-pahang-sabah-wp-dan-n-sembilan\/","title":{"rendered":"Perbahasan Ucapan Dasar Presiden 2; Perlis, Pahang, Sabah, WP dan N.Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Saudara Khamis Yop, wakil Perlis menekankan isu berkaitan dengan pemisahan politik dengan agama sambil memetik ungkapan daripada Mufti Turki dahulu iaitu, jika orang Islam memisahkan agama dengan politik, ianya adalah jalan mudah untuk menjadi kufur.<\/p>\n<p>Beliau yakin, dengan kesungguhan para ulamak yang terus mengajar orang ramai agar beristiqamah, ahli-ahli juga turut tetap teguh berpegang dengan kesetian kepada pimpinan PAS walaupun ramai daripada mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang kaya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160603-WA0127.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-medium wp-image-46102\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160603-WA0127-300x199.jpg\" alt=\"IMG-20160603-WA0127\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a>Wakil Pahang, Ustaz Hazmi Dibuk mencadangkan agar seluruh jentera PAS mengambil langkah mengadakan kempen bagi melawan kempen yang dijalankan oleh penentang-penentang RUU355 bagi kefahaman kepada rakyat.<\/p>\n<p>Ustaz Hazmi berharap diadakan juga kempen menyerahkan surat kepada semua ahli-ahli parlimen tidak kira dari parti mana sebagai mengambil contoh ikutan rasulullah saw yang menyerahkan surat kepada maharaja-maharaja musuh kepada Islam dahulu.<\/p>\n<p>Beliau akhirnya menyeru dan meminta agar pimpinan atasan parti menjaga ibadah supaya para pimpinan menjadi lebih kuat daripada ahli jemaah biasa untuk menjadikan pimpinan sebagai ikutan kepada ahli-ahli bawahan.<\/p>\n<p>Suara dari Negeri Di Bawah Bayu pula membawa mesej pendidikan dengan memaklumkan sebanyak 85 Pasti telah ditubuhkan di seluruh Sabah, tetapi masih gagal menghasilkan anak sulungnya di Sabah, terang wakilnya Kasman Karate mengenai cabaran PAS Sabah.<\/p>\n<p>Dan dengan ucapan dasar presiden yang begitu menyeluruh, maka ianya akan diambil sebagai panduan bagi menguatkan lagi jentera PAS Sabah agar impian bagi melihat kelahiran Dun pertama di sana tercapai.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160603-WA0126.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-46101 alignleft\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160603-WA0126-300x200.jpg\" alt=\"IMG-20160603-WA0126\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Beliau berharap isu-isu seperti ketidak samarataan akan dibawa oleh pimpinan PAS di Parlimen agar tuntutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dapat dihapuskan kerana isu penculikan di Sabah membuatkan rakyat Sabah merasa tidak selamat.<\/p>\n<p>Isu tuntutan itu antara lain puncanya ialah kerana ketidak samarataan itu dan PAS Sabah menyokong jika kerajaan menghantar nota bantahan kepada Filipina supaya menghormati kedaulatan negeri Sabah.<\/p>\n<p>Pemidato Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya pula tampil membicarakan tajuk \u201cBudaya Politik Matang\u201d, dan mencadangkan bagaimanakah cara membawanya ke dalam masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau menyarankan perlu adanya ilmu yang dikembangkan bagi menyediakan diri dan masyarakat dalam memperkenalkan budaya ini supaya kefahaman terhadap budaya ini akan menjadi lebih jelas dan berkesan.<\/p>\n<p>Menyentuh tentang politik ibadah pula, Haji Rafie Mustapha, wakil Negeri Sembilan menyatakan bahawa semua pihak perlu melaksanakan keadilan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat dan bukannya bagi kepentingan diri.<\/p>\n<p>Sambil memberikan contoh persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Malaysia, beliau menyatakan ia jelas bagi menjamin kemenangan BN dan bukannya bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.<\/p>\n<p>Maka PAS hadir dengan jaminan untuk memperjuangkan politik ibadah iaitu politik tanpa memilih siapapun rakyat itu, apa latar belakang, apakah partinya mahupun agamanya, tetapi ianya berdasarkan keadilan bagi seluruh rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saudara Khamis Yop, wakil Perlis menekankan isu berkaitan dengan pemisahan politik dengan agama sambil memetik ungkapan daripada Mufti Turki dahulu iaitu, jika orang Islam memisahkan agama dengan politik, ianya adalah jalan mudah untuk menjadi kufur. Beliau yakin, dengan kesungguhan para ulamak yang terus mengajar orang ramai agar beristiqamah, ahli-ahli juga turut tetap teguh berpegang dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":46108,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":46108,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":720,"file":"2016\/06\/IMG-20160602-WA0163.jpg","filesize":330702,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1464976504","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":46090,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/06\/IMG-20160602-WA0163.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46090"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46090"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46090\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}